Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yg saleh, dan jadikanlah daku buah tutur yg baik bagi org-org yg datang kemudian, dan jadikanlah daku org yg mempusakai syurga yg penuh keni'matan.... asy-syu'araa:83-85
AL-KAABAH AL MUSHARRAF
Sunday, May 30, 2010
Final Part Travelog Haji
Beberapa PESANAN bukan HUKUM:
PESANAN 1: Bawa beberapa bekas biskut raya. Perasaan sangat seronok menjamu kueh raya di Hari Raya, di dalam kemah di Mina!!!
PESANAN 2: Fikir semasak-masaknya kalau anda bercadang balik ke Mekah selepas tahalul awal kerana perjalanan dari Mina ke Mekah kemudian balik semula ke Mina memerlukan stamina. Tenaga, emosi, stamina. Saya ada mendengar jemaah yang meredah perjalanan penuh kesesakan, bila sampai di Mekah tidak dapat meneruskan tawaf kerana ‘datang haid’ atau juga terlampau letih. Sedangkan matlamat asalnya balik ke Mekah kerana risau datang haid sebelum sempat Tawaf Ifadhah kalau menunggu selepas hari tashriq.
Bumi Makkah, bumi penuh barakah. Doa, doa dan doa. Minta! Allah Maha Mendengar dan selaku ‘Tuan Rumah’, dalam banyak ketika Dia akan menunaikan permintaan kita tetamuNya. Bukan sahaja permintaan yang kita nyatakan, kadang-kala apa yang terlintas dihati sahaja pun di makbulkan.
Doa saya; agar Allah tangguhkan haid saya sehingga balik ke Malaysia. Dan haid saya datang semasa di Lapangan terbang Jeddah untuk balik walhal kalau ikut kitarannya, haid saya adalah semasa saya di Mina. Dila rakan sebilik, berdoa agar Allah tangguhkan haid beliau sehingga selesai Haji, selesai sahaja menunaikan semua rukun Haji, esoknya dia dah ‘uzur’.
PESANAN 3: Cuba ambil bas paling awal apabila mahu keluar dari Mina ke Mekah bagi mengelakkan kesesakan. Tapi pastikan juga bas yang anda naiki pergi ke destinasi Hotel anda, nanti lain pulak jadinya!
PESANAN 4: Belajar dari pengalaman….biasanya sebelum memulakan tawaf, saya akan berdoa memohon Allah memudahkan, melapangkan dan menjaga maruah saya ketika tawaf (saya ada dengar cerita rakan jemaah yang disentuh/tersentuh bahagian-bahagian sensitif semasa tawaf). Saya juga akan meletakkan beg kecil untuk dijadikan ‘buffer’ bahagian pinggul. Alhamdulillah tawaf saya tanpa perkara yang tidak diingini. Cuma semasa tawaf wada’ saya langsung masuk ke circle tawaf dan hanya berdoa setelah saya merasa sangat sesak dan terhimpit.
Kesimpulan……Jangan lupa :Mohon dahulu sebelum melakukakan sebarang pekerjaan. Kerja jadi lebih mudah.
PESANAN 5: Cuba memperuntukkan sebanyak mungkin duit yang kita bawa untuk di infaqkan. Sediakan duit kecil yang banyak. Boleh disedekahkan kepada pekerja-pekerja di Masjid atau pekerja yang membersih kawasan jamrah. Niatkan juga duit infaq kita itu sebagai bagian kepada mereka yang telah menghulurkan duit kepada kita sebelum berangkat dahulu. Jangan risau berkongsi pahala, kerana pahala kita tidak akan luak walaupun di kongsi. Ajaib bukan?
Kepada bakal-bakal haji……..Selamat menunaikan fardhu Haji……..Tempoh 30hari lebih di Haramain adalah tempoh tarbiah untuk menjadikan kita hambaNya yang lebih baik…….
Sesungguhnya Perjalanan Haji adalah perjalanan yang teramat indah....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment