AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, October 30, 2011

Resipi menu sehat mudah ringkas

Saya seorang yang perihatin dengan pemakanan. Makanan pagi adalah sangat penting kerana saya fikir makanan pagi merupakan asas kesihatan fizikal saya sepanjang hari tersebut. Sebelum ini saya ambil makanan kesihatan. Dari yang berharga RM20 hinggalah yang berharga RM500 lebih. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas saya sudah berhenti membeli pemakanan tersebut kerana saya mendapat resepi baru dari Prof Dr Muhaya. Resepi Prof saya ubahsuaikan dengan menambah beberapa bahan yang lain untuk lebih khasiat lebih sedap :-) ;



BAHAN-BAHANNYA:
Madu
Susu Segar
Oats
Minyak Zaiton
Buah Tamar
Minyak Habbatus Sauda’

CARANYA:
Masukkan kesemua bahan, kisar sampai halus……. Sedia di untuk di minum! Sebelum minum, jangan lupa baca Bismillah, selawat dan sambil berdoa “Ya Allah, aku percaya khasiat makanan ini sebagaimana kata-kataMu dan RasulMu. Maka ku pohon agar dengan berkat makanan sunnah RasulMu ini Engkau buangkan segala penyakit yang terdapat dalam jazad, tubuh, rohani, jasmaniku. Buangkan yang tak elok, tinggalkan yang elok. Buangkan yang kotor, tinggalkan yang bersih. Agar daku sehat dan ringan untuk beribadat kepadaMu

MAKLUMAT BAHAN:
1) MADU: Saya menggunakan madu asli keluaran HPA yang berharga hanya RM24 sebotol. Kenapa saya pilih madu HPA? Saya telah ‘test’ madu keluaran HPA dan saya dapati nilai ‘asli’ nya sangat tinggi. Cara mudah untuk kita tahu samada madu tersebut asli atau tidak ialah dengan melakukan ujian ringkas seperti berikut. Titikkan madu ke dalam piring putih. Masukkan beberapa titisan air yang ditapis ke dalam piring yang sama. Goyang-goyangkan secara perlahan piring sehingga madu bercampur dengan air. Sekiranya madu tersebut adalah madu asli, ia tidak akan bercampur dengan air sebaliknya ia akan membentuk rajah sarang lebah. Lagi asli madu tersebut, lagi jelas bentuk sarang lebah yang timbul. Sebaliknya sekiranya ‘madu’ tersebut bukan madu sebenar tetapi hanyalah campuran, ia akan terus bercampur dengan air atau membentuk sarang lebah yang tidak jelas. Cubalah Try Test!

2) SUSU SEGAR

3) OATS: Saya mula kenal oats semasa saya di university di tahun 1987 kerana ia merupakan sarapan teman sebilik saya. Katanya oats bagus kerana dia menyerap kolestrol macam sponge menyerap air. Wow! Saya cuba meniru beliau, masak oats dan masukkan susu serta gula tapi….tekak saya tak boleh terima! Dengan resepi ini, oats di kisar dan saya dapat minum oats dengan mudah. Yeay!
Resepi oats suami saya pula begini: Masakkan susu, setelah susu mendidih, masukkan oats dan masak sehingga oats lembut. Kemudian angkat, masukkan ke dalam mangkuk. Tuang madu serta minyak zaiton. Taburkan biji habbatus sauda’ . Whoalla! Sedia untuk di makan.

4) MINYAK ZAITON: Masakan Mediterranean banyak menggunakan minyak zaiton . Adakala mereka menggoreng (low fry) dengan minyak zaiton. Saya ingin memasak guna minyak zaiton sebab saya dengar minyak zaiton itu baik untuk kesihatan. Tapi mana mungkin saya goreng guna minyak zaiton? Minyak zaiton MAHAL! Baru-baru ini saya terjumpa article. Rupa-rupanya cara sebenar mendapat khasiat minyak zaiton ialah mengambilnya mentah tanpa ia terkena api. Ooo…sekarang baru saya faham kenapa masakan Arab, mereka hanya menuangkan minyak zaiton atas makanan apabila sedia untuk di hidang.

5) BUAH TAMAR: Mengandungi kadar serat yang tinggi. Khasiatnya juga banyak. Seeloknya masukkan buah tamar dengan bilangan ganjil. 1biji/3biji/dsb. Mengikut sunnah Nabi makan tamar dalam bilangan ganjil.

6) MINYAK HABBATUS SAUDA’ : Banyak hadis Nabi yang menceritakan manfaat habbatussauda’ dan hadis yang sangat popular menyatakan habbatus sauda’ ini penawar segala penyakit kecuali mati.

Anda boleh juga mempelbagaikan rasa minuman ini. Samada dengan memasukkan serbuk koko/milo atau boleh juga kisarkan bersama buah-buahan segar. Adakala saya masukkan saja pati jus buahan menggantikan madu dan tamar.
Wahai ibu-ibu! Jaga badan kita sebab kita PERLU sihat dan MESTI sihat! Jangan berterusan jadi macam ‘ikan DBKL’ yang kerjanya menghabiskan makanan anak-anak atau suami!

3 comments:

  1. minyak habatus sawda pula, cik puan beli jenama apa, di mana..boleh juga nak try ni..nmpk sedap

    ReplyDelete
  2. Maaf ye. tak perasan ada soalan... saya beli minyak habbatus sauda' zamdurrani. Ada no tel kat lebel dia..017-3035975 atau visit www.zamdurrani.dumei.com

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah, suatu perkongsian yg sgt baik.. InsyaAllah berniat utk mencuba.. (^_^)

    ReplyDelete