Cerita 1
Jam 8.30 pagi, kami turun ke
ruang tamu guest house tempat kami bermalam. Kelihatan tuan rumah, Terumi san
bersama pelanggan beliau dari Spain sedang berbual sambil menikmati roti
freshly baked oleh Terumi. Saya dan Aishah turut duduk. Agyar dari Spain akan
check out pagi ini. Beliau bersama seorang rakannya akan meneruskan perjalanan
ke Nagasaki, selatan Jepun. Kami yang baru tiba ini cuba mendapatkan maklumat
tempat2 menarik yang telah dikunjungi oleh Agyar. Agyar seorang yang peramah.
Siap bagi name kad untuk kami hubungi. Entah macamana perbualan boleh menjuru
kepada topik ketuhanan. Agyar dan Terumi, mereka berdua percaya kepada kuasa
Tuhan yang satu, yang mentadbir alam.
Saya mengambil kesempatan ini
menghadiahkan sebuah buku berbahasa inggeris yang saya ambil dari Pejabat Ikram kepada
Agyar dan risalah Islam Agama Yang Benar (dalam bahasa Jepun) kepada Terumi.
Moga mereka membaca buku tersebut.
Cerita 2
Kami merasa sangat teruja hari
ini. Kami keluar 2 jam lewat dari masa yang di rancang. Plan asal, jam 7.30
keluar rumah, terus ke Kiyomizu tera dan ke Kinkaku ji dank e Arashiyama
menyusuri bamboo forest dan menaiki Romantic Train untuk menikmati pemandangan
hutan musim luruh. Tapi di sebabkan sudah lambat, kami dahului ke Arashiyama.
Melawat tera-tera dan kuil-kuil tu bukan ajenda utama kami. Balik dari
Arashiyama nanti, kalau ada masa, kami singgah. Nasib baik lah Aishah juga tidak lah teruja
sangat untuk pergi bergambar di Kinkaku-ji, temple Emas yang selalu terpapar di
majalah pelancongan Jepun.
Keindahan sepanjang jalan
Arashiyama dan hutan buluh (bamboo forest) memang tidak terucap oleh kata-kata.
Keindahan pemandangan pada gambar yang di ambil, belum dapat menandingi walau
10% keindahan sebenar. Terlintas di kepala, bagaimana kah keindahan di syurga
yang Rasulullah saw nyatakan tak terbayang dek mata, tak terdengar dek telinga,
tak terlintas dek fikiran….
Kami menaiki Romantic Train
(dikenali sebagai Torokko Densha) dan
turun pada perhentian ketiga.
|
Solat di stesen keretapi Romantic Train |
Wah! Ada wifi! Apa lagi! Terleka seketika meng-up
date telegram dan wasap. Tetiba, baru teringat untuk manfaatkan stesen keretapi
yang kosong untuk buat solat jamak taqdim. Tetapi kami terlambat sebab
penumpang keretapi sudah mulai masuk untuk keretapi seterusnya. Terpaksalah
kami menunggu lebih kurang setengah jam untuk stesen kosong semula supaya kami dapat
solat dengan selesa. Bila sudah berkeadaan begini, baru rasa bertuahnya duduk
di Malaysia. Surau ada di mana-mana. Kalau tak, rasa macam…..bestnya kalau duduk
di Jepun *tarik nafas panjang , dua tangan di pipi, sambil mata ke atas dan
badan melentuk**
Cerita 3
Malam, kami turun keruang
tamu. Ada 3 gadis dari Malaysia yang baru check-in ke guest house petang tadi.
Seronoknya dapat berbual dalam bahasa melayu. Aishah apa lagi, bersembang sakan
dia dengan adik-adik ini. Siap interview mereka lagi. Kelakarnya, mereka
terlepas flight kerana leka minum-minum di klia 2 yang indah. Sampai airport
awal, tapi tak check in. Akibatnya flight terlepas, dan terbang lagi RM700+ untuk bayar tiket flight yang baru.
Terumi seperti biasa meluangkan masa beliau bersama tetamu. Seronok betul Terumi dapat belajar Bahasa.
Terumi mempunyai kebolehan cepat ‘pick-up’ apa sahaja bahasa yang di
pelajarinya. Beliau boleh berbicara dengan fasih bahasa Mandarin. Malam ini saja banyak ayat dalam bahasa Malaysia
yang Terumi dapat pelajari. Apa taknya, cikgu bahasa ada 5 orang!
Penat bercerita tentang
bahasa, tiba2 Terumi bertanya….”Saya dah baca buku yang anda bagi pagi tadi,
saya ada pertanyaan….”. Bermula dengan satu pertanyaan, diikuti dengan
pertanyaan2 lain oleh Terumi. Sesungguhnya saya amat tidak menduga Terumi akan
membuka cerita tentang agama pada malam ini.
Bila dah masuk bab agama,
adik-adik muda ni bagi can kakak tua handle.
Lagi pun malam sudah agak lewat. Mereka perlu masuk tidur untuk keluar
awal esok pagi. Aishah mengadu sakit belakang sebab pikul beg berat. Terumi
menawarkan untuk menyediakan ofuro (Japanese bath) untuk Aishah. Katanya dengan
berendam dalam air panas, dapat melegakan sendi-sendi yang kejang. Siap dengan aromaterapi lagi tuh! Wah! Jelez i..!
Sementara Aishah berendam,
saya bersama dengan Terumi. Cuba meyakinkan beliau tentang kerasulan Nabi
Muhammad saw dan mukjizat al-quran. Sebelum saya naik tidur, sempat bertanya
Terumi apa pandangan beliau tentang kerasulan Nabi Muhammad saw? Kalau siang
tadi beliau berkata, “Saya hanya percayakan Tuhan yang satu. Tapi tidak
percayakan kepada manusia sebagai utusan”. Malam ini beliau menjawab, saya ada
separuh keyakinan. Ya Allah! Hati saya hampir luruh mendengar perkembangan ini.
|
Sempat berselfie dgn Terumi selepas selesai kelas bahasa dan kelas fardhu ain |
Malam itu, saya menunaikan
solat hajat khusus buat Terumi. Saya memohon agar Allah berikan hidayah buat
Terumi. Saya mohon agar Allah tidak mensia-siakan pencarian Terumi. Saya mohon
agar Allah membuka hati Terumi untuk shahadah. Terumi seorang yang sangat baik. Hati beliau
murni. Banyak perkara-perkara baik yang beliau telah buat. Kerana banyak budaya Jepun yang dekat dengan tuntutan Islam. Beruntung kalau
Terumi memeluk Islam kerana akaun pahalanya sudah banyak. Saya ingin menumpang
pahala Terumi! Mohon doakan untuk Terumi ya!!!
Cerita 4
Pagi-pagi Aishah dah
mengingatkan saya…” U jangan cakap lagi tentang agama dengan Terumi pagi ni. Cukup semalam dah
cerita macam-macam. Pening dia nanti!”. “Ya laahh…”. Turun di bawah, Terumi tiada
di ruang tamu. Aishah kata “Entah-entah dia nak elak dari kita”. “Emm I rasa
tak! “.
Pagi ini plan nak berbasikal
ke Fushimi Inari taisha. Temple yang terkenal dengan tiang-tiang merah yang
cantik. Tapi plan terpaksa di batalkan kerana ada insiden orang jatuh basikal
di tengah jalan. Hihihi.
Berjumpa Terumi untuk check
out. Saya tidak berbicara apa-apa tentang agama pagi ini. Hanya bicara santai. Sain borang check out sambil
menghulurkan sehelai kertas tentang Nabi Muhammad saw yang saya dapat semasa ke
Masjid Kobe. Rupanya Allah nak saya
berikan kertas tersebut kepada Terumi yang masih sangsi tentang kerasulan.
Gambar-gambar menarik di bamboo forest & sepanjang menaiki Torokko densha
Next...Musafir ber misikan tabligh di Hikone