AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Saturday, September 17, 2016

Ayat-ayat untuk memecahkan kebuntuan



Hari ni saya nak share ayat-ayat yang boleh kita amalkan untuk memberi kelapangan, mengubat stress dan memecah kebuntuan yang kita alami.
Ayat ni saya dapat masa kelas Ustazah Norhafizah Musa di Masjid Bukit Jelutong bulan Ogos lepas.
Kata kawan saya, Pn Asnija, prinsip ilmu, bila kita dapat kita mesti share….
Kata mentor saya Dr Azizan, kalau tahu, tapi kita tak share, kita berdosa….
Apapun, saya memang suka share.... Jalan senang utk dapat pahala...hehehe

Saya sudah dapat keizinan dari  Ustazah untuk kongsi ilmu ini melalui blog saya.
Jazakillahi khair Ustazah! Love You!!!

Berikut adalah 3 ayat yang boleh di jadikan amalan bacaan kita waktu pagi dan petang

1)      Surah Al-Mukminun : 115 -118
Yang ini saya tak dapat nak share huraian yang ustazah beri sebab masa ni saya bizi.
Bizi menjawab wasap dari grup Musafir Japang saya….huhuhu
Apapun, ayat ini ayat yang sungguh power.
Ayat ini juga yang di ajar oleh almarhum moyang saya Dato Hj Noor sebagai ayat untuk mengubati orang yang terkena gangguan.
Ayat ini juga salah satu ayat dalam himpunan ayat-ayat matsurat Imam Banna

2)      Surah Al-Anbia’ : 30
Terjemahan  ayat: Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya. Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup.
Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?

Ayat tersebut menggambarkan kekuasaan Allah. Asal-asal langit dan bumi itu bersatu tetapi Allah Maha Berkuasa memecahkan antara keduanya.
Jadi…setakat nak memecahkan kebuntuan dan masalah kita itu, is nothing for Him! **ini ayat saya
Yang penting, kita mesti tanam keyakinan kepada  Allah dan serahkan serta minta Allah uruskan masalah kita.

3)      Surah Al-Hasyr: 21 – 24
Ayat di mulakan dengan ayat kehebatan Al-Quran yang bisa meruntuh memecahkan gunung dan di ikuti dengan nama-nama Allah yang menggambarkan sifat-sifatNya yang Agung. Kenapa? Sebab Allah mahu kita manusia tahu dan kenal Dia dan bila dah tahu ni, kita mesti ambik peluang untuk minta tolong dari Dia.
Berikut adalah analogy yang di berikan oleh Ustazah. Sangat mantap!
Bayang kan ada seorang yang sangat baik hatinya. Sangat pemurah orang nya. Pantang ada orang minta tolong, cepat saja bantuan di beri. Pantang orang mengadu tak cukup duit, laju je dia beri sedekah. Tapi lepas 10 tahun orang yang baik hati tu pindah, baru lah kita tahu rupa-rupanya jiran kita ni, yang selalu kita senyum masa nak masuk rumah, dan yang kita tegur masa jumpa di supermarket ni lah yang selalu tolong orang.
Kita kata….Ya Allah….Terkilannya kita…Kenapa lah kita boleh tak tahu jiran kita tu lah orang kaya yang  baik hati lagi pemurah. Kalau lah kita tahu dari awal dulu, tidak lah kita susah nak cari orang untuk tolong kita masa kita perlukan duit utk biaya anak kita nak sambung belajar dulu….
Jadi di sini, Allah bagitahu siap-siap sifat-sifat Nya. Supaya kita ambik cakna dengan kepemurahan dan kehebatan Allah. Supaya kita tak menyesal. Supaya tidak lah di akhirat nanti kita kata…”terkilannyaa Ya Allah, aku tak tahu….”

Jadi….apa lagi?
Jom hafal dan amalkan dengan yakin.
Bak kata Mufti Menk… After all, He created us. Only He can replace sadness with happiness

No comments:

Post a Comment