Bandung……...
Kali pertama saya
menjejakkan kaki saya ke Bandung rasanya dalam 20 tahun yang lalu.
Ini la peluang ber-wefi dgn Ustazah |
Kenyamanan udaranya,
kelembutan masyarakatnya, kemakmuran ilmu yang ada di sekitarnya, keindahan
panoramanya menyebabkan saya terus jatuh cinta pada Bandung.
Saya juga sangat
suka dengan rekabentuk rumah di bandar Bandung. Walaupun sekadar banglo setingkat,
ia nampak kemas dan selesa. Apatah lagi bila di lingkungi dengan pokok2 hijau kecil
atau pokok besar yang rendang, nyaman dan tenang rasanya. Sehinggakan saya pernah berangan mempunyai rumah
di sana (saya pernah minta seorang kenalan survey harga rumah di kota bandung ,
tapi harganya….Lumayan banget!!!)
Kali ini saya kembali
ke Bandung mengikuti rombongan Ustazah Norhafizah Musa dan Ustaz Dr Azhar untuk
Kembara Rohani.
Kat Msia mana sempat nak duduk relek2 gini dgn Ustazah |
Saya gembira kerana
dapat mengikuti rombongan anjuran Ustazah yg saya kagumi. Melihat kepada program
yang padat dengan pengisian ilmu serta tempat-tempat yang akan di lawati bukan
tipikal Tangkuban Perahu atau Pasar Baru sebagaimana yang biasa di tawarkan
oleh pakej pelancongan yg lain, saya amat yakin pakej ini istimewa! Lain dari yang lain!
Itu intronya
Kalau tetiba ada yang membaca blok ini yang berminat utk mengetahui lebih lanjut
tentang trip anjuran ustazah ini, boleh lah merujuk kepada fb Ustazah
Norhafizah ya. Atau boleh hubungi saya utk dptkan phone number urusetia
program.
Kami tak ada la bermalam di chalet ni...Cuma datang bergambar shj |
No comments:
Post a Comment