AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Thursday, May 30, 2013

Catatan dari Madinah

Alhamdulillah Allah mengizinkan saya beserta keluarga untuk menunaikan umrah pada 14hb May – 24hb May 2013.

Perjalanan kali ini mengikuti Fayrooz Travel merupakan suatu perjalanan yang penuh bermakna dan sarat dengan ilmu, Alhamdulillah.
Catatan ini ditulis lebih sebagai kenangan dan ingatan untuk diri saya. Kalau ada yang baca dan boleh dapat manfaat, Alhamdulillah~
Kami menaiki Saudi Air pada jam 3ptg,14hb May dan tiba di Jeddah jam 8mlm. Terpaksa melepak di airport selama 3jam kerana bas lambat tiba. Hampir masuk ke kota Madinah, Mutawwif kami Ustaz Razak mengejutkan kami dari tidur, menyuruh semua jamaah bangun  meraikan masuk ke kota Nabi s.a.w, tanah tersemadinya jasad Nabi s.a.w. yang mulia. Ustaz mendendangkan bacaan selawat untuk diikuti oleh para jemaah. Di selang seli dengan cerita kesah penghijrahan Baginda al-Rasul. Ustaz juga menganjurkan para jamaah agar sering berdoa untuk dimatikan dalam keadaan syahid di bumi Madinah. Kata Ustaz, mahu tak mahu kita akan tetap mati. Jadi dari mati di tempat entah di mana-mana, baik memohon untuk mati di Madinah. “Ya Allah, matikan kami sebagai orang yang shahid, dan wafatkan kami di negeri Rasul”. Ooohh…ini doa saya selama ini juga. Saya pernah meyebut hasrat saya untuk mati di Madinah kepada encik suami. Kata suami saya, orang terpilih sahaja dapat mati di Madinah, dan saya jawab “mungkin saya orang terpilih!”. Mohon amin kan ya, agar saya dapat mati dengan iman di bumi Madinah – itu cita2 saya J
Tiba di hotel jam 5 pagi. Solat subuh di bilik, sarapan dan rehat. Jam 730pagi kami dibawa oleh Ustaz Razak untuk mengenali Masjid Nabawi.
Kami di bawa dekat dengan ‘kubah hijau’ tempat di mana Baginda berserta 2 sahabat karib Baginda di semadikan. Ada 4 pintu di sana; pintu di mana malaikat Jibrail masuk bertemu Nabi s.a.w, pintu Sayyidatina Aisyah, pintu ahli suffah dan pintu di mana Nabi s.a.w memberi rawatan kepada para unta. Nabi s.a.w akan menjulurkan kaki Baginda dan mana-mana unta yang sakit akan menjilat tapak kaki Baginda untuk tujuan rawatan.
Ustaz juga memberi tahu di kawasan Masjid Nabawi, ada tempat berbatu marmar putih. Mengikut kata Ustaz, tempat yang bermarmar putih itu merupakan tapak asal kawasan rumah Ummahatul Mukminin dan fadhilat bersolat di kawasan bermarmar putih itu lebih baik berbanding dengan kawasan bermarmar kelabu. Saya dapati pada waktu solat, kawasan bermarmar putih ini akan dibentangkan dengan permaidani. Sori tiada gambar untuk ditunjukkan kerana tak bawa kamera.
Program ziarah keesokannya ialah ziarah tempat2 bersejarah. Pada mulanya kami sekeluarga tak mahu ikut ziarah, kononnya nak ke Masjid Nabawi saja sebab dah tahu cerita tempat-tempat yang hendak di lawati – Masjid Quba’, Jabal Uhud, Pasar Kurma dan Masjid Qiblatain tapi Ustaz Razak suruh kami ikut. Katanya sedangkan Nabi tidak miss pergi solat di Masjid Quba’ pada setiap hari Sabtu, inikan pula kita yang datang ke Madinah entah berapa tahun sekali pun tak nak pergi solat di Masjid Quba’! Owh, gitu ya? Ok, kami ikut Ustaz!

