Hikone eki mae. Picture taken 31st October 2014 |
Alhamdulillah Allah
mengizinkan saya menjejakkan semula kaki ke kampung yang saya tinggalkan sejak
hampir 20 tahun yang lalu.
Alhamdulillah Allah kurniakan
rezeki duit untuk buat belanja.
Alhamdulillah Allah kurniakan
badan yang sehat untuk berjalan.
Alhamdulillah Allah kurniakan
masa untuk di luangkan.
Alhamdulillah Allah kurniakan sahabat untuk meneman.
Alhamdulillah Allah kurniakan sahabat untuk meneman.
Alhamdulillah Allah takdirkan suami masih di luar negara jadi tiadalah hati
berbelah bagi nak tinggalkan dia sendirian.
Alhamdulillah Allah mudah
segala urusan.
Menyedari segala ni’mat kurnia
Allah itu, saya merasakan berdosa kalau saya bermusafir hanya untuk liburan
semata. Saya mesti pastikan musafir saya kali ini musafir yang bermakna.
Musafir yang ada sumbangannya untuk agama. Musafir yang saya tidak akan di tanya.
Kalau sebelum ini saya bermusafir sekadar untuk tengok-tengok belajar dari negara orang, kali ini saya telah tetapkan musafir saya sebagai musafir ber misi kan
tabligh.
bersama teman musafir - Noraishah |
Tabligh je…. Bagi tahu intro
ringkas-ringkas, simple-simple kepada mereka yang saya jumpa. Orang Jepun ni orang yang berhati bersih. Budaya mereka amat dekat dengan carahidup Islam. Tapi Islam itu asing bagi mereka. Saya berharap dengan musafir saya kali ini, ada beberapa orang Jepun yang dapat tahu apa itu agama Islam, walaupun secara ringkas.
Tujuan saya menurunkan catatan
di sini untuk saling berkongsi.
Mudah-mudahan ada yang terinspirasi untuk turut menjadikan musafir
mereka musafir bermisikan tabligh, bukan sekadar liburan untuk tengok-tengok negeri orang. Mungkin akan ada
yang akan bermusafir yang akan lebih fokus, kreatif dan lebih produktif dari musafir saya ini. Musafir yang ada mission!
Persiapan sebelum bermusafir:
1. Niat kerana Allah dan doa
2. Article atau buku bacaan
berkaitan
3. Spray untuk wudhu
4. Pakaian yang ready solat
5. Asesori- asesori lain (
saya bawa book mark dan key-chain)
.......next musafir ber misikan tabligh part 1
No comments:
Post a Comment