AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Friday, May 27, 2011

Sunathon Masjid Jamek SAZ

Hari ni 27hb Mei. Program bertindan-tindan. Ada pelancaran Ikramteens di Putrajaya, ada pelancaran Rismas di Masjid Bangsar dan ada Program Sunathon di Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz (Masjid Jamek SAZ) Jln Templer. Awalnya nama dah ditugaskan untuk bantu Anas buat program explorace di Masjid Jamek, tapi program dibatalkan krn tiada mendapat maklumbalas dari pihak Masjid. Nak join group ke Putrajaya, nama tak daftar so tak bolehla nak pergi sbb itu yang circular tempohari kata, mesti daftar dulu sebelum 25Mei :-(.
Pagi yang indah...Hmm...rasa rugi pulak kalau dok saja dirumah, rasa baik juga ke Masjid Jamek SAZ kalau tak ada apa nak tolong pun, boleh juga jadi pemerhati :-)
Sesampai di Masjid jam 815pagi, tiada kelibat ahli wanita Ikram. Yang ada ahli lelaki serta orang Aqsa Syarif menyiapkan meja pameran. Ada AJK Muslimat masjid di meja pendataran. Perkenalkan diri wakil ikrampj. Nampaknya tak ada lagi yang perlu dibantu, so minta diri utk solat dhuha sekejap.
Saya sangat teruja dengan praktikaliti rekabentuk masjid. Masjid 2tingakat ini menempatkan ruang solat di tingkat atas manakala ditingkat bawah terdapat dewan untuk hemadolisis. Ada dewan besar yang indah. Tempat diadakan perasmian dan sering juga digunakan sebagai dewan untuk majlis perkahwinan. Ada perpustakaan, ada bilik IT, beberapa bilik kuliah dan ruang masak/dapur. Ini adalah salah satu dewan kuliah yang telah diubahsuai utk dijadikan bilik 'bersunat'. Wah! Selesa betul, nyaman dengan aircondnya. Cuma 'selek' sikit, tak ada partition untuk bersunat. Adoi! Medical team didatangkan dari Young Mercy UCMS. Belum nampak kelibat mereka tapi Dr Aisyah dari Hospital Sg Buloh sudah sampai awal lagi. Sempat berkenalan. Aha! Dr duduk di Sri Damansara, dekat tu dengan DD, nanti boleh rangka program untuk muslimat DD ya Dr! Beberapa AJK muslimat Masjid kurang senang dengan Doktor perempuan yang akan menyunatkan anak-anak ini. Jangan risau makcik...Doktor dah biasa, kalau kat luar tu orang bersalin dengan doktor lelaki pun ada. Perasmian oleh YB Hee Loy Sian. YB menyampaikan berita berkenaan tempoh pajakan tanah sekitar SS1,SS4 dan SS3 yang akan tamat tempoh tak lama lagi. Kalau nak 'renew' kena bayar premium sekitar RM80k-RM100k. Mahal tu! Berita baik, kerajaan Selangor telah meluluskan satu jumlah yang tidak membebankan pemilik tanah untuk buat renewal. Berapa nilainya akan di umumkan oleh MB nanti. Jadi kepada pemilik tanah sekiranya mendapat reminder letter dari Pejabat Tanah, jangan panik, tunggu sehingga pengumuman dibuat.Terdapat 17 org peserta sunathon termasuk 6 orang anak yatim. Peserta mendapat cenderamata dan sumbangan wang juga. Bestnyer... Selepas acara semburan air, mereka dikumpulkan dibilik menunggu dimana terdapat tayangan Upin Ipin sementara dipanggil kebilik bersunat. Young Mercy ada 18orang dan beberapa orang doktor selain Dr Aisyah telah tiba. Buka 6 katil jadi tempoh masa tak lama. 3 round dah habis. Selepas bersunat mereka akan berehat di bilik perpustakaan. Adengan 'hilang macho' peserta adalah adengan lumrah disetiap kali Sunathon.

