Buatlah ibadah semampunya. Jangan paksa diri. Kesihatan perlu dijaga menuju hari akbar. Ada orang yang menunai umrah setiap hari. Walaupun ada yang memberi pendapat “tidak perlu memberatkan umrah kerana Rasulullah pun tidak banyak buat umrah”. Bagi saya, saya kagum mereka yang bersungguh-sungguh mengutip pahala umrah. Saya sendiri tidak banyak mengerjakan umrah, mungkin kerana tiada teman untuk ke miqat. Lagipun saya lebih seronok melakukan tawaf. Bagi saya tawaf adalah waktu saya berdoa. Taqabballahu minni Ya Rabb
Bercakap tentang tawaf, kita perlu memastikan jumlah pusingan cukup, jangan terkurang. Saya menggunakan cara tersendiri untuk mengira pusingan tawaf. Tiap pusingan tawaf saya peruntukan doa-doa dlm kategori berkaitan. Contohnya seperti berikut;
Pusingan pertama : Istighfar
Pusingan ke dua: Asmaul Husna
Ke tiga : Selawat atas nabi
Ke empat: Doa untuk ibu bapa dan keluarga
Ke lima: Doa untuk diri dan keluarga
Ke enam : Doa untuk keberkatan dunia dan akhirat serta dijauhi seksa kubur
Ke tujuh : Doa untuk sahabat handai dan jiran-jiran
Baru hari ini (3hb Mei 2010) dalam kelas Ustaz Fauzi Mustaffa saya dapat tahu bahawa tawaf adalah ‘tahiyatul masjid’ di Masjidil Haram. Maknanya, semasa masuk ke Masjidil Haram, tidak ada solat tahiyatul masjid. Sebaliknya tahiyatul masjid kita adalah tawaf. Jadi kalau kita tak mahu tawaf, tak perlulah kita buat solat tahiyatul masjid kecuali solat-solat sunat yang lain.
Saya sudah silap melakukan tahiyatul masjid di Masjidil Haram…..perlu belajar lagi!
No comments:
Post a Comment