Tempat ziarah pertama yang kami tuju ialah Masjid Quba’. Ustaz mengingatkan jemaah agar ke Masjid siap berwudhu dari hotel untuk mengambil pahala umrah, sebagaimana sabda Nabi s.a.w “Sesiapa yang berwudhu’ di rumahnya kemudian pergi ke Masjid Quba’ untuk solat, akan di beri ganjaran pahala seperti pahala menunaikan umrah” (HR Ibnu Majah). Ustaz juga mengingatkan para jemaah ada banyak penjual2 berhampiran masjid, Ustaz tak mahu para jemaah terpedaya untuk 'bershopping' pulak di sini. Ustaz beri petua bila lalu dekat penjual2 tersebut, sebut saja ‘cobaan~`”.

Ustaz Razak sedang memberi penerangan
Berhampiran dengan Masjid Quba ada sebuah perigi. Perigi itu dahulunya kepunyaan seorang Yahudi. Orang Yahudi ini membenarkan orang Islam untuk mengambil air dari perigi tersebut sekali sahaja dalam masa seminggu, dan hari selebihnya untuk orang2 Yahudi. Suatu ketika, orang Yahudi ini hendak mengahwinkan anaknya. Dari zaman dahulu lagi perbelanjaan perkahwinan amat tinggi dan Yahudi ini terpaksa menjual perigi tersebut untuk buat belanja. Yahudi menawarkan harga jualan sebanyak 1,000 dinar. Tawaran jualan ini disambut oleh (Saidina Abu Bakar @ Abdul Rahman bin Auf – lupa saya sbb tak bawa nota utk catit penerangan Ustaz) dan sahabat tersebut telah membeli dengan harga 4,000 dinar! Bila sahabat beli, orang Yahudi ini sudah risau takut sahabat ‘pulangkan paku buah keras’ tetapi sahabat dengan penuh adil mewakafkan perigi itu untuk diambil air oleh sesiapa sahaja. Itulah sepatutnya ditunjukkan oleh orang Islam. Kehaibatan ekonomi dan membelanjakan untuk kemaslahatan umum dengan penuh adil!
Sebelum naik meninggalkan bas, saya dengan Kak Zarah dari KK tak boleh tahan godaan melihat buah pelaga yang hijau dan besar2 yang dijual oleh peniaga di kaki Masjid. Takut di marah Ustaz kami lari ke tempat peniaga dan cepat2 sambar satu kampit buah pelaga yang dijual dgn harga SR10. Keputusan kami berbaloi sebab buah pelaga yang kami lihat di tempat lain tidak secantik buah pelaga yang di beli di Quba’. Heeee…

Seterusnya kami ke Jabal Uhud. Ustaz bercerita tentang Perang Uhud, tapi tak perlulah saya tulis semula kisah perang Uhud ni sebab ramai orang dah tahu ya! Biar saya tulis cerita Bukit Uhud ini dari sudut yang lain sebagaimana disampaikan oleh Ustaz Razak.

Bukit Uhud adalah bukit yang sungguh romantik. Nabi s.a.w ada bersabda "Sesungguhnya Bukit Uhud mencintai kita, dan kita pula mencintainya'. Bukit Uhud ini adalah satu dari 4 bukit syurga yang ditunjukkan Allah di dunia. Bukit syurga?! OooO saya baru tau! Kalau dilihat, warna batu dan tanah bukit Uhud ini ialah kemerah2an. Ada yang menyatakan warna merah melambangkan darah para syuhada’ yang terkorban semasa perang Uhud. Ada juga menyatakan kerana Bukit Uhud ‘blushing’ kerana di tegur Nabi. Ceritanya begini…..suatu hari, Nabi beserta 2 orang sahabat Baginda menaiki Bukit Uhud. Bukit Uhud, apabila tahu Nabi s.a.w beserta sahabat berada di atasnya, maka ‘excited’ lah Bukit Uhud tersebut lalu melompat-lompatlah si Bukit. Bila Bukit ‘melompat’, menyukarkan Baginda al-Rasul dan sahabat untuk berjalan. Ya lah, nak berjalan tapi bukit dok bergerak2 melompat, mesti susah! Lalu Nabi s.a.w pun tegur Bukit Uhud. Maka dek teguran Baginda ini lah Bukit Uhud menjadi merah padam lantaran malunya. Wallahu a’lam

