AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, May 30, 2010

Travelog Haji (part 11) - Balik Ke Mekah

Jam 11pagi, saya sudah berada di dalam bas menuju ke Mekah untuk menghabiskan baki Rukun Haji. Perjalanan mengambil masa 45min shj dari Mina ke Mekah.

Jalan ke hotel sudah ditutup untuk memberi laluan manusia ke Masjid untuk solat Zohor. Setiba di Hotel, hotel masih lengang. Roommates belum sampai. Bilik air ini ana yang punya! Ni’mat dapat mandi setelah 4hari tanpa mandi yang sempurna! Cuci baju dan solat Zohor di bilik. Kemudian bersama Kak Ani, saya keluar ke Masjid.

Selesai solat asar, saya melangkah menuju ke kaabah untuk menyempurnakan tawaf ifadhah. Lautan manusia, membuak-buak hingga ke tangga. Mata kasar memerhati. Tiada ruang kosong antara manusia. Bahu ke bahu. Rasanya sebelah kaki pun tiada ruang untuk masuk. Saya mahu tawaf disini. Saya berdiri sejenak. Berdoa “ Ya Allah. hambaMu datang kepada Mu. Hendak melakukan tawaf kerana perintahMu. Mudahkanlah bagi ku. Berikan lah ruang untuk ku. Lapangkan perjalanan ku”. Tawakkaltu ‘alallah, saya melangkah dengan Bismillahirrahmanirrahim. Anehnya, saya rasakan inilah tawaf saya yang paling mudah. Sering ada ruang kosong dihadapan memudahkan saya berjalan. Ada ketika saya sangat-sangat hampir dengan kaabah menjadikan pusingan tawaf saya kecil.
Seelok-elok selesai 7 pusingan azan Isya’ berkumandang. Ibadah sa’ei saya sambung selepas Isya’.

No comments:

Post a Comment