AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Friday, December 2, 2011

Cara-cara praktikal menggugurkan dosa

Nota ini adalah dari catatan kelas agama yg di sampaikan oleh Ustaz Fauzi Mustafa, di Masjid Sri Damansara. Saya titipkan di sini sbb takut buku nota saya hilang.

Cara-cara menggugurkan dosa
Di zaman Nabi Musa, Allah mengarahkan umat yg berdosa agar bunuh sesama sendiri. Umat Nabi Muhammad amat bertuah kerana Allah telah menggariskan beberapa cara yg dapat menghapuskan dosa;

1) Taubat
-Dosa boleh menghalang rezeki. Bala boleh terjadi kerana dosa dan boleh juga terjadi sebagai kifarat dosa.
-Waktu baik untuk istighfar adalah waktu selepas asar atau waktu sahur (sebelum masuk subuh)

2) Banyakkan sujud
-“Mana-mana org Islam sujud 1 sujud, Allah akan mengangkatnya 1 darjat dan menggugurkan 1 dosa”
-Nabi sujud sangat lama terutamanya apabila Baginda solat sendirian.
-Apa benda baik kita buat jangan kita ceritakan kpd org kecuali krn niat nak mendidik. Lihatlah kepada Nabi.Benda baik yg Nabi buat bukan Nabi yg cerita tetapi diceritakan oleh org lain (e.g sahabat/isteri Nabi)
-Bila gugur dosa, hati jadi bersih, dada jadi lapang--> tiada hasad dan kita boleh berlapang dada dgn manusia

3) Tasbih, tahmid & takbir
-Baca terutamanya selepas solat

4) Mengajar ilmu
-Sebar dan ajarkan ilmu. Apa-apa saja ilmu yg bermanfaat (ilmu masakan, petua- petua, dll) tak semestinya ilmu agama
-Ibnu Abbas (sepupu & sahabat Rasulullah) berkata “ Semua makhluk akan beristighfar kepada org yg mengajarkan ilmu”

5) Sedekah
-Sabda Rasulullah s.a.w “Sedekah boleh memadamkan dosa sebagaimana air boleh memadamkan api”
-Duit yg ada dlm tangan atau simpanan kita sebenarnya bukan duit kita. Duit kita yg sebenarnya hanya 3;
i. Duit yg kita guna utk makan
ii. Duit yg kita guna utk pakai
iii. Duit yg kita sedekah
-Di rumah Rasulullah tak ada apa, tapi Baginda masih nak buat sedekah. Diceritakan Aisyah r.a cari makanandlm rumah nak bagi kpd peminta sedekah dan cuma jumpa 3 biji tamar.
-Tidak sampai maksimum ganjaran sehinggalah kita berikan apa yg kita sayangi. Beri apa yg kita sayang sangat susah nak buat, tapi telah di lakarkan dalam sejarah para sahabat ketikamana Rasulullah mempersaudarakan muhajirin dan ansor.
-Yg bagi mesti ikhlas, dan yg terima jgn mengata kalau pun benda yang di beri tak elok

-Bagi duit utk sedekah, bagi je…jgn cakap atau komen apa-apa
-Antara 7 golongan yg mendapat naungan Allah ialah; org yg sedekah sehingga tangan kirinya tak tahu apa yg di buat oleh tangan kanan – anggota badan yg paling rapat ialah tangan kanan dgn tangan kiri

6) Tolong tunaikan hajat makhluk Allah yg berhajat
-Tak semestinya hajat manusia, tapi hajat binatang juga. Kesah penzina yg beri anjing minum air
-Kaum wanita yg beri minum suami juga di kira menyampaikan hajat

7) Berbuat baik kepada binatang
-Rasulullah amat sayang kpd binatang
-Cerita: Suatu hari Rasulullah makan kurma sambil ditangan baginda pegang biji kurma. Tengah makan datang kambing, lalu Baginda bagi kurma itu pada kambing. Kita bagaimana? Tengah makan, tiba2 kucing datang. Tendang kucing/bagi makan?
-Ingat! Jgn buat aniaya pada binatang. Allah bayar cash krn Allah yg membela binatang

8) Bersalaman
-“Mana-mana 2 sahabat yg bertemu dan dia berjabat salam, maka gugurlah dosanya di celah-celah jari mereka sehingga terpisah tangannya”
-Rasulullah tak akan lepaskan tangan sehingga org itu lepaskan tangannya dulu

9) Memberi salam
-Allah yg ajar ucapan “Assalamualaikum/wa rahmatullahi/wa barakaatuh”
-Sebut salam betul-betul. Bukan “Semekom”!

10)Ujian Allah
-Mana-mana manusia yg ditimpa penat/sakit/rungsing/dukacita Allah gugurkan dosa
-Ujian boleh datang masa sedih atau masa senang

*Dalam syurga manusia tak buang air/buang air besar kecuali dgn cara berpeluh dan peluh itu wangi. So kalau kita dalam syurga dan tiba-tiba kita lihat kawan kita berpeluh wangi, maknanya dia tengah buang air la tu. Hihihi :-D

Moga ada yang dapat di ambil manfaat dari catatan ringkas ini.






Sunday, October 30, 2011

Resipi menu sehat mudah ringkas

Saya seorang yang perihatin dengan pemakanan. Makanan pagi adalah sangat penting kerana saya fikir makanan pagi merupakan asas kesihatan fizikal saya sepanjang hari tersebut. Sebelum ini saya ambil makanan kesihatan. Dari yang berharga RM20 hinggalah yang berharga RM500 lebih. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas saya sudah berhenti membeli pemakanan tersebut kerana saya mendapat resepi baru dari Prof Dr Muhaya. Resepi Prof saya ubahsuaikan dengan menambah beberapa bahan yang lain untuk lebih khasiat lebih sedap :-) ;



BAHAN-BAHANNYA:
Madu
Susu Segar
Oats
Minyak Zaiton
Buah Tamar
Minyak Habbatus Sauda’

CARANYA:
Masukkan kesemua bahan, kisar sampai halus……. Sedia di untuk di minum! Sebelum minum, jangan lupa baca Bismillah, selawat dan sambil berdoa “Ya Allah, aku percaya khasiat makanan ini sebagaimana kata-kataMu dan RasulMu. Maka ku pohon agar dengan berkat makanan sunnah RasulMu ini Engkau buangkan segala penyakit yang terdapat dalam jazad, tubuh, rohani, jasmaniku. Buangkan yang tak elok, tinggalkan yang elok. Buangkan yang kotor, tinggalkan yang bersih. Agar daku sehat dan ringan untuk beribadat kepadaMu

MAKLUMAT BAHAN:
1) MADU: Saya menggunakan madu asli keluaran HPA yang berharga hanya RM24 sebotol. Kenapa saya pilih madu HPA? Saya telah ‘test’ madu keluaran HPA dan saya dapati nilai ‘asli’ nya sangat tinggi. Cara mudah untuk kita tahu samada madu tersebut asli atau tidak ialah dengan melakukan ujian ringkas seperti berikut. Titikkan madu ke dalam piring putih. Masukkan beberapa titisan air yang ditapis ke dalam piring yang sama. Goyang-goyangkan secara perlahan piring sehingga madu bercampur dengan air. Sekiranya madu tersebut adalah madu asli, ia tidak akan bercampur dengan air sebaliknya ia akan membentuk rajah sarang lebah. Lagi asli madu tersebut, lagi jelas bentuk sarang lebah yang timbul. Sebaliknya sekiranya ‘madu’ tersebut bukan madu sebenar tetapi hanyalah campuran, ia akan terus bercampur dengan air atau membentuk sarang lebah yang tidak jelas. Cubalah Try Test!

