Anda perlukan:
Untuk caramel
2 T mentega1 t serbuk kayu manis
¾ cawan brown sugar
4 biji apple buang kulit dan potong wedges
Untuk kek
2 cawan tepung gandum1 t baking powder
1/2t bikabornat soda
Sedikit garam
8 T mentega
1 cawan gula
2 biji telur
1 cawan yogurt
Sedikit esen vanilla
Caranya:
Mula-mula ambik loyang pembakar kek, letak atas api
utk kita buat caramel.
Cairkan mentegaMasukkan brown sugar dan serbuk kayu manis. Masak hingga jadi caramel cair
Kemudian masukkan apple dan balik2kan apple supaya kena caramel
-Ketepikan
-Sementara tu, pre-heat oven 180darjah
Ayak gandum, baking soda, bikarbonat soda dan sedikit
garam…… (A)
Pukul mentega hingga kembangMasukkan gula
Masukkan telur satu persatu
Pukul lagi, kemudian perlahankan pukulan (slow kan mixer) dan masukkan yougurt
Tutup mixer, dan masukkan esen vanilla
Masukkan gandum (A) dan sebatikan
Lepas tu tuang adunan atas loyang pembakar yg dah ada caramel dan apple tadi.
Bakar selama lebihkurang 40min
Dalam gambar saya pandai-pandai kurangkan mentega dan gula sebab tu caramel tak penuh dan apple juga lari-lari sebab tak bubuh banyak apple, jadi jangan tiru saya.
Insya Allah, guarantee kek jadi. Tak bantat dan tak
merekah. Ianya lembut serta moist lagi enak.
Selamat mencuba!!
No comments:
Post a Comment