Tips di Raudhah:
Tip 1: Raudhah bak kata Nabi adalah Taman Syurga dibumi. Kawasan Raudhah dibezakan dengan warna permaidani. Raudhah berpermaidani hijau. Raudhah adalah antara tempat mustajab doa. Berdoa lah sebanyak-banyaknya. Sujud biarlah lama sambil berdoa. Tidak ada siapa yang akan mengganggu anda ketika sujud, tapi kalau dah angkat kepala, apatah lagi sudah memberi salam, pengawal kawasan Raudhah akan terus berteriak “Qum Ummi Qum, bagun ibu bagun!” aduh! Rindu sungguh dengan suara pengawal di Masjid Nabawi. Alunan suara mereka ibarat lagu. Nyaring gemersik. Dengan lenggok Arabnya; “Maju Ibu Maju…Mandur Ibu Mandur”. Teringat joke Kak Ayu “adake kita yang dah ada anak berderet ni di sebut Mandul?? Kat dalam Raudhah lak tu….!”
Tip 2: Setelah jamaah semakin ramai, akan mula berlaku adengan tolak menolak. Sebenarnya tidak perlu bertolak-tolak sebab semua orang berpeluang ke Raudhah. Cuma setelah menjejak kaki ke kawasan Raudhah (kws permaidani hijau) jangan terus solat. (Biasanya, pengawal akan suruh kita terus solat. Kalau kita gelabah, kita akan terus solat di situ). Sebaliknya cuba maju ke depan, cari ruang paling hampir dengan dinding. Sebabnya kalau kita terus solat di kawasan mula Raudhah itu yang nantinya kita ditolak dan dilanggar oleh jamaah yang hendak maju ke depan.
Pengawal masjid nabawi amat ketat. Setiap kali hendak masuk masjid, beg kita akan di periksa. Jangan sekali-kali ada kamera dalam beg, kita akan disuruh balik. Di sini gunanya anak baju putih berkocek di bahagian dada. Kita boleh gunakan untuk ‘menyeludup’ masuk kamera ke dalam Masjid. Saya sempat merakamkan secara curi beberapa gambar ketika menunggu waktu solat. Sambil ambik gambar takut juga, takut kalau pengawal tu nampak dan rampas kamera…Alhamdulillah umur kamera saya panjang dan tamat berkhidmat (rosak) sebaik sahaja selesai haji.
salam, boleh tanya kat kawasan raudah tu, lokasi yang dimaksudkan tepi dinding tu yang mana satu?mungkin boleh dijadikan panduan. atau boleh dilakarkan secara ringkas? terima kasih ye
ReplyDelete