2) SUSU SEGAR

3) OATS: Saya mula kenal oats semasa saya di university di tahun 1987 kerana ia merupakan sarapan teman sebilik saya. Katanya oats bagus kerana dia menyerap kolestrol macam sponge menyerap air. Wow! Saya cuba meniru beliau, masak oats dan masukkan susu serta gula tapi….tekak saya tak boleh terima! Dengan resepi ini, oats di kisar dan saya dapat minum oats dengan mudah. Yeay!
Resepi oats suami saya pula begini: Masakkan susu, setelah susu mendidih, masukkan oats dan masak sehingga oats lembut. Kemudian angkat, masukkan ke dalam mangkuk. Tuang madu serta minyak zaiton. Taburkan biji habbatus sauda’ . Whoalla! Sedia untuk di makan.

4) MINYAK ZAITON: Masakan Mediterranean banyak menggunakan minyak zaiton . Adakala mereka menggoreng (low fry) dengan minyak zaiton. Saya ingin memasak guna minyak zaiton sebab saya dengar minyak zaiton itu baik untuk kesihatan. Tapi mana mungkin saya goreng guna minyak zaiton? Minyak zaiton MAHAL! Baru-baru ini saya terjumpa article. Rupa-rupanya cara sebenar mendapat khasiat minyak zaiton ialah mengambilnya mentah tanpa ia terkena api. Ooo…sekarang baru saya faham kenapa masakan Arab, mereka hanya menuangkan minyak zaiton atas makanan apabila sedia untuk di hidang.

5) BUAH TAMAR: Mengandungi kadar serat yang tinggi. Khasiatnya juga banyak. Seeloknya masukkan buah tamar dengan bilangan ganjil. 1biji/3biji/dsb. Mengikut sunnah Nabi makan tamar dalam bilangan ganjil.

6) MINYAK HABBATUS SAUDA’ : Banyak hadis Nabi yang menceritakan manfaat habbatussauda’ dan hadis yang sangat popular menyatakan habbatus sauda’ ini penawar segala penyakit kecuali mati.

Anda boleh juga mempelbagaikan rasa minuman ini. Samada dengan memasukkan serbuk koko/milo atau boleh juga kisarkan bersama buah-buahan segar. Adakala saya masukkan saja pati jus buahan menggantikan madu dan tamar.
Wahai ibu-ibu! Jaga badan kita sebab kita PERLU sihat dan MESTI sihat! Jangan berterusan jadi macam ‘ikan DBKL’ yang kerjanya menghabiskan makanan anak-anak atau suami!

Sunday, October 23, 2011

Ikhlas kita kelas berapa?



Penerbangan kelas pertama, Keretapi kelas dua, Mentality kelas tiga. Pandai kita letakkan angka. Ikhlas kita pula bagaimana? Kelas Pertama? Ke dua? Atau kelas ke Tiga?
Tulisan saya seterusnya adalah perkongsian dari Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Drs Kariman.

Mari kita kenal siapakah orang yang ikhlas.... Orang yang ikhlas itu ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya dari diketahui orang.

Terdapat 3 martabat orang yang ikhlas.
IKHLAS KELAS PERTAMA: Orang yang beramal semata-mata kerana Allah tanpa ada kepentingan duniawi mau pun ukhrawi. Dia beramal kerana dia tahu dia milik Allah. Dia beramal sebagai tanda ubudiah. Melakukan ibadah dengan penuh rasa raja', khusyu' dan patuh. Dia merasa penuh kepuasan apabila dia dapat melakukan sesuatu ibadah itu. Tiada perkataan ‘mengharap balasan Allah’ dalam amalan mereka. Amalan orang yang ikhlas kelas pertama ini umpama amalan para nabi dan di tunjukkan pada kisah Rasulullah s.a.w yang beribadah sehingga pecah-pecah tumit kaki Baginda. Apabila di tanya “kenapa Baginda masih terus tekun beribadah sedangkan Baginda telah dijamin Allah akan pengampunan”, Baginda menjawab “tidakkah aku mahu menjadi hamba yang bersyukur?”. Umpama seorang yang sangat baik dengan kita. Segala keperluan hidup kita, dia yang tanggung; makan, minum, tempat tinggal ,pelajaran , carikan jodoh, kenduri walimah, apa saja yang kita perlukan akan diberi. Jadi apabila dia suruh kita buat sesuatu, kita akan buat dengan ikhlas hati. Rasa seronok apabila dapat berbakti. Apa yang di suruh akan kita laksanakan sebaik-baiknya tanpa ada niat untuk dibalas apatah lagi mengharapkan balasan.

IKHLAS KELAS KE DUA: Orang yang beramal semata-mata kerana Allah dengan tujuan agar Allah memberi ganjarannya di akhirat. Contoh; kenapa mendirikan qiamullailal? Supaya Allah memberi ganjaran syurga yang penuh keni’matan. atau banyak bersedekah supaya senang melalui titian sirat. atau membaca Al-Quran dengan harapan akan mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak. Amalan di lakukan dengan harapan kemudahan akhirat.

IKHLAS KELAS KE TIGA: Orang yang beramal semata-mata kerana Allah dan meminta sesuatu kepada Allah tapi perkara/ganjaran yang diminta ialah berkaitan dengan perkara dunia. Contohnya; orang yang bersedekah dengan harapan di tambahkan rezekinya, atau orang yang solat hajat sambil berhajat agar Allah memberikan jodoh yang baik atau supaya dapat lulus pereksa dengan cemerlang. atau membaca al-Quran dengan harapan disembuhkan penyakit. Dia tidak salah dalam beramal kerana dia masih melakukan amalan kerana Allah cuma ganjaran yang di harapkan ialah yang berkaitan dengan hal ehwal dunia.

Begitulah kelas/martabat orang yang ikhlas. Agak-agak ikhlas kita di kelas berapa? Mungkinkah sudah di kelas pertama atau masih di kelas ke tiga? atau kedua? Walaubagaimana pun kita masih boleh berusaha agar ikhlas kita dapat di naikkan dan kekal di kelas pertama.

Saturday, October 22, 2011

Kita jangan kedekut


The more we give, the more we get.

Oleh itu kita jangan kedekut! Pemurah tak semestinya dengan wang ringgit. Kita boleh jadi pemurah dengan tenaga, dengan masa kita, dengan kata-kata baik, dengan senyuman. Dengan tenaga, jangan kedekut membantu, jangan kedekut meluangkan masa apabila kita di minta, hatta kita di anjurkan agar jangan kedekut untuk memberikan kata-kata yang baik, paling senang, jangan kedekut memberikan senyuman!

Salam adalah doa. Dan doa termasuk kata-kata yang baik. Kita jangan kedekut untuk memberi salam. (Teringat semasa aktif buat MLM dahulu, leader saya mengajar; cuba kita apabila masuk lif, kita senyum dan bagi salam. Mesti kita akan “feel good”).
Dengan sedikit ungkapan salam, kita akan dibalas dengan pahala oleh Allah swt – kita mendapat pahala sunat. Allah mengajar lagi. Mereka yang di doakan (diberi salam) jangan pula kedekut untuk mendoakan kembali orang yang telah mendoakan kita sebab itu menjawab salam menjadi waaajib!

