Hari ini
saya ingin berkongsi nota saya berkaitan “Sehari di dalam syurga – A day in
Jannah” di sampaikan oleh Syeikh Tawfiq Choundry semasa event Twins of Faith
2012.
waduh waduh
waduh kok temanya cantiq banget…penangan menulis blog sambil nonton “Di bawah
langit”, my favourite Inneke is there. Tapi tak best Opick gaya orang gilla gitu..
Ok
ok…kembali ke bahasa ibunda…
Terdapat
banyak tingkat syurga dan jauh antara satu tingkat dengan satu tingkat yang
lain adalah sejauh langit dan bumi.
Sebelum di
jemput ke syurga, semua ahli syurga akan kembali ke usia 33thn iaitu usia
paling matang dan paling cantik. Susuk
manusia dikembalikan ke ketinggian 60 kaki dan 7 kaki lebar. Dinyatakan itulah saiz asal
bapa manusia, Adam a.s
Tatkala mahu
melangkah kesyurga, haruman syurga sudah
terhidu jarak 500 tahun perjalanan. Begitu juga terdapat beribu-ribu pintu
syurga dan jarak antara satu pintu syurga juga adalah sejauh 500 tahun
perjalanan.
Ahli syurga di sambut oleh para malaikat,
wildan dan huurul-ain
Saat
melangkah, para ahli syurga akan di sambut oleh para malaikat yag bertindak
sebagai penjaga pintu. Para malaikat ini mempunyai 600 sayap. Ada yang berdiri,
ada yang sibuk berlegar-legar meraikan ketibaan penghuni syurga. Mereka tidak
putus-putus mengucapkan salam selamat datang “Wahai jiwa yang tenang,
kembalilah engkau kepada Tuhanmu degngan gembira dan masuklah engkau dalam
hambaku, masuklah engkau dalam syurgaku”.
Disamping
malaikat yang menyambut ketibaan ahi syurga, terdapat para wildan yang comel,
berlari-lari riang. Para wildan adalah anak-anak ahli syurga yang mati sebelum
baligh. Ketika hendak melangkah masuk,
ahli syurga terpandang kelibat cahaya memancar bagaikan kilat. Satu cahaya yang
cukup indah. Para ahli syurga terpegun dengan kilatan cahaya sebegitu indah
lantas menoleh kepada para wildan yang turut berada di sisi pintu syurga. Ahli syurga merasa hairan lagi taajub sambil
bertanyakan kepada para wildan apakah kilatan itu? datang dari manakah kilatan
itu. Para wildan berpandangan sambil tersenyum, kenyit-kenyit mata sesama mereka. Apabila terlihat lagi kilatan cahaya tersebut,
ahli syurga menjadi semakin ‘curious’ dan bertanya lagi wildan. Wildan pun
panggil ahli syurga dekatkankan telinga ke mulut dan berbisik “itulah kilauan
senyuman bidadari -huurul ain perempuan
syurga yang di siapkan Allah untuk menjadi isteri kamu. Mereka tersenyum
kerana calon suaminya telah pun tiba dan tidak sabar-sabar menunggu anda masuk
ke syurga”. Hmmmmm….
Sementara
para malaikat serta para wildan sibuk menjalankan tugas meraikan ketibaan ahli
syurga, para huurul-ain ini, dengan gediknya dan sambil melambai2 tangan menyanyikan lagu tanda gembira yg berbunyi;
Kamilah
perempuan abadi, tidak pernah binasa
Kamilah
perempuan yang senang, tidak pernah susah
Kamilah
perempuan yang reda, tidak pernah marah
Merasa
senanglah orang yang memeiliki kami, kami ini dia yang punya
(hadis dari
Ali bin Thabit – riwayat Tarmizi)
Huurul –ain menyanyi
beramai-ramai dengan suara yang sungguh merdu. Sehingga sungai boleh berhenti
mengalir dan burung-burung boleh berhenti terbang kerana terpukau dengan alunan
suara huurul-ain ini.
Tapi jangan
jeles wanita dunia yang solehah mukminah! Anda tetap akan di kumpulkan bersama
suami anda di syurga nanti. Malah anda akan menjadi Ketua Huurul-ain ini! Dan
kecantikan anda tidak akan terlawan oleh para huurul-ain. Ketua Bidadari!
Mestilah tercantik dari yang tercantik!!! Suara anda lebih merdu dan lebih
memukau dari suara huurul-ain. Anda akan berbalas-balas nyayian dgn
huurul-ain dgn lirik berikut;
Kamilah
perempuan solat, kamu tidak
Kamilah
perempuan berpuasa, kamu tidak
Kamilah
perempuan berwuduk, kamu tidak
Kamilah
perempuan bersedekah, kamu tidak
(Hadis
Aisyah –riwayat Tarmizi)
Kami
perempuan dunia lebih hebat weh!!! Kamu kalah!
Oh…jangan
sedih kepada wanita ahli syurga yang bujang, ada bidadara yang turut menanti
anda. Bidadara yang lebih hensem, lebih ganteng, lebih romantic, lebih power
dari lelaki-lelaki di dunia ini!
..............to be continued...Part II
mohon share.. tp part 2??
ReplyDelete