AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, May 30, 2010

Travelog Haji (part 9) - Mina

Mina merupakan tempat penginapan yang mengujikan. Kami perlu berada di sana 4hari3malam. Berkongsi kemudahan dengan ratusan atau ribuan jamaah lain.
Kami sampai di Mina jam hampir 3pagi. Mencari-cari kemah kami yang agak tersorok. Alhadulillah kami berkongsi dengan lebihkurang 30 jamaah sahaja sedangkan kemah lain mungkin lebih dari 80org. Tempat untuk merebahkan diri elok-elok saja sbb itu TH sudah berpesan tak perlu bawa beg besar-besar dikuatiri memakan ruang. (Mina juga tempat bershopping – beg nanti beranak!)

Malam itu saya merebahkan diri awal. Pendingin hawa berkuasa tinggi menjadikan dalam kemah terrrrsangat sejuk malah terasa lebih sejuk berbanding dengan ‘kelencunan’ kemah di Arafah. Sesekali terjaga dikejutkan oleh suara Dila dan Kak Yu yang sibuk menggodek-godek penghawa dingin utk mengurang sejuk.

Bangun pagi 10Zulhijjah. Pagi Hari Raya. bersiap untuk solat subuh, jamaah di kemah riuh “ Indon datang ceroboh bilik air kita! Pengotor! Pad rata-rata. Mandi dalam bilik air! Membasuh pun ada!”
Ke bilik air, memang dipenuhi oleh jamaah dari Indonesia. Tuala wanita bertaburan merata-rata. Masing-masing tuduh menuduh. Jamaah Indon kata kita yang menceroboh sebab mereka sudah datang ke sini pada 8Zulhijjah, sebelum ke Arafah. Jamaah Malaysia kata jamaah Indon yang menceroboh kerana bilik air terletak dalam ‘territory’ kemah jamaah Malaysia. Tidak mahu terikut-ikut terlibat dengan “rafas” dan “jidal” saya mendapatkan penerangan dari Pegawai Tabung Haji. Saya dimaklumkan pada tahun ini kerajaan Arab Saudi menggabungkan kemudahan jamaah mengikut zon, dan kerana itu jamaah Malaysia mesti berkongsi dengan jamaah dari Indonesia. Ooo…gitu ceritanya…Masing-masing mesti difahamkan kedudukan ini supaya tidak terus kata-mengata.

Kata mengata antara jamaah Malaysia dan Indonesia masih berterusan walaupun sedikit reda. You will get what you give. Kiranya kita tegur dengan baik, InsyaAllah kita akan dibalas dengan baik. Bila jamaah Malaysia ‘bising2’ tentang jamaah Indon yang menggunakan bilik air, saya akan menerangkan yang mereka juga ada hak dan kita kena bersabar. Karenah mereka - ujian kita. Kalau ‘bising2’ itu masih belum reda, saya akan kata “saya ok je….sekurang-kurangnya bilik air kita bersih bila mereka membasuh di dalam. Kalu tak mahu tunggu, pandai-pandai la cari waktu lain atau guna aje penyembur air buat ambik wudu’. Pendek kata, semuanya akan jadi mudah kalau kita mengambil mudah (eh…betulke ayat ini “ambil mudah”).

Waktu pagi sedikit kelamkabut kerana group yang diketuai oleh pegawai TH telah pun pergi ke Jamrah, kami ibarat anak ayam kehilangan ibu.
Walaupun tanpa pegawai TH, perjalanan ke jamrah lancar. Orang ramai di terowong tetapi tidaklah seramai yang dibayangkan sebelum ini (gambaran sebelum ini –really really horror!). Selesai melontar dan bergunting, berarti terungkai tahalul awal.

Solat Raya. Takbir raya sayup-sayup sahaja. Saya ada membawa sebekas biskut raya. Seronok membahagikan kepada rakan sekemah walaupun masing-masing dapat satu ketul sorang je… I wish I could have bring more biskut raya!!

Malam itu, Azman suami Kak Yu serta beberapa orang kenalannya dari maktab yang lain berpakat untuk balik ke Mekah selepas melontar di Jamrah esok. Kak Yu mengajak saya mengikut ‘rombongan’ mereka. Saya mengambil keputusan untuk tidak mengikuti Kak Yu kerana mengenangkan beberapa orang makcik-makcik yang baru saya kenali semasa kelamkabut pagi tadi. Makcik-makcik tadi perlukan seseorang untuk menuntun mereka ke jamrah esok. Melihat mata-mata mereka pagi tadi, saya rasa saya bertanggungjawab membantu.

No comments:

Post a Comment