Secara halus, Islam mengajar kita tidak kedekut dalam memberi doa sebabnya kita akan mendapat lagi banyak doa. Antara adab-adab memberi dan menjawab salam ialah orang yang menjawab salam di sunatkan menjawab dengan doa yang lebih panjang. Contohnya, sekiranya ada org memberikan salam dengan lafaz “ السلام عليكم” sejahteralah ke atas kamu, kita mendapat pahala extra sekiranya kita menjawab dengan ungkapan doa yang lebih panjang iaitu “ و عليكم السلام و رحمة الله” sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu. Apabila orang memberi salam “ السلام عليكم و رحمة الله” kita jangan kedekut menjawab “ و عليكم السلام و رحمة الله و بركاته” . apa yang akan kita berikan sekiranya orang memberi salam dengan lafaz yang penuh السلام عليكم و رحمة الله و بركاته ? Kita jawab " عليك- 'alaika/'alaiki" yang bermaksud "demikian juga atas kamu". Jangan kedekut mendoakan kembali orang yang telah mendoakan kita. Di sudut yang lain, yang memberi salam, akan mendapat salam/ doa yang lebih banyak. Lihat di sini ada undang-undang “The more you give, the more you get”.

Orang yang tiada berharta juga masih berpeluang mengutip pahala sekiranya dia tidak kedekut memberi senyuman. Bertuah anak saudara saya Amni Nadirah, mempunyai bibir yang sentiasa senyum. Dan saya masih lagi belajar untuk menjadi pemurah dengan senyuman. Saya juga suka dengan kata-kata.… SENYUM ITU BERJANGKIT… SENYUM!!!

Wednesday, October 12, 2011

Saya insaf...

Dalam perjalanan balik dari kerja sebentar tadi, saya menalipon kenalan saya Kak Mas. Memang sudah menjadi tabiat saya untuk membuat panggilan talipon ketika sedang memandu (pastikan menggunakan ‘hands free’ ya!). Kakak yang saya panggil Kak Mas ini amat saya kagumi semenjak saya mula mengenalinya ketika sama-sama pergi menunaikan haji 2 tahun lalu.

Kak Mas adalah rakan shopping saya semasa di Madinah. Kami mula berkenalan di luar masjid Nabi, ketika kami ditinggalkan kerana tidak dapat memasuki kawasan masjid kerana ‘uzur bulanan.’ Mula kenal, saya terus jatuh hati kepada Kak Mas. Pertama, kerana peribadinya yang sentiasa ketawa apabila bertutur menyebabkan hati saya cukup senang dan ceria apabila bersamanya, dan kedua kerana Kak Mas boleh menjadi rakan shopping saya yang akrab ketika itu…hehehe.. (gambar Kak Mas di wall saya)

Setelah meninggalkan Madinah, dan kami masuk ke Mekah, barulah saya lebih tahu tentang diri Kak Mas. Ketika kami semua rancak meniti hari-hari penuh barokah di tanah kelahiran Nabi, rupa-rupanya Kak Mas melalui hari-hari beliau dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Kenapa? Kerana sepanjang lebihkurang 40hari kami di Mekah, Kak Mas diuji Allah dengan darah penyakit yang tidak berhenti.

Perbualan kami hari ini menambah lagi kekaguman saya terhadap wanita istimewa ini. Perbualan kami lebihkurang berikut;


Saya: Assalamualaikum Kanda…
KMas: Waalaikumsalam Rahibah (ketawa) Rahibah sehat ke??
Saya : Saya sehat Alhamdulillah… KMas macam mana?
KMas : Akak macam tuu la…sepatutnya akak kena operate ni tapi akak minta tangguh. Hari tu, kata nak tunggu cucu besar, ni cucu dah besar, dah nak keluar cucu baru lagi (ketawa)
Saya: (Ketawa). Ha..macam tu la, nak tunggu cucu besar tup tup cucu baru nak muncul pulak.
KMas: (Ketawa) Rahibah dapat tak mesej akak hantar hari tu? Masa akak nampak gambar Rahibah dalam majalah Anis tu akak on the way ke Puchong (KMas tinggal di Perak, dan datang ke Puchong rumah anaknya apabila KMas ada check up utk penyakit yg dihidapinya).
Saya: Dapat... Sorila tak reply
KMas: Itulah…Akak tak dapat jawapan dari Rahibah, ingat ke dalam pantang ….(ketawa lagi)
Saya: Hihihi…tak de la… Room mate saya masa di Mekah dulu memang dapat baby. Kak Mas ingat tak Dila yang pegi haji dengan suami dan mak mertua dia tu?
KMas: Yang duduk Bangi tu ye?
Saya: A a…Dia 13tahun kawin tak dapat baby, aleh aleh 6 bulan balik Haji, terus pregnant. Rezeki Allah nak bagi senang je…. Sekarang dah setahun lebih dah baby dia. Baby girl. Comel. Kak Mas apa citer? Macamana sakit Kak Mas tu
KMas: Macam tu la Rahibah…. Doktor suruh operate, tapi suami Akak tak bagi
Saya: Habis, KMas tak operate tak apa ke? Darah masih keluar terus lagi ke?
KMas: Akak makan ubat la sekarang ni. Makan pil perancang. Kalau tak makan pil tu susah la Rahibah kita nak kira bila masa istihadah bila masa tak, sebab darah keluar tak menentu. Sekurang-kurangnya kalau makan pil perancang ni, darah keluar ikut cycle. Malu jugak Akak bila cakap kat orang Akak makan pil perancang (ketawa)
Saya: Ish….dah umur macam ni pun masih makan pil perancang…
Saya & KMas (sama-sama ketawa gelihati)
Saya: Doktor kata KMas sakit apa sebenarnya?
KMas: Doktor kata rahim bengkak
Saya: Habis kalau rahim bengkak kenapa darah selalu keluar?
KMas: Doktor kata darah tu bertakung diluar rahim, dia dah banyak sangat sebab tu keluar. Darah tu sepatutnya menjadi makanan bayi.
Saya: Sakit tak KMas?
KMas: Saakit Rahibah, masa mula dan sepanjang period tu. Kalau 10 hari, 10 harilah sakit. Macam nak bersalin. Doktor suruh KMas rehat. Jangan stress. Tu yang KMas ketawa je ni…(ketawa).
Saya: KMas tak ada pergi rawatan alternatif ke? Kan sekarang ni macam-macam ada. Yang guna ayat Quran macam yg Ashraf Muslim tu ke..
KMas: Ada…Akak pergi Darul Syifa’. Homopati pun Akak ambik. Kat Asyraf Muslim tu pun Akak pegi. Ustaz Lokman tu kata banyak jin la pulak.. Heran Akak macamana jin tu buleh duduk kat situ, Akak selalu baca Kuran. Tak pernah miss baca Kuran pun masih banyak jin.
Saya: Hahaha…..bukan setakat baca Kuran, minum air zam-zam sambil baca Kuran lagi!
Saya & KMas: (Ketawa)
KMas: Suami akak tak bagi akak operate. Dia takut. ..Kita ni Rahibah, apa jua keadaan pun kita sebagai isteri kena redha pada suami. Kalau sesuatu terjadi pada Akak sebelum operate, Akak redha kerana ikut kata suami. Kalau kita sehat pun, suami tak redha pun tak guna juga. Sebanyak mana amalan Akak pun, kalau suami tak redha di mana tempat Akak di sisiNya. Itulah yang menjadi kekuatan Akak.


