AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, October 12, 2011

Saya insaf...

Dalam perjalanan balik dari kerja sebentar tadi, saya menalipon kenalan saya Kak Mas. Memang sudah menjadi tabiat saya untuk membuat panggilan talipon ketika sedang memandu (pastikan menggunakan ‘hands free’ ya!). Kakak yang saya panggil Kak Mas ini amat saya kagumi semenjak saya mula mengenalinya ketika sama-sama pergi menunaikan haji 2 tahun lalu.

Kak Mas adalah rakan shopping saya semasa di Madinah. Kami mula berkenalan di luar masjid Nabi, ketika kami ditinggalkan kerana tidak dapat memasuki kawasan masjid kerana ‘uzur bulanan.’ Mula kenal, saya terus jatuh hati kepada Kak Mas. Pertama, kerana peribadinya yang sentiasa ketawa apabila bertutur menyebabkan hati saya cukup senang dan ceria apabila bersamanya, dan kedua kerana Kak Mas boleh menjadi rakan shopping saya yang akrab ketika itu…hehehe.. (gambar Kak Mas di wall saya)

Setelah meninggalkan Madinah, dan kami masuk ke Mekah, barulah saya lebih tahu tentang diri Kak Mas. Ketika kami semua rancak meniti hari-hari penuh barokah di tanah kelahiran Nabi, rupa-rupanya Kak Mas melalui hari-hari beliau dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Kenapa? Kerana sepanjang lebihkurang 40hari kami di Mekah, Kak Mas diuji Allah dengan darah penyakit yang tidak berhenti.

Perbualan kami hari ini menambah lagi kekaguman saya terhadap wanita istimewa ini. Perbualan kami lebihkurang berikut;


Saya: Assalamualaikum Kanda…
KMas: Waalaikumsalam Rahibah (ketawa) Rahibah sehat ke??
Saya : Saya sehat Alhamdulillah… KMas macam mana?
KMas : Akak macam tuu la…sepatutnya akak kena operate ni tapi akak minta tangguh. Hari tu, kata nak tunggu cucu besar, ni cucu dah besar, dah nak keluar cucu baru lagi (ketawa)
Saya: (Ketawa). Ha..macam tu la, nak tunggu cucu besar tup tup cucu baru nak muncul pulak.
KMas: (Ketawa) Rahibah dapat tak mesej akak hantar hari tu? Masa akak nampak gambar Rahibah dalam majalah Anis tu akak on the way ke Puchong (KMas tinggal di Perak, dan datang ke Puchong rumah anaknya apabila KMas ada check up utk penyakit yg dihidapinya).
Saya: Dapat... Sorila tak reply
KMas: Itulah…Akak tak dapat jawapan dari Rahibah, ingat ke dalam pantang ….(ketawa lagi)
Saya: Hihihi…tak de la… Room mate saya masa di Mekah dulu memang dapat baby. Kak Mas ingat tak Dila yang pegi haji dengan suami dan mak mertua dia tu?
KMas: Yang duduk Bangi tu ye?
Saya: A a…Dia 13tahun kawin tak dapat baby, aleh aleh 6 bulan balik Haji, terus pregnant. Rezeki Allah nak bagi senang je…. Sekarang dah setahun lebih dah baby dia. Baby girl. Comel. Kak Mas apa citer? Macamana sakit Kak Mas tu
KMas: Macam tu la Rahibah…. Doktor suruh operate, tapi suami Akak tak bagi
Saya: Habis, KMas tak operate tak apa ke? Darah masih keluar terus lagi ke?
KMas: Akak makan ubat la sekarang ni. Makan pil perancang. Kalau tak makan pil tu susah la Rahibah kita nak kira bila masa istihadah bila masa tak, sebab darah keluar tak menentu. Sekurang-kurangnya kalau makan pil perancang ni, darah keluar ikut cycle. Malu jugak Akak bila cakap kat orang Akak makan pil perancang (ketawa)
Saya: Ish….dah umur macam ni pun masih makan pil perancang…
Saya & KMas (sama-sama ketawa gelihati)
Saya: Doktor kata KMas sakit apa sebenarnya?
KMas: Doktor kata rahim bengkak
Saya: Habis kalau rahim bengkak kenapa darah selalu keluar?
KMas: Doktor kata darah tu bertakung diluar rahim, dia dah banyak sangat sebab tu keluar. Darah tu sepatutnya menjadi makanan bayi.
Saya: Sakit tak KMas?
KMas: Saakit Rahibah, masa mula dan sepanjang period tu. Kalau 10 hari, 10 harilah sakit. Macam nak bersalin. Doktor suruh KMas rehat. Jangan stress. Tu yang KMas ketawa je ni…(ketawa).
Saya: KMas tak ada pergi rawatan alternatif ke? Kan sekarang ni macam-macam ada. Yang guna ayat Quran macam yg Ashraf Muslim tu ke..
KMas: Ada…Akak pergi Darul Syifa’. Homopati pun Akak ambik. Kat Asyraf Muslim tu pun Akak pegi. Ustaz Lokman tu kata banyak jin la pulak.. Heran Akak macamana jin tu buleh duduk kat situ, Akak selalu baca Kuran. Tak pernah miss baca Kuran pun masih banyak jin.
Saya: Hahaha…..bukan setakat baca Kuran, minum air zam-zam sambil baca Kuran lagi!
Saya & KMas: (Ketawa)
KMas: Suami akak tak bagi akak operate. Dia takut. ..Kita ni Rahibah, apa jua keadaan pun kita sebagai isteri kena redha pada suami. Kalau sesuatu terjadi pada Akak sebelum operate, Akak redha kerana ikut kata suami. Kalau kita sehat pun, suami tak redha pun tak guna juga. Sebanyak mana amalan Akak pun, kalau suami tak redha di mana tempat Akak di sisiNya. Itulah yang menjadi kekuatan Akak.


Terkedu….saya insaf

No comments:

Post a Comment