Nur....posting ni khusus untuk Ukhti Nurzarina yang telah pun mendapat jemputan menjadi tetamu Allah tahun ini....
Moga dapat dijadikan panduan....
PERSIAPAN SEBELUM
Persiapan perjalanan haji saya bermula dalam minda. Ketika mendaftar haji di tahun 2002, saya dimaklumkan tarikh haji saya ialah pada tahun 2009. Saya masih lagi ingat ketika dimaklumkan, saya terus mencongak-congak umur saya di tahun 2009. Lagi 7thn! Dan kiranya ada usia, masa itu saya berumur 41 thn! Sejak dari itu tahun 2009 tidak pernah luput dalam ingatan. Menanti-nanti kehadiran 2009.
2009. Keterujaan mula tercetus apabila mendapat surat “Anda dalam senarai menunggu” dan lebih membuak-buak setelah menerima surat “Anda terpilih”. Perkataan “terpilih” itu saja sudah cukup untuk menggetarkan seluruh jiwa membayangkan kita adalah antara jutaan hambanya yang bertuah dipilih dan dijemput oleh Maha Pencipta untuk mengunjungi rumahNya dan menjadi tetamuNya. Subhanallah! Alhamdulillah.
Persiapan minda;
Ketika mendapat surat “Anda terpilih” ni saya belum mendapat tarihnya. Walaubagaimana pun setiap kali solat, berikut adalah doa-doa yang saya tidak lupa memohon, sebagai persediaan menuju perjalanan haji;
1. Mohon agar Allah memberikan kesihatan sepanjang mengerjakan haji……….doa untuk sehat ini saya rasa amat perlu kerana, apa lagi yang boleh kita buat kalau tidak sehat? Jadi sehat itu saangat penting.
2. Mohon agar Allah menjadikan saya rajin untuk beribadat………bila sudah sehat, tapi kalau tidak ada perasaan rajin untuk beribadat, rasa malas, apa gunanya pergi haji? Seringkali kita mendengar cerita ada jamaah kita bila sudah disana, bukannya rajin ke Masjid, tapi sebaliknya lebih rajin bershopping. Dan rugi sekali bila solat dilakukan dibilik hotel sedangkan pahala solat di Masjid Nabawi lebih afdal 1,000 kali ganda dari solat di masjid lain dan Masjidil Haram 100,000 kali ganda pahalanya.
3. Mohon agar Allah menghilangkan rasa mengantuk ketikamana menunaikan qiamullail…….doa ini timbul kerana kelemahan saya mengatasi mengantuk apabila menunaikan qiam dirumah.
4. Mohon agar Allah memberi kenangan-kenangan indah sahaja untuk saya sepanjang di tanah suci. Doa ini bagi saya sangat penting kerana saya merasa sangat takut apabila mendengar cerita-cerita tentang kepayahan serta pengalaman-pengalaman buruk yang dialami oleh jemaah haji. Saya takut sekiranya semasa disana Allah uji saya dengan satu ujian dan saya tidak mampu menghadapinya. Walaubagaimanapun sangka baik saya kepada Allah amat tinggi melebihi rasa takut yang Allah akan menduga dengan perkara tidak elok.
“…dan berdoalah kepadaNya dengan rasa takut (tidak akan diterima) dan harapan (akan dikabulkan), Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”……..al-a’raaf:56
Untuk doa ini, saya mengarang ayatnya tersendiri. Dan saya rasa…..
“Ya Allah! Engkau telah menjemputku menjadi tetamuMu Ya Allah. Ku mohon ya Allah peliharalah daku sepanjang daku berada dirumahMu.
Ya Allah! Engkau mengajar dan menyuruh kami berlaku baik dan memuliakan tetamu kami. Sedangkan aku ini adalah tetamuMu ya Allah. Ku pohon Ya Allah, Engkau layanilah daku sebaik-baiknya. Ku pohon Ya Allah, berikanlah kepada ku kenangan-kenangan yang indah sahaja semasa daku di sana ya Allah. Muliakanlah daku Ya Allah. Siapakah lagi yang lebih memuliakan tetamuNya selain dari Mu ya Allah. Mudahkan lah segala urusan ku sepanjang daku dirumahMu. Bantulah daku Ya Allah”
……agak-agak begitulah lebihkurang doa yang sering saya minta sepanjang perjalanan menuju haji. Saya sangat minta Allah berikan kenangan-kenangan manis dan indah….
Setelah berada di Mekah, adik saya membawa satu buku ‘doa di padang Arafah’ yang dikirim oleh ayah kami untuk kami baca. Dalam buku tersebut, katanama “aku” yang sering kita guna bila berdoa ditukar kepada katanama “hamba” dan apabila saya membaca doa tersebut dengan menggunakan katanama “hamba”, amazingly ia memberi satu perasaan yang amat luarbiasa membawa kita merasa kerendahan diri serta membangkitkan rasa lembut meminta kepada Maha Pencipta.
