Keberangkatan
Biasanya para jamaah akan mengadakan kenduri sebelum berangkat mengerjakan haji. Seperti jamaah-jamaah lain, saya juga mengadakan kenduri dengan menjemput rakan-rakan serta jiran. Mengharapkan doa dari mereka agar perjalanan haji saya dimudahkan.
Setelah kembali mengerjakan haji, saya juga menjemput rakan-rakan muslimat masjid dan beberapa jiran untuk minum petang sambil berkongsi cerita serta pengalaman untuk menyuntik semangat mereka yang belum pergi.
p/s… Beberapa minggu selepas itu saya terlihat satu program berkenaan Haji yang di sampaikan oleh Ustaz Zahazan. Beliau menyatakan kenduri kesyukuran lebih baik dibuat sekembalinya dari haji bukannya sebelum.
Sepanjang perjalanan dari Madinah menuju ke Mekah juga apabila bertolak ke Arafah, saya perhatikan jamaah kita sangat ‘malas’ untuk mengucapkan talbiah. Saya merasa amat dukacita melihatkan jamaah lelaki kita tidak bersungguh-sungguh ketika bertalbiah. Talbiah dibuat tanpa semangat. Suara yang cukup rendah. Sedangkan talbiah sewajarnya di ucap dengan penuh bersemangat, penuh ghairah. Bukankah talbiah itu lambang kerinduan kita menyahut jemputan Al-Khaliq? Talbiah adalah ghairah kita. Talbiah adalah kekuatan. Talbiah adalah roh diri kita menghadap Ilahi. Renungilah lafaz makna talbiah;
“Aku menyahut panggilan Mu Wahai Tuhanku ! Aku menyahut panggilan-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu, sesungguhnya segala puji, segala nikmat dan semua kerajaan adalah milik-Mu, tidak ada sekutu bagi-Mu"
Banyakkanlah talbiah. Dan lakukan dengan penuh semangat!
.....bersambung....
No comments:
Post a Comment