Kami bertolak ke Arafah dalam hujan. Mengharung air takat betis utk ke kemah. Menjelang Maghrib, langit kembali cerah tetapi kemah dan permaidani sudah lencun dek air. Mencari cari tempat utk ‘parking’. Alhamdulillah dapat posisi yang boleh dikatakan selesa.
Tidur malam bergelap tanpa lampu krn generator tenggelam air. Dan berlapik permaidani serta kemah yang basah. Anehnya…tidur lena. Sesekali terjaga….grrrr….badan menggigil sejuk, tapi bila tutup mata balik….lena…”dan Allah jadikan malam itu untuk kamu berehat…..Terima kasih Allah!”
Arafah sudah banyak improvement. Jangan risau, bilik air pun sudah banyak jadi tidak perlu beratur panjang nak ke bilik air.
‘Haji itu adalah Arafah’. Hari Arafah adalah hari yang sangat-sangat penting dan masa yang paling mustajab doa ialah selepas solat zohor hingga ke Asar.
Jangan sampai ter’miss’ waktu tersebut. Selesai kan segala keperluan kita sebelum masuk zohor; mandi, ke toilet, tidur sekejap kalau mengantuk supaya badan segar apabila tiba zohor.
Sebuah hadis qudsi berbunyi:
Apabila semua manusia berhimpun di Padang Arafah, ketika itu Allah SWT akan turun ke langit yang paling rendah seraya berkata kepada seluruh malaikat “Lihatlah! Hamba-hamba Ku telah datang dari ceruk rantau yang jauh dengan rambut yang kusut masai, semata-mata mencari keampunanKu. Wahai sekalian hambaKu! Walaupun dosa kamu sebanyak butiran pasir yang ada di bumi, walaupun dosa kamu sebanyak titisan air hujan yang turun dari langit, dan walaupun dosamu sebesar ombak-ombak dilautan, sesungguhnya! Aku telah ampunkan kesemuanya”
No comments:
Post a Comment