HARI JUMAAT DI SYURGA
Selamat menyambut hari Jumaat! Jumaat Hari penuh Barokah!
Jumaat Penghulu sekelian hari! Di dunia sahaja, banyak sudah hadis yang
menyebut serta menggambarkan kelebihan dan keistimewaan hari Jumaat.
Pastinya hari Jumaat di syurga itu lebih-lebih lagi istimewanya,
lebih-lebih lagi indahnya. Hingga tak tergambar dek mata, tak terungkap dek
kata-kata.
Ayuh! Kita mengembara ke syurga….
Hari Jumaat di syurga adalah hari yang sangat hebat. Suasana
di hari Jumaat amat berbeza dari
hari-hari yang lain. Angin yang membelai di hari Jumaat lebih lembut dari
hari-hari biasa. Belaian angin yang sepoi -sepoi menghasilkan bunyi-bunyian
yang sungguh indah bagaikan lagu. Bumi syurga akan disirami (showered) oleh air
hujan yang sungguh wangi. Wangian yang belum pernah terhidu seumpama itu
sebelumnya. Di hari Jumaat, para ahli syurga akan berpakaian lebih indah dari hari-hari
biasa. Ini kerana di hari Jumaat, para ahli syurga akan menghadiri majlis
perhimpunan para ahli syurga. Buraq akan
datang bersusun-susun (tetiba saya teringat movie Avaatar), bersiap sedia untuk
membawa semua ahli syurga ke majlis tersebut.
Di majlis ini semua ahli syurga di setiap aras/tingkat syurga
akan berhimpun. Setelah semuanya berkumpul, Allah akan menyeru, bertanya kepada
semua hadirin “Apakah ada sesuatu yang lain yang perlu Dia tambah?” Dan semua
ahli syurga akan menjawab, “Bahkan ya Allah. Tiada apa lagi yang perlu kami
minta. Semua sudah Engkau berikan”. (Tapi
betul ke ahli syurga dah rasa cukup? Eheheh… ayuh kita lihat apa cerita
selanjutnya..)
Allah masih mahu memberikan
ni’matNya dan menyeru kepada ahli syurga yang hadir di majlis itu untuk bangun,
lihat dan pilih apa sahaja yang mereka mahu yang berada di pasar. Di sana
terdapat suatu pasar yang di kelilingi oleh para malaikat. Para ahli syurga pun
bangun lalu menjumpai segala barangan yang semasa di dunia dahulu mereka amat
idam-damkan tetapi tidak mampu memilikinya berada di pasar tersebut. Apa lagi.... Mereka pun
berebut-rebut mengambil apa saja yang
mereka mahu tanpa perlu pikir panjang, tanpa perlu berjual beli.
Di majlis perhimpunan agung ini juga para ahli syurga akan saling bertemu dgn
yang lain. Mereka akan bertemu dengan ahli-ahli syurga yang tinggal di aras
yang berbeza dari aras mereka tinggal. Ahli syurga yang tinggal di aras yang
lebih tinggi akan pergi bertemu dengan ahli syurga dari aras yang lebih bawah.
Sudah pasti, orang di aras tinggi, penampilan dan pakaiannya lebih hebat dari
orang dari aras yang lebih rendah. (itu harus lah kan???) Adapun orang yang di temui akan terharu
melihat pakaian teman yang datang menemuinya. Belum sempat habis berbicara,
sekonyong-konyong pakaian yang di pakai atas tubuhnya akan ditukar dengan
pakaian yang lebih cantik dan lebih menarik lagi. Hal ini berlaku ialah supaya
tiada seorang pun yang akan berdukacita di dalam syurga.
Saat paling indah di hari Jumaat ialah saat bertemu Allah. Setiap seorang ahli syurga akan ada masa ‘exclusivenya’ bertemu Allah. Ketika tiba masanya, Malaikat akan menghampiri ahli syurga sambil membisikkan “ Its time for
you to meet Allah. You and Allah alone. You and Allah alone!” dan berangkatlah
ahli syurga tersebut bertemu Allah.
Setinggi-tinggi ni’mat di syurga dan seutama-utama
kesempurnaan ialah ni’mat melihat Allah Yang Mulia. Semoga Allah, dengan
keMuliaanNya, dengan kasih-sayangNya menganugerahkan kepada kita semua ni’mat
untuk bertemu dan melihat wajahNya.
*** Tulisan sehari di dalam syurga Part I dan Part II di adaptasi dari buku Bangkit Semula Sesudah Mati susunan Ibnu Idris dan dari nota penyampaian Syeikh Tawfique Chowdhury - A day in Paradise di Twins of Faith 2012
No comments:
Post a Comment