Terkedu….saya insaf

Monday, October 10, 2011

Raudhah bukan hanya di Madinah


Musim haji menjelang lagi. Kala ini dimaklumkan kumpulan KT1 telah masuk ke Mekah mulai semalam, manakala kumpulan-kumpulan jamaah dari KT-KT seterusnya makin ramai yang tiba ke Madinah. Yang telah melewati Madinah, pastinya mereka ke Mekah dengan memori indah Madinah. Yang masih di Madinah, mereka sedang asyik mengutip pahala ibadat serta mengambil barokah berdoa di tempat-tempat mustajab, manakala yang belum tiba tertunggu-tunggu dengan penuh teruja.

Antara tempat mustajab doa di Madinah ialah di Raudhah. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w bahawa “Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”- (Muttafaq ‘Allaih). Para jamaah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir dan bersolat di Taman Syurga yang Allah sediakan di dunia ini.

Kawasan Raudhah amat kecil, hanya seluas 22x15m shj. Kawasan Raudhah ini di bezakan dengan warna karpet hijau. Bagi jamaah wanita ada jadual waktu untuk masuk bersolat di sana. Kekangan waktu dan keluasan yang terbatas ini menjadikan kawasan Raudhah sebagai tempat ujian kesabaran para jamaah. Tidak hairanlah cerita-cerita perebutan, penindihan dan langkah-melangkah ketika sedang sujud sering kedengaran. Manusia berebut-rebut, bertolakan untuk masuk ke Taman Syurga ini.

Sebenarnya SEMUA dari kita boleh hadir ke Raudhah tanpa perlu ke Madinah. Mana mungkin Allah Yang Maha Adil menjadikan Raudhah itu milik segolongan orang sahaja? Bagaimana pula dengan mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah?

Bukankah Nabi kita ada bersabda:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah" Para sahabat bertanya:"Apakah itu taman-taman syurga?"Jawab baginda:"Majlis Zikir." (Riwayat at-Tirmidzi)

Ayuh kita penuhi Raudhah Allah. Raudhah yang ini ada di mana-mana. Majlis ilmu dan majlis zikir ada di mana-mana. Berdoa semasa di majlis ilmu juga merupakan detik berdoa yang mustajab kerana semasa kita berada di majlis ilmu, turut bersama dengan kita adalah para malaikat. Para malaikat ini akan mengaminkan doa kita dan membawa doa kita untuk dipersembahkan kepada Allah.

Menghairankan kiranya kita hanya berlalu pergi melewati majlis ilmu tetapi berebut-rebut ketika berada di Masjid Nabi dengan alasan mengambil tempat bersolat serta memohon doa di Raudhah. Kita tidak perlu menunggu ke Madinah untuk berdoa di Raudhah kerana Raudhah itu sebenarnya berada dekat dengan kita.

Saturday, September 10, 2011

Saya nak derma lagi lah!

Tempat biasa tabung derma Palestine saya adalah disini, di sudut kerusi tepi tingkap. Untuk raya tahun ini saya mengambil strategi berbeza dari tahun lepas. Saya bukan saja akan bagi duit raya pada anak-anak yg ketuk pintu nak duit raya, tapi saya akan menerapkan juga kepada mereka indahnya bersedekah.

Cerita bermula. Jiran saya Salmi berziarah raya bersama anak-anaknya. Duduk di kerusi berhampiran meja dekat dengan tabung, Salmi mengambil tabung sambil menimbang-nimbang berat tabung. Melihat tangan sudah di tabung saya lantas membuat 'pengumuman' untuk sesiapa yang ingin membuat sumbangan. Anak-anak Salmi mendahului dengan masing-masing memasukkan duit raya mereka ke tabung.
Jiran Pakistan saya, Salma yang kebetulan ada di majlis turut memasukkan not biru (sudah tentu not biru yg lebih besar ;-D). Beliau memang sebelum ini ada menyatakan hasratnya untuk memberi sedekah, rupanya sedekahnya tertakdir untuk warga Palestin!

Kumpulan anak anak seterusnya yg datang ke rumah saya. 3beradik beserta seorang rakan. Selepas menjamu selera, saya membuka cerita tentang Palestin. Tentang peperangan disana,tentang kesusahan anak-anak Palestin yang kematian bapa, kehilangan abang. Tentang susahnya mereka nak dapat ubat, tentang susahnya mereka nak ke sekolah. Kita wajib tolong mereka. Salah satu cara kita boleh tolong mereka ialah dengan bagi derma.
"Awak boleh derma?" saya mula bertanya.
"Boleh, tapi saya tak ada duit."
"Ok...Kalau teacher bagi kamu RM2 duit raya, kamu boleh bagi derma?"
"Boleh!" Akhirnya setiap dari mereka memasukkan RM1 dari duit raya yg saya beri tanpa berfikir dua kali.

Selepas mereka anak-anak Syed blok sebelah datang. Hanya si abang sulung yang memasukkan derma. Yang lain agaknya masih belum faham. Tak mengapa.

Kumpulan dua beradik lelaki datang kemudiannya. Halim dan Hakim. Anak-anak yang bijak tapi loyar buruk bila masa belajar mengaji(hihihi). Sambil menikmati kuih raya, tangan si abang mencapai tabung derma.
"Haa..Aman Palestin," Kata Halim, si abang.
"Awak tahu ke negara Palestin?", tanya saya
"Tahu! tempat yang ada perang tu. Dekat sekolah saya hari tu orang Aman Palestin datang. Banyak gambar teruk-teruk mereka tunjuk. Dalam TV takde tunjuk pun. Budak-budak kat situ berani. Dengan kereta kebal pun mereka berani lawan!! Lempar batu je", Sambung si abang bersemangat sedang si adiknya khusyuk menikmati mee goreng.
"Kita boleh tolong mereka dengan bagi derma. Awak boleh bagi derma?" saya masukkan jarum.
"Boleh! Dek, jom kita bubuh duit 50sen kita dapat tadi."
Dan mereka memasukkan syiling duit raya yang mereka dapat dari rumah sebelumnya. Selesai makan,waktu yg ditunggu-tunggu iaitu waktu menadah duit raya. Saya hulurkan RM1 duit kepada mereka sambil berkata,"ini seringgit duit raya teacher, dan ini lagi seringgit duit Allah ganti lebih banyak sebab awak bagi sedekah. Awak sedekah 50sen, tapi Allah ganti seringgit." saya nampak mereka seronok mendapat duit berganda.

