AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, April 18, 2012

Monolog diri

Monolog saya memujuk, meminta, mengingatkan diri sendiri....

Tatkala mendapat rezeki “Ini adalah milik Allah yang dititipkan kepada ku untuk ku sebarkan kepada yg memerlukan. Jadi mana bisa aku simpankan ia hanya untukku saja?”…dlm slang Indon

Tatkala hampir putus asa “ Cuba sebut apa perkara yang Allah tidak boleh lakukan?!”

Tatkala sendirian “Allah tinggalkan kamu sendirian kerana Dia mahu kamu dan Dia shj-private & exclusive!”

Tatkala berdoa untuk mendapat zuriat “Ya Allah, kurniakanlah aku anak-anak yang soleh yang boleh menjadi kebanggaan RasulMu”

Tatkala selesai membaca Al-Quran “ Ya Allah, jadikanlah al-Quran ini sentiasa di hatiku, membimbingku untuk kehidupan duniaku, peneman dan cahaya bagiku di kubur, jadikanlah ia pemimpinku di titian sirat dan jadikan lah al-Quran ini dinding penghadangku dari api neraka, dan jadikan lah al-Quran ini pembelaku bukan yang mendakwaku”

Tatkala menutup lampu hendak tidur “Masya Allah gelapnya bilik ini. Ya Allah terangilah kuburku dengan cahayaMu, aku takut gelap!”

Tatkala bermunajat diwaktu malam “Ya Allah, mudahkan hisabku. Jangan Engkau berkira-kira denganku”

Tatkala melihat orang yang dikagumi “Masya Allah hebatnya dia..*mode kagum*”
Tatkala merasakan masa terlalu pantas “Ya Allah, kurniakanlah daku keberkatan waktu”

Tatkala nak cepat tapi masih perlu buat solat sunat atau baca Quran “Ya Allah, berikanlah kelapangan masa untukku”

Tatkala orang meminta bantuan “Ya Allah, aku mudahkan urusan hambaMu ini, mudah-mudahan Engkau memudahkan urusanku ketika aku memerlukanMu”

Tatkala mengantuk “Allahu la ilaha illa hual hayyul qayyum, la ta’khuzuhu sinatun wa la naum< Wahai Tuhan yang tidak mengantuk dan tidak tidur, segarkanlah mataku”

Tatkala mengenangkan kawan non-muslim yang baik-baik “Ya Allah, buka kanlah pintu hati mereka untuk Islam”

Tatkala memandu kereta menuju ke tempat usroh dgn adik-adik “Ya Allah, berikanlah kepada ku ilmu dan hikmah, agar adik-adik ini dapat menerima apa yang aku sampaikan, dan dengan itu menjadikan mereka lebih dekat kepadaMu”

Tatkala orang menyakitkan hati “Never mindlah!”

Tatkala mengunci pintu rumah “Ku kunci rumah ini dengan Bismillahir Rahmanir Rahim, kunci paling kuat!”

Tatkala mengunci kereta “Allahummahfiz sayyarati (Ya Allah, peliharalah keretaku)”
Tatkala menulis blog ini ”Orang baca ke tak baca blog ini, aku tak kesah. Tapi sekurang-kurangnya bila aku mati, aku ada meninggalkan ithar (kesan) di dunia ini dan tulisanku ini ada tersimpan di satu sudut di alam maya ~”

No comments:

Post a Comment