AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, February 26, 2014

Resepi Nasi Arab - Somali Style

RESEPI NASI ARAB SOMALI STYLE

Resepi ni sesuai untuk masak nasi arab lauk unta, daging lembu atau daging kambing. (KZurai....nak guna pipi lembu pun sesuai jugak - rasa macam daging unta). Lauk ayam tak sesuai masak guna resepi ini ya!
Yang tu kena tunggu lain hari. Cikgu pun belum sempat bertalaqqi lagi

Nasi
Mula-mula kita rendam beras. Orang Arab guna beras yang panjang-panjang. Kita beras basmathi lah. Kalau nak jenis panjang pun, ada cap Faiza nama apa ntah. Yang extra long macam dlm iklan tv tu.

Perasa
Biji ketumbar beberapa biji (banyak juga la)        )
Bawang putih 10 ulas                                          )                                              Tumbuk (A)
Daun ketumbar                                                   )

4 biji tomato                                                       )
5 ulas bawang putih                                             )                                              Kisar(B)
Sedikit air                                                           )

Daging
Sementara tu, rebus daging bersama biji ketumbar yang di tumbuk dan daun ketumbar yang di potong. Rebus sampai daging lembut
Bila daging sudah lebut, tapis dan asingkan air yang di tapis dgn daging. Jangan buang air tu tau!

Untuk masak daging
Mula-mula masukkan minyak (tak perlu banyak sangat)
Masukkan bawang besar yang telah di hiris memanjang
Setelah bawang layu/lembut, masukkan daging
Kemudian masukkan bahan (A) tadi
Masukkan garam
Kalau ada batu perasa (org Somali sebut maci). Saya tak tahu apa nama, tapi kalau pergi haji ada budak2 mutawif akan promote batu ni untuk di kunyah, kononnya untuk mencerdaskan minda macam Imam Syafei. Batu ni macam Kristal gitu
Masukkan lobak merah yang di hiris secara siat
Masukkan green pepper, juga yg di hiris siat
Masukkan serbuk jintan putih
Bila air sudah hampir kering, keluarkan daging dan letak dlm pan satu lagi
Masukkan bahan yang di kisar (B)
Masukkan kentang yg di potong wedges
Masukkan air rebusan daging
Biarkan mendidih hingga kentang lebut dan hampir pekat à jadi sause ( C )

Sementara itu, daging yang dikeluarkan tadi, direbus lagi guna air rebusan asal
Bila air hampir kering, masukkan tomato yg di potong kiub besar
Masukkan green pepper
Masukkan cili besar hijau

Untuk masak nasi
Mula-mula didihkan air bersama garam, jintan putih dan kulit kayu manis dan buah pelaga (ambik biji shj)
Bila air dah mendidih, masukkan beras yg telah di rendam tadi
Masak nasi hingga 80% masak
Keluarkan separuh dari nasi.
Lapik dgn sause (C) tengah2
Bubuh nasi
Bubuh baki air rebusan daging
Tabur dgn za’faran separuh bahagian
Tutup periuk nasi dan biarkan nasi masak sepenuhnya

Nasik Arab dihidangkan bersama lauk dan salad. Dan salsa/zalatah. Kuah dalca tak ada ya! Nak kuah dalca ke, kuah apa-apa ke tu dah tak masuk dalam set resepi nasik Arab tau!

Ini Sameerah, muallimah nasik Arab ni
Saya dah cuba masak nasik arab Somali style ni masa balik KB baru ni. Jadi. Memang sedap!
Tapi.....
Untuk orang yang menghargai masa seperti saya ini (ececeh) resepi ini sangat leceh. Sekejap masuk dalam periuk tu, sekejap keluarkan, sekejap bubuh dalam periuk tu, sekejap tuang lagi...Ambik masa, dan menggunakan banyak peralatan dapur yang kena di basuh selepas tu. 
Saya pikir, saya akan modify guna bahan yang sama tapi cara masak macam masak beryani gam. Saya pasti rasanya masih tetap UMPHH!!!

Orang kita memang kreatif dan inovatif. Cik Yon mesti boleh masak nasik Arab ni dengan lebih cepat, lebih cekap, lebih sedap. Kalu saya pi Utagha, jangan lupa kasi saya food test ya!
Ini nasik Arab versi KZurai dgn lauk2 iringan
ada lauk ayam, ada kurma pipi lembu, ada pipi
lembu cecak ayak asam dan salsa ketumbar

Minggu lepas, saya ke rumah Kak Zurai, kawan sekolah KIK dahulu. Setelah 29 thn tidak bertemu. Kak Zurai masih maintain menawan walaupun sudah ada 5 cahayamata. Kak Zurai jamu saya dengan nasi Arab versi KZurai. Siap bubuh serai dan daun limau purut lagi! Saya rasa orang Arab pun konfius kalau tengok nasik Arab KZurai ni yang ada serai bagai (Hihihi).
Apa versi sekalipun, nasik Arab KZurai ni memang SEDAAAP!! dan lagi... Nasik Arab Kak Zurai ini di pasangkan dengan lauk spesel....Lauk Pipi Lembu!!!!! Owh....Kak Zurai....bila nak panggil saya makan pipi lembu cecah ayak asam KZurai lagi??? Saya sudah kempunan lagi nii!

Resepi bonus: SALSA
Bawang besar
Tomato
Cili merah
Cili padi (optional - kalau nak pedas)
Daun ketumbar
Garam
--- kisar kesemua bahan

Ini maci yg di maksudkan

SELAMAT MENCUBA YA!

1 comment:

  1. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete