AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Saturday, May 29, 2010

Travelog Haji (Part 3) -Madiinatul Munawwarah


Pesawat mendarat di Lapangan Terbang Madinah lebihkurang jam 11mlm. Setelah duduk tidur bangun baring tidur lagi baring lagi menjelang Subuh, barulah kami dapat lepas keluar dari Airport. Dikhabarkan ada masalah dengan system computer imigresen. Kerana masalah ini, kami mendapat tahu beberapa penerbangan dari Malaysia terpaksa ditangguhkan bagi mengelakkan kesesakan di Airport Madinah.

Penginapan hotel di Madinah tidak jauh dari Masjid Nabawi. Rakan sebilik; semestinya Kak Yu – rakan thiqah saya, Dila dan mak mertuanya dan Kak Nor dari Perak.

Sesampai di Hotel, hari sudah mulai cerah. Setelah meletak barangan di hotel, Kak Yu dan saya dengan penuh gembira menuju ke Masjid. Berposing sakan sambil menikmati keindahan seni bina Masjid Nabawi. Indah melihat kubah yang boleh kembang itu dibiar kucup, dibawah panas matahari dan angin yang sepoi menyapa.

Keterujaan kami tersentak apabila hendak masuk Masjid untuk ke Raudhah. Kami diminta balik semula ke hotel kerana pengawal Masjid mendapati kami membawa kamera. Puas kami pujuk, tak diendah. Akhirnya kami meminta kebenaran untuk masuk ke dalam masjid sekadar untuk solat tahiyatul masjid dan berjanji akan keluar semula setelah selesai. Agaknya melihatkan kami yang berwajah jujur dan innocent ini, kami diizinkan untuk masuk dengan syarat, hanya utk solat tahiyatul masjid saja. Usai solat, kami dihampiri oleh seorang pengawal dan beliau mengisyaratkan kami untuk terus ke Raudhah. Wah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Penuh kesyukuran kami bergegas ke Raudhah! Wahai Nabi Allah, kami datang menziarahi mu. Wahai Pesuruh Allah, Wahai Kekasih Allah, kami rindu pada mu!

Alhamdulillah kerana saya pergi penerbangan awal, saya dapat melihat peningkatan jamaah dari hari ke sehari. Hari pertama dan kedua di Madinah, kami ada masa bebas untuk ke Raudhah. Selang hari keenam dan seterusnya, jamaah semakin ramai dan pihak masjid mengadakan kumpulan-kumpulan mengikut region untuk giliran ke Raudhah. Jamaah dari Malaysia disatukan dengan jamaah Indonesia dalam kumpulan Melayu.

Di Madinah, saya di’rehatkan’ Allah untuk beberapa hari. Walaupun kecewa kerana tidak dapat membanyakkan ziarah dan solat di Masjid, saya redha. Saya ambil peluang waktu uzur ini untuk ber’shopping’ buah tangan untuk rakan-rakan saudara mara. Juga membeli beberapa helai jubah hitam untuk diri sendiri. Saya sudah setkan dalam minda untuk men’settle’kan segala urusan beli belah di Madinah, supaya tak disibukkan dgn bershopping semasa di Mekah. Rakan shopping saya ialah Kak Mas dari Perak. Seorang wanita yang amat saya kagumi kesabaran dan ketabahannya. Orangnya bila bercakap, mesti diiringi dengan gelak. bercakap sambil gelak. Sangat menyenangkan hati. Gelakan dan senyuman KMas menabiri kerisauan yang ditanggungnya. Moga Allah mengembalikan kesihatan kepada KMas. Amin

PESANAN: Semasa di Madinah, kita akan dibawa ke Ladang Kurma. Tidak perlu memborong kurma di sini kerana Kurma di pasar Kurma sekitar Masjid Nabawi, harganya lebih murah.

next....tips di Raudhah

No comments:

Post a Comment