AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, May 30, 2010

Travelog Haji (part 5) - Makkah Al-Mukarramah

Mula-mula sampai, kita dalam keadaan ihram umrah. Jangan lupa banyakkan talbiah. Talbiahlah dengan penuh semangat. Talbiah dengan penuh ghairah. Talbiah dengan penuh rindu. Rindu menghampiri Rumah Allah, rindu menjadi jemputanNya. Dengan rasa rendah diri dan rasa takut. (lelaki mengucapnya dengan suara yang keras manakala wanita dengan suara perlahan)

Kami ditempatkan di Abraj Khazindar (hotel sebelah Ramada tu....) yang jauhnya lebihkurang 750mtr dari Masjidil Haram. Letaknya di jalan besar yang bersih dan agak landai memudahkan perjalanan pergi balik ke Masjid. 4 org sebilik dengan 1 bilik air. Rakan sebilik masih lagi Kak Yu, Dila dan Makcik kecuali Kak Nor terpisah ke bilik lain.

Semasa di Mekah, saya lebih banyak menjadi pemerhati. Mencuba sedaya upaya agar tidak melontarkan kata-kata yang tidak wajar, walaupun saya sedar seringkali menuturkan ucapan yang melaghakan. Ini mungkin kerana keakraban teman sebilik yang telah pun bersama semenjak di Madinah lagi, kami seolah-olah sudah mengenali peribadi dan karakter masing-masing. Kata usikan dan gurauan tidak pernah tidak ada. Setiap hari, ada saja kata dan peristiwa melucukan berlaku. Tempoh 30hari bersama 3 orang sebilik itu juga menguji rasa ikhlas, berlapang dada serta tolak ansur antara satu sama lain.

Dugaan kedai-kedai sepanjang jalan ke Masjid amat lah hebat. Hati perlu dipegang dengan erat agar tidak terpesong dari matlamat asal menunaikan ibadah.

Di Masjid kita ada pilihan ruang untuk kita beribadah. Ketika jamaah masih belum ramai, dimana saja amat selesa beribadah. Hatta di dataran dekat kaabah juga disediakan ruangan solat untuk jamaah wanita. (Jangan lupa ambik kesempatan solat di sini. Betul-betul depan kaabah, sebab bila orang dah ramai, jangan harap dapat solat di sini, sbb ruang ini dah jadi ruang tawaf).
Tetapi apabila jemaah semakin ramai, tempat untuk solat menjadi sesak hingga ke tahap sujud boleh jadi ke kiri atau ke kanan badan, tengok mana ada ruang kosong didepan.




Saya pernah mencuba solat di tingkat atas, kerana tempatnya lapang (orang tak berapa ramai berbanding di bawah) tapi tidak mendapat kepuasan kerana tidak dapat melihat kaabah.
Rasulullah bersabda;
Allah menurunkan kepada jemaah Haji di Baitullah Al-Haram setiap hari adalah sebanyak 120 rahmat: 60 rahmat untuk orang-orang yang tawaf, 40 rahmat untuk orang-orang yang mendirikan sembahyang dan 20 rahmat untuk orang-orang yang melihat kepada Kaabah
Aduh! Besarnya rahmat Allah. Lihat kaabah aja udah mendapat rahmatNya!!!
Ada juga yang mencadangkan tempat solat ‘basement’. Disana lebih lapang dan katanya dapat mendengar bacaan imam dengan lebih jelas. Juga di ruang berhawa dingin, tempatnya lebih nyaman. Tapi bagi saya kedua-dua tempat yang di cadangkan is a No-No. Saya dah buat keputusan muktamad. Tempat solat saya mestilah tempat yang mana saya boleh nampak kaabah. Jadi saya tidak akan buang masa untuk cuba try mana-mana tempat yang sudah sahih saya tak nampak kaabah. Hingga akhir ibadah haji, saya tidak mencuba kedua-dua tempat solat ini.

Jumaat merupakan hari yang paling saya suka. Jumaat adalah penghulu hari. Jumaat adalah hari Allah memakbulkan doa. Jumaat adalah hari Allah melipatgandakan pahala. Biasanya waktu pagi sebelum balik ke hotel, saya akan membahagi-bahagikan duit sedekah kepada pekerja, pencuci, penjaga, pemungut air zamzam. Mereka ini pekerja rumah Allah. Kebahagiaan yang tidak terucap. Beserta keinsafan. Melihat mereka ini begitu girang menerima walaupun sekadar SR2/SR3 (RM1.80-RM2.80).



Saya tidak pernah menunaikan solat Jumaat di Masjidil Haram. Biarlah tempat solat itu untuk kaum Adam.

Di Mekah, cuaca terik walaupun anginnya dingin. Saya mengenakan purdah di waktu siang. Rasa selesa dan nyaman.

Apabila jamaah semakin ramai, alat sembur untuk kita mengambil wudhu’ banyak membantu. Kalau hendak ke toilet, saya lebih selesa meredah lautan manusia ke tandas dalam shopping complex Bangunan Hotel Hilton, berbanding dari turun ke toilet awam di basement.

No comments:

Post a Comment