“Berdoalah kepada Tuhanmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas”….al-a’raaf:55
Persiapan rohani;
Tak payahla cerita, sebab tak seberapa……. :-)
Persiapan Lain
Persiapan fizikal;
Terlintas rasa perlu menyediakan persiapan fizikal, kerana khawatir tempat penginapan jauh dari Masjid. Juga cerita-cerita tentang jarak jauh dari tempat penginapan menuju ke jamrah sungguh menakutkan. Ada yang kata kena berjalan 14km pergi balik untuk 3 hari. Bayangkan!!! Mesti kejang-kejang kaki! Hasrat dihati, setiap pagi mahu brisk walk sekitar kawasan perumahan, tapi hasrat ni tak tertunai kerana pasangan lebih memilih untuk zzzz lepas solat subuh J
Persiapan keperluan;
Persiapan keperluan lain hanya bermula dalam tempuh 3 hari sebelum berangkat. Ini kerana surat confirmation tarikh (saya ambil sendiri di Pejabat TH) pada hari Isnin dan berangkat pada hari Rabu.
Kesimpulan setelah menunaikan haji, kita tidak perlu bersusah-susah membeli baju itu ini, kasut itu ini sebab baju-baju dan kasut banyak dijual diMadinah/Mekah. Ianya selesa dan murah-murah.
Contohnya: Baju putih (maxi/jubah). Biasanya kita nak merasa memakai baju putih semasa di arafah atau setelah selesai mengerjakan haji. Saya menghabiskan masa kekedai mencari baju putih yang cantik, selesa dan murah sedangkan kita boleh mendapatkan banyak baju/jubah/maxi putih di kedai Mekah/Madinah. {tapi kalau pergi Haji Ifrad atau pergi penerbangan akhir, saya cadangkan bawa 1 helai jubah/maxi putih supaya pemusatan fikiran kita tak terganggu dengan nak membeli baju}. Begitu juga kasut, banyak kasut murah dan selesa dijual di Mekah.
Tapi…
Jangan lupa bawa lebih anak baju (baju putih kapas sleeveless yang dipakai di dalam dan ada kocek). Kocek tu boleh ‘seludup’ kamera/handphone ;-) Baju spt ini saya tak terjumpa dikedai Mekah/Madinah. Dan ianya sangat penting semasa di Mekah. Cuaca di Mekah panas, jadi bila pakai baju ni rasa sangat nyaman. Sebab berpeluh, mesti tukar hari-hari.
Juga jangan lupa bawa bekal asam jawa. Ramai jamaah yang demam, sakit-sakit tekak semasa di Mekah terutamanya. ‘Tuk Kedah’ jiran saya telah berpesan supaya bawa asam jawa, tapi pesanan Tuk Kedah saya tak hiraukan kerana ada Hajah tu kata tak perlu bawa. “Tak payah….kat Mekah semua ada!”. Tapi bila dah di Mekah, dengan cuaca panasnya, barulah tahu elok juga kita dengar pesanan orang tua. Nasib baik terjumpa kedai India yang jual air asam jawa kotak. Harga SR2 sekotak. Tapi bila dah ramai org demam, jus asam jawa tu pun run out of stok. So…tahan je la.. Hmmm….kalu bawa sendiri asam jawa, dah boleh berjimat, sebab banyak kotak jugala beli masa di Mekah tu. Kalau tak badan panas, boleh jadi demam, sakit tekak dan pecah-pecah mulut. Air asam jawa boleh menyejukkan badan. Mungkin boleh juga consider untuk bawa “buah kembang semangkuk” ada dijual di kedai sengseh cina.
Lagi satu, jangan lupa bawa vitamin-vitamin. Saya memang makan B’Young keluaran Zhulian. Alhamdulillah saya rasa ia banyak membantu memberi tenaga, melawaskan buang air dan deep sleep…..Kalu nak order B’Young order ngan saya ya ;-)
Oh ya….entah kenapa saya tidak bawa Al-Mathurat. Walaupun ayat-ayat matsur tersebut sudah dihafal, rasa lebih sempurna sekiranya dapat menatap buku kecil tersebut beserta maknanya. Alhamdulillah, matsurat menyusul kemudiannya bersama adik yang datang penerbangan akhir.
........bersambung....
Salaam,
ReplyDeleteKRO, terharu saya baca muqaddimah Travelog Haji KRO.. semoga lebih ramai lagi yang mendapat menfaat daripada tulisan KRO..
-Nur Zarlina-
http://senamhajj.blogspot.my/
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete