AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, May 17, 2011

Ajaibnya rezeki Allah

Saya amat meminati penyampaian dan ketinggian ilmu Murshid Dr Zul Al-Bakri. Pagi ini di Tanyalah Ustaz, Dr membincangkan berkenaan Takdir dan Usaha. Satu cerita yang saya amat tertarik yang disampaikan oleh al-fadhil Murshid ialah cerita berkenaan dengan seorang lelaki berjumpa dengan Khalifah Uthman. Pada perjumpaan pertamanya dia tidak dihiraukan oleh khalifah. Lalu seorang lelaki menegur lelaki tersebut yang sugul krn tidak dipedulikan. Lelaki itu menyuruh lelaki yang ingin berjumpa khalifah agar mengambil wudhu dan mengerjakan solat lalu mintalah dengan Allah agar permintaannya dipenuhi oleh Khalifah. Keesokannya lelaki tersebut sekali lagi pergi ketempat khalifah. Dari jauh Khalifah telah ternampak lelaki tersebut dan memanggilnya dekat. Lalu ditanya apakah hajatnya dan Khalifah terus mengarahkan pembantu-pembantunya memenuhi hajat permintaan lelaki tersebut. Apa bezanya lelaki pada hari itu sehingga beliau terus dipanggil oleh Khalifah? Bezanya kerana pada hari pertama lelaki tersebut pergi berjumpa dengan meletak harap kepada khalifah semata sedangkan pada hari kedua, beliau meletak harap kepada Allah. Doa itu amat penting. Usaha kita buat tapi ketentuannya ditangan Allah sebab itulah kita mesti berdoa.

Hari cuti ini tiba-tiba saya mendapat panggilan. Ada orang mahu view rumah semi-d di Damansara Jaya.
Sudah berpuluh-puluh orang saya bawa lihat rumah ini. Ada offer, tapi harganya jauh dari sasaran tuan rumah. Entah kenapa hati saya ringan pula untuk keluar walaupun sebenarnya hari cuti. Dalam perjalanan, saya tiba-tiba teringat kisah yang diceritakan oleh al-murshid tadi. Oh! Saya lupa meminta pada Yang Memberi! Sambil memandu, saya berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku. Aku dalam perjalanan mahu menunjuk rumah untuk dijual. Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau bukakanlah hati pelanggan ku ini agar dia akan suka dan terus membeli rumah ini". Saya tiba awal disana. 10minit kemudian seorang lelaki tiba. Katanya isterinya menyusul kemudian. Selang beberapa minit, satu pasangan lelaki-perempuan tiba, diikuti oleh seorang perempuan lain. Saya jangka mereka dari satu keluarga rupa-rupanya pasangan lelaki-perempuan yang baru tiba itu adalah walk-in client. Kedua-dua pasang suami isteri ini mengambil masa melihat sekeliling rumah sambil bertanyakan latarbelakang pemilik rumah. Setelah pasangan pertama meninggalkan rumah, pasangan walk-in tadi rupa-rupanya amat berminat dengan rumah ini. Tanpa banyak bicara mereka terus meletakkan booking fee. Wah! Walk-in client, tanpa banyak bicara, terus mengambil harga yang diminta oleh tuan rumah! Ajaibnya rezeki Allah! Amat benarlah Allah bisa memberi rezeki dengan cara yang tidak kita sangka kalau kita bertaqwa padaNya!...dan itu yang sering kita lupa..minta dan taqwa.
Saya lupa...Allah pernah mengajar saya ketika di Mekah 2tahun lalu ketikamana saya mengerjakan tawaf wida' saya lupa untuk meminta dariNya menyebabkan tawaf wida' saya tidak selancar tawaf ifadhah. dan hari ini Allah mengajar saya sekali lagi...Minta dahulu padaNya, barulah buat. Saya harap saya tidak lupa lagi...

1 comment:

  1. cerita yang menarik..pengajaran yang boleh saya ikut..meminta dari allah n baru berusaha ;)

    ReplyDelete