11 Zulhijjah. Jamaah yang bercadang hendak balik ke Mekah keluar awal ke Jamrah untuk melontar. Habis melontar, mereka akan langsung ke Mekah. Saya dan yang lain yang tinggal menangguhkan pemergian kami ke Jamrah kerana mendapat amaran dari pembesar suara Maktab Jamaah Indon yang suasana sesak di terowong.
Selepas zohor, saya beserta beberapa orang makcik berkumpul di satu sudut untuk ke jamrah bersama-sama. Ketua kumpulan ialah Kak Ani dan saya (kami paling muda hehehe..). seronok bawa makcik-makcik nih. On the way ke jamrah, makcik-makcik ni pegang satu sama lain, tak boleh jalan laju-laju, takut terpisah. Rasa macam ibu ayam pulak (Hah! Ibu ayam???). On the way balik dari jamrah, makcik ni dah pandai berjalan nafsi nafsi, sampai kita pulak risau mereka tersesat.
Jam menghampiri 11mlm. Rakan sekemah yang balik ke Mekah sudah kembali ke kemah tapi kelibat Kak Yu masih belum muncul. Saya dan Dila mulai risau. Sedang leka mendengar cerita Dr Rodina yang sampai dari Mekah, tiba-tiba Dila menjerit “Kak Yu dah balik…!! Kak Yu! macam zombie!!!” saya berpaling dan betul-betul gaya berjalan Kak Yu macam zombie lantaran terlalu penat (maaf ye Kak Yu!)!!! Banyak cerita Kak Yu tuh!!!!
12 Zulhijjah. Makcik-makcik yang saya tuntun semalam sudah pun ke Jamrah awal-awal lagi. (Ewah ewah….makcik- makcik ni dah boleh pegi jamrah sendiri!!! Tak ajak kita pun!!!) Saya dan Dila beserta suaminya Sham dan makcik ke jamrah selepas solat asar. Hari sudah senja. Jalan ke jamrah sudah lengang. Melewati terowong menuju ke jamrah, telinga kami tiba-tiba menangkap ceramah/tazkirah dari seseorang. Sekumpulan jamaah haji dari Malaysia berada di belakang kami, dan ketua rombongan sedang memberikan ilmu kepada kumpulan tersebut. Kami apa lagi, mendekatkan diri dalam kumpulan tersebut dan berada paling hampir dengan Ustaz, mengikuti apa yang disampaikan. Mereka group pakej TH dan pegawai TH yang perasan kami bertanya kami dari pakej apa? Dila jawab “Pakej Muassasah!” :-D
30hb November bersamaan 13 Zulhijjah. Jalan ke Jamrah sudah lengang kerana ada yang telah balik ke Mekah sejak semalam. Hari terakhir melontar bagi yang tinggal.
Usai melontar, semua jamaah bersiap sedia untuk balik ke Mekah.
Bas disediakan dan jamaah akan dibawa mengikut kemah. Jamaah Maktab 80 dijadualkan bertolak selepas solat zohor. Saya tergerak hati untuk balik awal tanpa mengikut rombongan Maktab. Saya maklumkan kpd Kak Yu dan Dila. Kak Yu kata dia nak balik lepas zohor.
No comments:
Post a Comment