Sementara saya bersiap untuk solat asar, terdengar lagi suara kanak-kanak diluar memberi salam sambil memanggil "Assalamualaikum teacher". Sudah bertelekung, saya membuka pintu. Seorang kanak-kanak india, Rajesh datang bersama 2 org kanak-kanak lain tidak pernah saya lihat sebelumnya. Rajesh saya kenal kerana dia pernah mengikuti aktiviti Explorace anjuran Surau awal tahun ini. Rajesh budah baik. Semoga Allah berinya hidayah.
Saya beritahu mereka saya nak solat. Tapi si abang cuma kata, "Tak apa kami nak beraya aje. Dah kenyang." Saya menyuruh mereka masuk dan makan biskut raya yg ada. Saya perasan si adik amat gemar biskut tart manakala Rajesh dan si abang tidak menyentuh makanan. (terlupa pula saya tanya nama abang adik ini).
Adik masih makan biskut, abang sudah sibuk kata "nak duit raya. nak duit raya"
Saya lihat dalam tangan mereka sudah ada beberapa nota biru serta sampul angpow. Sambil mengunjukkan tabung derma Palestin saya berkata,"Tengok ni di Palestin, kesian kanak-kanak kat sana. Kena tembak. Bila sakit, tak ada ubat."
"Mana-mana?" Kata si adik
"Ni..." kata saya sambil menunjukkan gambar yg terdapat di tabung derma
"Siapa yg tembak?"
"Ni...askar-askar Israel." Unjuk saya lagi.
Sampuk si abang "Teacher, nak duit raya"
Saya kata "Awak boleh bagi derma tak kat mereka? Buat beli ubat. Awak bagi derma dulu, nanti teacher bagi duit raya."
"Boleh." tanpa teragak, Si abang mula memasukkan duit rial seringgit, diikuti oleh si adik dan Rajesh.
Selepas ketiga-tiga masukkan duit, saya keluarkan duit raya yg baru. "Ha...ini seringgit, duit raya...dan ini seringgit lagi duit sebab awak dah bagi derma tadi. Tuhan ganti balik duit awak."
"Wah! dapat dua ringgit!" jerit si abang. Teruja."Saya nak derma lagi lah!" Katanya sambil mula memasukkan duit seringgit yang komot di tangan ke dalam tabung.
"Nah! Ini duit ganti duit awak derma!" Kata saya sambil menghulurkan duit baru
"Nak derma lagi!" Sambil memasukkan lagi duit diikuti dengan saya menghulur kepadanya duit raya yang baru. "Nak derma lagi!" dan si abang memasukkan duit seringgit di ikuti dengan saya menggantikan kepadanya duit yang baru berulang lebihkurang 5 kali (bermakna dia telah memasukkan RM5 dan saya memberikan kepadanya duit yang baru sebanyak 5 kali). Akhir sekali dia membelek lagi duit raya dan memasukkan RM3 sekaligus, mengandaikan ini dermanya terakhir saya memberikannya RM4 iaitu bonus seringgit sambil memberitahunya Allah akan ganti duit derma kita dengan lebih banyak.
"Saya pun nak derma lagi jugaklah" Kata Rajesh sambil memasukkan RM5 dan sebagai balasan saya memberinya RM6.
Si adik yang dari tadi memerhatikan si abang memasukkan derma berkali-kali mula menyampuk. "Adik pun nak derma lagi jugak. tapi adik ada 2ringgit je..."
dan si abang lalu berkata "tak apa. adik masukkan duit adik" dan menakjubkan saya, tanpa berkira-kira si adik langsung menggulung duit dua ringgit yg dia ada itu dan memasukkan ke tabung.
Saya bertanya si adik "awak masukkan berapa ringgit?"
"Saya ada 2 ringgit je". jawabnya
"Awak bagi sikit pun tak apa. Yang penting, kena ikhlas...Sebab awak ikhlas, Allah ganti..3 ringgit!!" Kata saya sambil menyerahkan kepadanya 3ringgit.
Melihat duit yg si adik dapat, si abang mula membuka semula duit raya dalam genggamannya, dan melihat gelagat si abang, saya menjangka si abang akan berkata "saya nak derma lagih!"
saya terus memintas.."Dah. dah :)) teacher nak solat asar dah :-D. Kamu semua anak-anak yang baik. Kamu mesti ingat....Satu...Jangan lokek. Kalau orang minta derma atau sedekah. Mesti bagi. dan dua...jangan risau kalau kamu bagi derma. sebab bila kamu bagi derma Tuhan akan ganti laagi banyak! Ok?"
"Ok" jawab mereka. Keluar dan ketuk rumah jiran sebelah pula.
Ooops...saya lupa nak ambik gambar anak-anak ini! dan mereka bergambar dengan tabung di luar pintu rumah. Ya Robb..Saya harap anak anak ini akan ingat pelajaran hari ini sehingga mereka besar.

Friday, July 8, 2011

Mari Belajar dari Almarhumah Ustzh Yoyoh

Serik terperangkap trafik jem semalam beserta amaran-amaran roadbloak di sana sini, saya mengambil keputusan tetap dirumah pada hari ini. Tiada appoinment, saya memulakan hari dengan membaca article-article berkaitan 'malaysia property outlook', Sesungguhnya saya cukup keliru dengan halatuju hartanah di Malaysia ini beserta pendapat-pendapat berbagai.
Setelah penat dengan article-article berat, saya teringat article berkenaan Almarhumah Ustzh Yoyoh Yusra yang saya baca di fb ikramsj.
Yoyoh Yusra belum pernah saya temui tapi kehebatan peribadi beliau pernah diceritakan oleh Dr Normah kepada saya. Saya amat mengagumi ibu 13anak ini. Lantas apabila berita kembalinya beliau ke rahmatullah diterima, saya merasakan seolah-olah orang yang cukup akrab dengan saya telah pergi. Sementelah apabila membaca article demikian yang cukup terkesan kepada saya menambahkan lagi rasa kasih dan kagum saya. Mungkin ada yang belum membacanya jadi saya turunkan disini sebagai perkongsian semoga ia dapat dijadikan sumber inspirasi buat kita yang tinggal
petikan:
dakwatuna.com – Hari ini Sabtu 21 Mei 2011 bertepatan dengan 18 Jumadits Tsani, kita kehilangan seorang mujahidah dakwah, ustadzah, muballighoh, bunda yang penuh kesabaran : Yoyoh Yusroh.
Masyarakat banyak mengenalnya sebagai Anggota DPR RI dari Fraksi PKS yang sangat gigih memperjuangkan RUU pornografi. Usulan cerdas beliau tentang kemungkinan tentara TNI wanita berjilbab juga menarik banyak pihak untuk mencermati langkah beliau. Keterlibatannya di kerja dewan sejak tahun 1999 tidak menyurutkan langkahnya dalam dakwah dan tarbiyah di tengah masyarakat. Taujihat dan ceramahnya senantiasa dinanti setiap kader dakwah khususnya akhwat muslimat. Panggilan Bunda yang dialamatkan kepada beliau menunjukan penghargaan dan arti khusus diri beliau di hati setiap akhwat kader dakwah. Beliau kini telah meninggal, namun catatan kebaikan telah banyak ditorehkan, saatnya bagi kita untuk meneladani dan melanjutkan perjuangannya.

Setiap kematian meninggalkan pesan, pesan untuk mengingat betapa dekatnya kita dengan alam barzah. Pesan untuk mengingat dan menyebut kebaikan yang meninggal agar ada langkah yang nyata dalam mengikuti kebaikan-kebaikan yang ada. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Apabila kamu menghadiri orang yang sakit atau orang yang meninggal, maka katakanlah yang baik, maka sesungguhnya malaikat mengaminkan (membaca amin) atas apa yang kamu katakan.” (HR. Muslim)
Dalam riwayat lain dari al-Bukhari, bahwasanya satu jenazah dibawa melewati Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para shahabat radiyallahu ‘anhum, lalu mereka menyebutkan kebaikan-kebaikan orang tersebut. Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Wajib”. Lalu lewat lagi satu jenazah yang lain, lalu mereka menyebutkan kejahatan kejahatannya.” Maka Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda lagi, “Wajib”. Maka Umar bin Khatab radiyallahu ‘anhu bertanya, “Apakah gerangan yang wajib?” Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda, “Ini yang kamu sebutkan atasnya kebaikan, maka wajiblah baginya surga; dan ini yang kamu sebutkan atasnya kejahatan, maka wajiblah baginya neraka. Kalian adalah saksi-saksi Allah di muka bumi.” (HR. Bukhari)
Air mata akan segera mengering, gundukan tanah akan segera membatu, kesedihan akan segera ditumpuki dengan agenda kesibukan lainnya, maka marilah sejenak kita mengenang kebaikan beliau, kebaikan dan hanya kebaikanlah yang layak untuk dikenang dari setiap insan. Mari belajar kokoh dari ustadzah Yoyoh Yusroh

Pertama: Teladan Fisik yang Kuat dan Komitmen dalam menjaga kesehatan
Aktifitas dakwah membutuhkan energi yang luar biasa. Ini yang disadari oleh ustadzah Yoyoh Yusroh, maka beliau punya komitmen yang sangat tinggi dalam menjaga kesehatan, dan juga mengingatkan kader dakwah yang lain agar peduli kesehatan. Afifah Afra menuliskan kenangannya bersama ustadzah Yoyoh Yusroh dalam suatu kesempatan memberikan tausiah di depan para muslimah Semarang. Beliau sangat menganjurkan para muslimah untuk menjaga kesehatan. Menekankan untuk mengonsumsi banyak sayur dan buah-buahan, serta meninggalkan segala jenis makanan instan yang berpengawet. Lebih tegas ustadzah Yoyoh Yusroh menjelaskan: “Rahim seorang wanita harus dipersiapkan untuk menghasilkan generasi yang terbaik. Jadi, makanlah hanya sesuatu yang halal dan toyib.” Komitmen beliau yang tinggi ini pun bisa dengan mudah dibuktikan di depan mata. Melahirkan 13 putra dan putri tentu dibutuhkan penjagaan fisik yang luar biasa, belum ditambahi aktifitas dakwah dan kegiatan yang sangat padat. Beliau mampu melewati hari-hari sibuknya dengan stamina yang kuat. Saat ditanya seorang akhwat tentang resep fitnya, beliau mengingatkan untuk jangan lupa mengonsumsi habbatus sauda dan madu.

Kedua: Kesabaran Luar Biasa
Melahirkan, merawat dan membesarkan 13 orang anak adalah hal luar biasa yang mutlak membutuhkan kesabaran yang luar biasa. Betapa banyak kader dakwah yang hari ini mengumbar keluhkesah dan berteriak kerepotan, sementara mereka baru dikarunia satu dua anak, dengan amanah dakwah yang tak seberapa. Kegiatan beliau yang begitu padat tentulah membutuhkan kesabaran luar biasa. Dalam kehidupan rumah tangga beliau adalah contoh kesabaran seorang ummahat, karena beliau seringkali diminta –terkadang bersama suaminya- untuk mengisi talkshow dan seminar dengan teman keluarga islami. Beliau berpesan tentang kunci sukses membina rumah tangga: “Dalam membina rumah tangga, yang penting prinsipnya saling memberi. Tidak ada yang superordinat atau subordinat antara laki-laki dan wanita. Sejak awal menikah komitmen itu harus ada. Laki dan wanita punya keistimewaan.”. Banyak lagi pesan dan petuah beliau tentang rumah tangga, yang sungguh telah dibuktikan sejak awal dalam kesabaran beliau mengarungi rumah tangga. Sekali lagi, dengan 13 orang anak!

Ketiga: Aktif Bergerak
Ustadzah Yoyoh Yusroh juga menjadi teladan akhwat muslimah dalam kiprah bagi dakwah dan masyarakat. Amanah beliau yang begitu banyak senantiasa beliau tuntaskan dengan sebaik-baiknya. Bukan hanya dalam konteks internal partai atau dalam negeri, namun juga tampil aktif dalam organisasi internasional bahkan perjuangan internasional membela Palestina. Beliau memimpin rombongan Viva Palestina yang dikoordinir oleh Komite Nasional Rakyat Palestina (KNRP), dan melalui perjuangan berat akhirnya mampu menembus Gaza dengan dikawal barisan panser tentara Mesir. Kiprah beliau yang sangat padat bisa dilihat dari rentetan tugas dan penghargaan yang beliau dapat. Selain di DPR beliau juga aktif sebagai anggota Dewan Pakar ICMI (Tahun 2005-2010), bidang Pemberdayaan Perempuan, Anak dan Lansia. Tak hanya itu, sejumlah tanda jasa pun pernah diterimanya, seperti International Muslim Women Union (IMWU) tahun 2000, International Muslim Women Union (IMWU) tahun 2003, dan Mubaligh National dari Departemen Agama RI tahun 2001. Sebuah gambaran sekaligus teladan, seorang ummahat yang sukses meramu antara ranah domestik dengan pengabdian kemasyarakatan.

Keempat: Ruhiyah Tinggi
Aktivitas dakwah dan kemasyarakatan yang begitu padat akan sangat melelahkan tanpa siraman ruhiyah yang teratur dan pada porsi yang istimewa. Ustadzah Yoyoh Yusroh tahu dan meyakini dengan pasti hal tersebut. Karenanya beliau senantiasa menghiasi hari-hari padat aktifitasnya dengan charger ruhiyah yang terus dijaga dan ditingkatkan. Tilawah dan mengulang hafalan Quran adalah rutinitas harian yang tak terlewatkan. Salim A Fillah pernah mendapati beliau bersama suami tengah asyik mengulang hafalan berdua, bergantian menyimak dan membenarkan. Secara khusus, beliau senantiasa menyelesaikan tilawah tiga juz setiap harinya. Tentu sebuah capaian yang luar biasa, yang barangkali tak terbayangkan dalam benak banyak kader yang selalu gagal menyelesaikan satu juz tilawah karena alasan kesibukan. Ketika ditanya bagaimana mungkin menyempatkan diri untuk tilawah sebanyak itu dalam setiap harinya, ustadzah Yoyoh Yusroh menjawab dengan yakin dan mantap: “Justru karena sibuk dan banyak hadapi aneka persoalan serta begitu beragam manusia, maka harus memperbanyak Al-Qur’an”. Subhanallah

Kelima: Penyayang dan Peduli
Banyak akhwat yang terkesan dengan kesederhanaan dan ketawadhukan beliau, dan lebih dari itu kedekatan personal dan ukhuwah yang dibuktikan dengan langkah nyata. Panggilan bunda dan ummi menandakan tempat khusus di hati para akhwat. Seorang akhwat muda begitu terkesan saat dalam sebuah pertemuan kedua dengan beliau, ustadzah Yoyoh Yusroh masih mengingat betul nama dan asalnya, serta menanyakan tentang kegiatan dan aktifitas terbarunya. Hal ini jelas menunjukkan kepedulian dan kasih sayang beliau yang tulus kepada para akhwat, tanpa pamrih, seperti kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.
Akhirnya, tentulah masih banyak teladan kebaikan yang telah ditorehkan oleh ustadzah Yoyoh Yusroh, coretan singkat ini tak akan pernah mampu mewakili kebaikan dan keteladanan dari sosok daiyah dan mujahidah ini. Sekali lagi marilah belajar kokoh dari ustadzah Yoyoh Yusroh. Mari belajar memuhasabahi diri atas langkah yang amal yang telah kita torehkan setiap hari.

Beberapa hari sebelum meninggal, beliau menuliskan SMS berisikan kegelisahan dan muhasabah hatinya kepada seorang akhwat

Ya rabb, aku sedang memikirkan posisiku kelak diakhirat. Mungkinkah aku berdampingan dengan penghulu para wanita Khadijah Al-Kubra yang berjuang dengan harta dan jiwanya? Atau dengan Hafshah binti Umar yang dibela oleh Allah saat akan dicerai karena shawwamah (rajin puasa-red) dan qawwamahnyaI (rajin tahajud-red)? Atau dengan Aisyah yang telah hafal 3500 an hadits, sedang aku…. ehm 500 juga belum… atau dengan Ummu Sulaim yang shabiroh (penyabar) atau dengan Asma yang mengurus kendaraan suaminya dan mencela putranya saat istirahat dari jihad… atau dengan siapa ya. Ya Allah, tolong beri kekuatan untuk mengejar amaliah mereka… sehingga aku layak bertemu mereka bahkan bisa berbincang dengan mereka di taman firdaus-Mu.

Friday, May 27, 2011

Sunathon Masjid Jamek SAZ

Hari ni 27hb Mei. Program bertindan-tindan. Ada pelancaran Ikramteens di Putrajaya, ada pelancaran Rismas di Masjid Bangsar dan ada Program Sunathon di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz (Masjid Jamek SAZ) Jln Templer. Awalnya nama dah ditugaskan untuk bantu Anas buat program explorace di Masjid Jamek, tapi program dibatalkan krn tiada mendapat maklumbalas dari pihak Masjid. Nak join group ke Putrajaya, nama tak daftar so tak bolehla nak pergi sbb itu yang circular tempohari kata, mesti daftar dulu sebelum 25Mei :-(.
Pagi yang indah...Hmm...rasa rugi pulak kalau dok saja dirumah, rasa baik juga ke Masjid Jamek SAZ kalau tak ada apa nak tolong pun, boleh juga jadi pemerhati :-)
Sesampai di Masjid jam 815pagi, tiada kelibat ahli wanita Ikram. Yang ada ahli lelaki serta orang Aqsa Syarif menyiapkan meja pameran. Ada AJK Muslimat masjid di meja pendataran. Perkenalkan diri wakil ikrampj. Nampaknya tak ada lagi yang perlu dibantu, so minta diri utk solat dhuha sekejap.
Saya sangat teruja dengan praktikaliti rekabentuk masjid. Masjid 2tingakat ini menempatkan ruang solat di tingkat atas manakala ditingkat bawah terdapat dewan untuk hemadolisis. Ada dewan besar yang indah. Tempat diadakan perasmian dan sering juga digunakan sebagai dewan untuk majlis perkahwinan. Ada perpustakaan, ada bilik IT, beberapa bilik kuliah dan ruang masak/dapur. Ini adalah salah satu dewan kuliah yang telah diubahsuai utk dijadikan bilik 'bersunat'. Wah! Selesa betul, nyaman dengan aircondnya. Cuma 'selek' sikit, tak ada partition untuk bersunat. Adoi! Medical team didatangkan dari Young Mercy UCMS. Belum nampak kelibat mereka tapi Dr Aisyah dari Hospital Sg Buloh sudah sampai awal lagi. Sempat berkenalan. Aha! Dr duduk di Sri Damansara, dekat tu dengan DD, nanti boleh rangka program untuk muslimat DD ya Dr! Beberapa AJK muslimat Masjid kurang senang dengan Doktor perempuan yang akan menyunatkan anak-anak ini. Jangan risau makcik...Doktor dah biasa, kalau kat luar tu orang bersalin dengan doktor lelaki pun ada. Perasmian oleh YB Hee Loy Sian. YB menyampaikan berita berkenaan tempoh pajakan tanah sekitar SS1,SS4 dan SS3 yang akan tamat tempoh tak lama lagi. Kalau nak 'renew' kena bayar premium sekitar RM80k-RM100k. Mahal tu! Berita baik, kerajaan Selangor telah meluluskan satu jumlah yang tidak membebankan pemilik tanah untuk buat renewal. Berapa nilainya akan di umumkan oleh MB nanti. Jadi kepada pemilik tanah sekiranya mendapat reminder letter dari Pejabat Tanah, jangan panik, tunggu sehingga pengumuman dibuat.Terdapat 17 org peserta sunathon termasuk 6 orang anak yatim. Peserta mendapat cenderamata dan sumbangan wang juga. Bestnyer... Selepas acara semburan air, mereka dikumpulkan dibilik menunggu dimana terdapat tayangan Upin Ipin sementara dipanggil kebilik bersunat. Young Mercy ada 18orang dan beberapa orang doktor selain Dr Aisyah telah tiba. Buka 6 katil jadi tempoh masa tak lama. 3 round dah habis. Selepas bersunat mereka akan berehat di bilik perpustakaan. Adengan 'hilang macho' peserta adalah adengan lumrah disetiap kali Sunathon.

Tuesday, May 17, 2011

Ajaibnya rezeki Allah

Saya amat meminati penyampaian dan ketinggian ilmu Murshid Dr Zul Al-Bakri. Pagi ini di Tanyalah Ustaz, Dr membincangkan berkenaan Takdir dan Usaha. Satu cerita yang saya amat tertarik yang disampaikan oleh al-fadhil Murshid ialah cerita berkenaan dengan seorang lelaki berjumpa dengan Khalifah Uthman. Pada perjumpaan pertamanya dia tidak dihiraukan oleh khalifah. Lalu seorang lelaki menegur lelaki tersebut yang sugul krn tidak dipedulikan. Lelaki itu menyuruh lelaki yang ingin berjumpa khalifah agar mengambil wudhu dan mengerjakan solat lalu mintalah dengan Allah agar permintaannya dipenuhi oleh Khalifah. Keesokannya lelaki tersebut sekali lagi pergi ketempat khalifah. Dari jauh Khalifah telah ternampak lelaki tersebut dan memanggilnya dekat. Lalu ditanya apakah hajatnya dan Khalifah terus mengarahkan pembantu-pembantunya memenuhi hajat permintaan lelaki tersebut. Apa bezanya lelaki pada hari itu sehingga beliau terus dipanggil oleh Khalifah? Bezanya kerana pada hari pertama lelaki tersebut pergi berjumpa dengan meletak harap kepada khalifah semata sedangkan pada hari kedua, beliau meletak harap kepada Allah. Doa itu amat penting. Usaha kita buat tapi ketentuannya ditangan Allah sebab itulah kita mesti berdoa.

