Cuaca cerah, udara nyaman, angin sejuk di Gifu |
Apartment Ohta, apartment
modern. Sepelaung dari stesen keretapi.
Kesian Ohta dan ibunya menunggu kami sejak jam 5ptg tadi, Tapi kami tiba hanya pada jam 7mlm. (Ini gara-gara kami meronda-ronda di pasaraya Gifu. Aishah sempat sambar sebuah handbag di sana :-)). Gomenne Ohta san! Terpaksa tunggu lama untuk makan malam dengan kami.
Ohta berusia 68 tahun. Beliau menjaga ibunya yang berusia 89 tahun dan
makcik nya yang berusia 91 tahun.
Ohta beria-ia menyambut kami.
Menghidangkan kami dengan makanan ala Italy.
Sangat-sangat memuliakan tetamu, Ohta san! Ohta nampak penat. Kesian
Ohta. Ada nampak tekanan pada wajah Ohta. Kerana itu, saya mengambil keputusan
untuk masuk bilik tidur awal. Memandangkan Ohta boleh berbahasa Inggeris dengan baik, Aishah mahu menemani Ohta membersih pinggan
mangkuk makan malam kami tadi. Lama juga Aishah bersama Ohta.
Masuk bilik tidur, Aishah
mengulang kembali cerita-cerita dan perbualan beliau bersama Ohta. Jelas sekali pertanyaan2
Ohta pada Aishah banyak berkaitan tentang nasib. Tentang takdir. Tentang
kebahagiaan. Tentang kesusahan manusia-manuasia di negara bergolak seperti Palestin dan Syria. Saya boleh berikan 5 Bintang buat Aishah kerana telah
menjalankan misi musafir saya dengan CEMERLANG! Saya pasti Aishah telah dapat menjawab persoalan-persoalan Ohta dengan baik!
Ohta dan ibunya bangun jam
5pagi setiap hari. Kenapa? Kerana mereka hendak solat subuh. Eh…..bukan! Mereka
ada routine harian – beri makan kucing liar di jalanan! Malah Ohta sekarang memelihara di rumahnya seekor kucing yang mengidap HIV (?) yang di kutipnya di jalan. Masya Allah~.
Kami sarapan sandwitch. Masih
ada masa untuk berjalan-jalan ambik gambar sambil ambik udara segar sekitar
kawasan perumahan Ohta. Cuaca cerah di Gifu. Udara pula sejuk, nyaman, segar.
Alhamdulillah~
Mahu meninggalkan Gifu, Ohta
minta kebenaran dari Ketua Stesen Keretapi untuk hantar kami hingga ke
platform. Kali ini Aishah hampir menitiskan air mata meninggalkan Ohta. Mungkin
kerana Ohta banyak meluahkan kekeliruan hidup beliau kepada Aishah menyebabkan
Aishah merasa sangat ‘attached’ dengan Ohta. Kami
meninggalkan Ohta dengan seribu doa. Semoga Allah memberikan makanan rohani
kepada Ohta sebagaimana Ohta yang begitu teliti
dalam pengambilan makanan jasmaninya.
No comments:
Post a Comment