Tuesday, May 17, 2011

Ajaibnya rezeki Allah

Saya amat meminati penyampaian dan ketinggian ilmu Murshid Dr Zul Al-Bakri. Pagi ini di Tanyalah Ustaz, Dr membincangkan berkenaan Takdir dan Usaha. Satu cerita yang saya amat tertarik yang disampaikan oleh al-fadhil Murshid ialah cerita berkenaan dengan seorang lelaki berjumpa dengan Khalifah Uthman. Pada perjumpaan pertamanya dia tidak dihiraukan oleh khalifah. Lalu seorang lelaki menegur lelaki tersebut yang sugul krn tidak dipedulikan. Lelaki itu menyuruh lelaki yang ingin berjumpa khalifah agar mengambil wudhu dan mengerjakan solat lalu mintalah dengan Allah agar permintaannya dipenuhi oleh Khalifah. Keesokannya lelaki tersebut sekali lagi pergi ketempat khalifah. Dari jauh Khalifah telah ternampak lelaki tersebut dan memanggilnya dekat. Lalu ditanya apakah hajatnya dan Khalifah terus mengarahkan pembantu-pembantunya memenuhi hajat permintaan lelaki tersebut. Apa bezanya lelaki pada hari itu sehingga beliau terus dipanggil oleh Khalifah? Bezanya kerana pada hari pertama lelaki tersebut pergi berjumpa dengan meletak harap kepada khalifah semata sedangkan pada hari kedua, beliau meletak harap kepada Allah. Doa itu amat penting. Usaha kita buat tapi ketentuannya ditangan Allah sebab itulah kita mesti berdoa.

Hari cuti ini tiba-tiba saya mendapat panggilan. Ada orang mahu view rumah semi-d di Damansara Jaya.
Sudah berpuluh-puluh orang saya bawa lihat rumah ini. Ada offer, tapi harganya jauh dari sasaran tuan rumah. Entah kenapa hati saya ringan pula untuk keluar walaupun sebenarnya hari cuti. Dalam perjalanan, saya tiba-tiba teringat kisah yang diceritakan oleh al-murshid tadi. Oh! Saya lupa meminta pada Yang Memberi! Sambil memandu, saya berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku dalam perjalanan mahu menunjuk rumah untuk dijual. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah hati pelanggan ku ini agar dia akan suka dan terus membeli rumah ini". Saya tiba awal disana. 10minit kemudian seorang lelaki tiba. Katanya isterinya menyusul kemudian. Selang beberapa minit, satu pasangan lelaki-perempuan tiba, diikuti oleh seorang perempuan lain. Saya jangka mereka dari satu keluarga rupa-rupanya pasangan lelaki-perempuan yang baru tiba itu adalah walk-in client. Kedua-dua pasang suami isteri ini mengambil masa melihat sekeliling rumah sambil bertanyakan latarbelakang pemilik rumah. Setelah pasangan pertama meninggalkan rumah, pasangan walk-in tadi rupa-rupanya amat berminat dengan rumah ini. Tanpa banyak bicara mereka terus meletakkan booking fee. Wah! Walk-in client, tanpa banyak bicara, terus mengambil harga yang diminta oleh tuan rumah! Ajaibnya rezeki Allah! Amat benarlah Allah bisa memberi rezeki dengan cara yang tidak kita sangka kalau kita bertaqwa padaNya!...dan itu yang sering kita lupa..minta dan taqwa.
Saya lupa...Allah pernah mengajar saya ketika di Mekah 2tahun lalu ketikamana saya mengerjakan tawaf wida' saya lupa untuk meminta dariNya menyebabkan tawaf wida' saya tidak selancar tawaf ifadhah. dan hari ini Allah mengajar saya sekali lagi...Minta dahulu padaNya, barulah buat. Saya harap saya tidak lupa lagi...