Hari cuti ini tiba-tiba saya mendapat panggilan. Ada orang mahu view rumah semi-d di Damansara Jaya.
Sudah berpuluh-puluh orang saya bawa lihat rumah ini. Ada offer, tapi harganya jauh dari sasaran tuan rumah. Entah kenapa hati saya ringan pula untuk keluar walaupun sebenarnya hari cuti. Dalam perjalanan, saya tiba-tiba teringat kisah yang diceritakan oleh al-murshid tadi. Oh! Saya lupa meminta pada Yang Memberi! Sambil memandu, saya berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku dalam perjalanan mahu menunjuk rumah untuk dijual. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah hati pelanggan ku ini agar dia akan suka dan terus membeli rumah ini". Saya tiba awal disana. 10minit kemudian seorang lelaki tiba. Katanya isterinya menyusul kemudian. Selang beberapa minit, satu pasangan lelaki-perempuan tiba, diikuti oleh seorang perempuan lain. Saya jangka mereka dari satu keluarga rupa-rupanya pasangan lelaki-perempuan yang baru tiba itu adalah walk-in client. Kedua-dua pasang suami isteri ini mengambil masa melihat sekeliling rumah sambil bertanyakan latarbelakang pemilik rumah. Setelah pasangan pertama meninggalkan rumah, pasangan walk-in tadi rupa-rupanya amat berminat dengan rumah ini. Tanpa banyak bicara mereka terus meletakkan booking fee. Wah! Walk-in client, tanpa banyak bicara, terus mengambil harga yang diminta oleh tuan rumah! Ajaibnya rezeki Allah! Amat benarlah Allah bisa memberi rezeki dengan cara yang tidak kita sangka kalau kita bertaqwa padaNya!...dan itu yang sering kita lupa..minta dan taqwa.
Saya lupa...Allah pernah mengajar saya ketika di Mekah 2tahun lalu ketikamana saya mengerjakan tawaf wida' saya lupa untuk meminta dariNya menyebabkan tawaf wida' saya tidak selancar tawaf ifadhah. dan hari ini Allah mengajar saya sekali lagi...Minta dahulu padaNya, barulah buat. Saya harap saya tidak lupa lagi...

Tuesday, April 26, 2011

Kelantan Serambi Mekah

Lama sudah saya tidak balik ke kampong menaiki bas. Kesempatan suami outstation, tiba-tiba saya terasa nak balik kampong. Hari ini hari Selasa, lewat asar, saya drive dan park kereta saya di Hentian Putra. Sangat mudah. Tak perlu kelamkabut menunggu teksi.

Saya mencari tiket. Kebanyakan tiket yang tinggal tiket bas dua tingkat. Saya tak mahu bas dua tingkat, gayat. Alhamdulillah bas BUDAYA masih ada tiket untuk bas setingkat dan tempat duduk single.

Bas bertolak tepat jam 1030mlm. Saya sempat berkenalan dengan pemandu bas. Seorang pakcik hujung usia, berkopiah jernih wajahnya. Banyak tempat kosong. Saya ambil kesempatan duduk tempat double. Bas meluncur lancar sesekali saya tersedar membetul duduk. Jam 6pagi, bas berhenti. Pemandu buat pengumuman berhenti untuk solat subuh. Mamai mamai, saya bertanya lagi “ Semaye subuh ke Haji?” “Ya la. Kalu dok lewat pulok”. Alhamdulillah….sangat gumbira pakcik berenti untuk solat. Ada ketika semasa saya naik bas, saya mesti minta pemandu untuk berhenti solat!

Masjid kami berhenti biasa-biasa sahaja. Masjid kampung. Tidak ada yang mewah didalamnya. Doa qunut dibaca syahdu. Selain doa qunut yang biasa, Imam menambah permohonan-permohonan lain. Berbekal sedikit pengetahuan Bahasa Arab, saya mengira imam turut mendoakan kepada para ulama, juga doa agar pemerintah tidak terus mencuri hak dan harta rakyat, juga doa agar Allah memelihara kita, anak-anak dari fitnah dan dugaan dunia. Selesai solat, saya bersegera ke bas. Sempat mengerling papantanda masjid. Rupanya kami sudah di Wakaf Che Yeh, lagi 10min untuk tiba ke KB. Terimakasih Pak Haji kerana tidak melewatkan solat!

Sampai distesen bas langit sudah mulai cerah. Indah sungguh! Hati rasa bahagia menikmati indah pagi tanpa sesak manusia. Dan kenderaan! Bandar Kota Bharu sungguh lengang w/pun jam sudah menunjukkan hampir 7pagi. Sangat berbeza dengan kehidupan di kota, subuh belum tiba, sudah ada yang keluar rumah untuk masuk ke perlumbaan hidup yang tidak pernah berkesudahan.

Friday, February 25, 2011

Oh perumpamaan...

Seseorang yang kesempitan umpama orang yang lapar. Dia akan mengikut mu kerana menyangka engkau mencuitnya untuk mengajak makan walaupun sebenarnya cuitan engkau itu ialah sekadar untuk membuang serangga pada baju nya. emm....agak-agak faham tak perumpamaan ini? Perumpamaan ini kata suami saya adalah perumpamaan Somali. Sekali dengar rasa kelakar!

Minggu lepas saya menerima penyata pendapatan tahun 2010 dari syarikat. Melihat angka pendapatan, wajar untuk saya mencongak zakat yang patut di keluarkan dan semalam saya menyatakan hasrat saya untuk memberikan zakat pendapatan saya itu kepada mana-mana rakan suami yang memerlukan. Teruja untuk melakukan kebaikan, suami saya langsung menghubungi rakannya yang sedang kesuntukan kewangan. Ibarat orang mengantuk disorong bantal. Dan hari ini menurut suami saya sudah 2 kali rakannya bertanya bila suami saya akan bertemu dengannya. Ahaks! Saya belum duduk betul-betul lagi untuk kira jumlah zakat saya!

Monday, January 31, 2011

Sedekah bukan mengikut hukum Matematik

Sedekah bukan mengikut hukum Matematik. Bagaimana? Hukum matematik, benda yang dicampur/tambah akan menjadi lebih banyak. Yang dibahagi akan berkurangan, yang ditolak menjadi bertambah sedikit. Itu hukum Matematik. Tapi untuk sedekah, hukum Matematik 'tidak applicable'. Duit RM50, disedekahkan RM10 yang tinggal bukannya RM40 malah akan digandakan lagi dan lagi dan lagi sehingga 700kali ganda. "Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah, adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus biji. ALlah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui" Al-Baqarah:261.
lavender 006 lavender 016 lavender 019 lavender 013

Sedekah melanggar hukum asal Matematik Sedekah adalah penolak bala, penyubur pahala dan pelipatganda rezeki.

Semasa saya di Mekah 2thn lepas, kami tinggal beberapa hari dirumah saudara suami. Namanya Tahir (bapa kepada Abd Rahman & Abd Rahim...2 charming boys..love and miss them much!). Disana kami dijamu dengan mewah sekali. Makanan dihidang umpama untuk satu keluarga w/pun hanya untuk kami berdua. Jus, susu, buahan tak putus-putus ditambah. Minuman panas sentiasa diganti. Sesekali, datang sekumpulan jemaah haji lain dijemputnya ke rumah dan dijamu lagi. Mengikut suami saya, Tahir tidak bekerja. Dia masih belajar. Tahir ada 3 keluarga yang perlu ditanggung (Tahir beristeri 3!) tapi rezekinya mewah, tak pernah putus berkat sifatnya yang suka bersedekah menjamu tetamu.




Setelah sekian lama, semalam saya ke Pusat Darah Negara. Pergi derma darah. Saya teringat semasa di universiti dulu, pertama kali terdorong untuk menderma darah setelah mendengar ceramah motivasi dari Dr Noraini. Dr kata apabila kita menderma darah, seluruh sel didalam badan akan bertindakbalas dan menjadi aktif untuk menghasilkan lebih banyak darah baru yang sehat. Apabila darah kita sehat, sel-sel badan kita menjadi sehat, apabila sel badan kita sehat, Insya Allah kita akan menjadi seorang yang sehat. Amat benarlah, sedikit kita bersedekah Allah akan gantikan lebih banyak dengan yang lebih baik. Ayuh! Jom kita ber'sedekah' darah.