AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, March 27, 2012

TIPS UNTUK SOLAT KHUSYUK



Saya hairan melihat orang yang tidak khusyuk dalam solatnya”. Oppss...itu bukan kata-kata saya, tetapi kata-kata Pak Mus, pengendali kem solat khusyuk dari Indonesia. Pertama kali saya mendengar kata-kata seumpama itu. Biasa yang saya dengar ialah “Saya hairan melihat bagaimana orang itu dapat khusyuk dalam solatnya”.

Banyak yang ingin saya kongsi berkenaan solat. Pastinya ia bukan perkara baru. Perkara biasa-biasa saja. Tapi tidak apa-apa. Bukankan kerja “ingat memperingati itu memberi manfaat bagi orang beriman?”. Ya! Kitakan orang beriman. Moga ada manfaat yang dapat diperolehi dari coretan saya ini.

Solat adalah amal yang pertama di nilai oleh Allah. Sekiranya rosak solat kita, Allah tak akan pandang amal-amal yang lain. Sebab itulah kita di sarankan memperbanyakkan solat-solat sunat. Mudah-mudahan solat sunat kita ini dapat menampung solat fardhu kita yang rosak. Rosak sebab tak khusyuk, rosak sebab buat sambil lewa, rosak sebab melewat-lewatkan, rosak sebab was-was, dan macam-macam sebab lagi.

“Solat itu kunci pintu syurga”. Solat itu KUNCI pintu SYURGA! Tak de kunci, tak boleh buka pintu. Pintu tak boleh buka, macamana nak masuk syurga???

Handphone, kalau tak ada bateri, walau canggih macamana pun handphone tu, tak guna. Nak guna handphone, kena caj dulu. Bateri mesti full, baru sedap guna handphone. Kala bar bateri dah tinggal satu, cepat-cepat pergi caj lagi. Pastikan charger tak rosak. Ada aliran letrik berlaku masa caj. Kalau charger terpasang kat soket, tapi ‘not charging’ sia-sia je lah.

Begitulah ibaratnya solat pada kita. Kita bagaikan handphone dan solat itu men’caj’ diri kita. Sebab itu kalau kita rasa lemah, rasa sedih, rasa tidak bermaya, rasa tidak bermotivasi bermakna ‘bar iman’ kita dah tinggal satu, jadi kena cepat-cepat caj iman kita. Dirikan solat! Solat sahaja tidak cukup juga, solat mesti khusyuk, baru lah iman kita ter-caj! Kalau solat tak khusyuk, macamana nak kuatkan iman, macamana nak tingkatkan iman, iman kita ‘not charging’! Jadi tak hairan lah kiranya kita solat pun tapi masih ‘macam tuuu jugak”.
Again, saya menulis ini bukan bermakna solat saya sudah khusyuk. Saya masih berusaha mendapatkan solat khusyuk.

Berikut adalah petua untuk mendapatkan solat khusyuk, di ambil dari program “Khawatir Shabab” yang diberikan oleh oleh Ahmad Shughairi (kredit kepada teman saya, Min Malek yang telah men-nota kan tips tersebut :)).

6 cara untuk menguatkan hati dengan izin Allah SWT, jika anda teruskan cara-cara ini selama sebulan, Ahmad Shughairi , jamin anda akan dapat rasakan perbezaannya. Anda akan rasakan bahawa solat itu sangat menyeronokan.

Khusyuk terletak dalam hati. Hati adalah saperti bahagian lain dalam badan memerlukan latihan setiap hari agar menjadi kuat.

1. Warming-up. Mana-mana jurulatih apabila diminta untuk melatih dia akan menyuruh kamu untuk memanaskan badan dahulu. Persediaan solat ada 2 perkara:-
PERTAMA: Setiap jam luangkan masa sedikit untuk berzikir walau 10 saat sahaja. Jangan sangka sepanjang hari kita lalai dari mengingati Allah SWT tetapi apabila mendirikan solat anda akan terus khusyuk. Sebab itu luangkan sedikit masa untuk berzikir sebelum mulakan solat.
KEDUA: Mengambil wudhuk setiap kali solat. Walau masih dalam keadaan berwudhuk lebih baik anda berwudhuk lagi sebelum mendirikan solat. Jangan berwudhuk dengan cepat. Tetapi bayangkan keadaan anggota wudhuk ketika hari kiamat. Contohnya ketika membasuh tangan kanan, bayangkan keadaannya ketika hari kiamat ketika mengambil kitab amalan anda dengan tangan kanan. Minta dijauhkan daripada mengambil kitab amalan daripada tangan kiri. Apabila membasuh kaki bayangkan kaki kita ketika merentas Sirath. Berdoalah supaya kaki kita kukuh ketika merentas Sirath.

2. Beli baju hanya untuk solat semata-mata. Ramai dari kita membeli baju hanya untuk majlis keramaian. Jadikan solat saperti majlis keramaian. Tempahlah baju daripada kain yang terbaik, sulam baju itu dan jadikannya semata-mata untuk solat.

3. Beli minyak wangi dan khaskan untuk solat saja. Pakar psikologi menyatakan terdapat kaitan antara wangi-wangian dan emosi. Kadang-kadang kita akan teringatkan seseorang atau kejadian tertentu. Dapatkan satu wangian yang membuat anda khusyuk dalam solat.

4. Perlahankan pergerakan ketika solat. Jika anda biasa solat dengan laju perlahankan pergerakan setengah kelajuan asal. Sama ada takbir ataupun sujud atau rukuk perlahankan pergerakan. Abu Hamid Al Ghazali menyatakan sebagaimana khusyuk memberi kesan keatas anggota badan, anggota badan dan penampilan juga memberi kesan keatas hati.

Baju, wangian dan memperlahankan pergerakan memberi kesan dalam khusyuk ketika solat (Buat! Insya Allah, saya juga jamin anda dapat rasakan perbezaan solat anda -bukan Ahmad Shughairi saja jamin tau!)

Bagi lelaki digalakan bersolat dimasjid. Bagi wanita bersolat pada waktunya dan di awal waktu.

Jadikan solat saperti hubungan cinta antara anda dan Allah SWT. Bagi Rasulullah SAW, solat bukan satu fardhu tetapi solat adalah masa untuk berehat. Jika kamu bersolat, solatlah saperti ia solat terakhir kamu.

5. Semasa bertakbir, bayangkan anda sedang menghadap Allah SWT, Pencipta anda. Bayangkan anda sedang mengadapNya pada hari kiamat sendirian.
“Allah SWT tidak memandang solat seseorang yang hatinya tidak hadir bersama" - Abu Hamid Al-Ghazali
Bayangkan juga kaitan anda dicipta dan dikembalikan ketanah. Bayangkan masa kecil dan perjalanan hidup ketika sujud. Bayangkan perlindungan Allah SWT sejak dari perut ibu anda. Semua ini membantu khusyuk dalam solat.

6. Berdoalah agar Allah menetapkan rasa khusyuk dalam hati dan anggota badan kita.

Arihna bissolah ya Bilal. “Wahai Bilal! Ayuh kita berehat dengan solat”

No comments:

Post a Comment