Berhampiran bukit Uhud ada perkuburan para syuhada’ Uhud. 70org sahabat telah terkorban dan di semadikan di sini. Suatu ketika banjir besar, 40 mayat syuhada’ timbul. Walaupun mereka telah disemadikan sekian lama, mayat mereka seolah-olah baru sahaja meninggal. Mayat tersebut kemudiannya dialihkan dan disemadikan di perkuburan Baqi’ dan tinggallah 30 syuhada’ di perkuburan asal di Uhud.
Seterusnya ke pasar Kurma. Beli kurma ‘Lubanah’ SR30 sekilo – Kurma baik untuk membaiki horman wanita. Dan kurma Sukkari untuk lelaki. Jangan tertukar makan kurma pulak ya!!!

Amalan tambahan semasa di Madinah:

Selain dari beribadat dengan ganjaran 1,000 kali pahala di Masjid Nabawi serta berdoa di Raudhah, berikut adalah amalan tambahan yang boleh kita lakukan;
1)  Berselawat, berselawat dan banyakkan berselawat ke atas Nabi sebab di sini, selawat kita akan dijawab langsung oleh Baginda s.a.w tanpa perantaraan. Sekiranya di tempat lain, selawat kita akan di sampaikan melalui perantaraan malaikat.

2) Pastikan anda tidak tidur semasa masuk atau semasa hendak keluar kota suci Madinah. Banyakkan selawat. Biar kita nampak kesungguhan kecintaan dan kerinduan kita kepada Baginda Al-Rasul. Kalau masuk Madinah dengan keadaan ‘ternganga’ tidur, cinta dan rindu Baginda kah itu????. Ustaz Razak bersungguh2 kejutkan kita para jamaah supaya 'Jangan Tidur'!

Hmm…rasanya itu sahaja catatan dari Madinah. Catatan dari Mekah akan menyusul, Insya Allah

Tuesday, April 30, 2013

Resipi Puffy Puff Walnut Butter cake



Puffy Puff Walnut Butter Cake
Bahan-bahannya:
1 cawan mentega (di cairkan)
1 ½ cawan gula
3 biji telur
3 sudu besar yogurt
Esen vanilla
2 cawan gandum + 1 sudu teh baking powder + ½ sudu teh bikarbonat soda
Walnut (goreng tanpa minyak)  

Cara:
Sambil di kacau masukkan bahan2 di atas ikut turutan.
Boleh guna mixer, tapi kalau nak cepat, guna tangan je pun tak apa – kacau hingga sebati
Bakar 40min 190C

*gambar kek ada belang-belang coklat yang di cairkan

Itu pelesit sudah lari


Awal bulan ini saya ke suatu tempat 'massage' di Dataran Sunway. Itu kali pertama saya ke sana - tempat 'massage' ala-ala spa gitu. Tukang massage saya budak Indon. Badannya kecil tapi bila dia mengurut, masya Allah terasa sangat kuat. Saya selalunya 'enjoy massage' tapi kali ini beberapa kali saya mengingatkan adik ini jangan urut kuat sangat. Katanya 'tak kuat - saya urut biasa saja'.
Lepas massage, saya mengharapkan badan saya jadi makan ringan sebagaimana biasa saya rasa selepas berurut. Tapi lain rasanya kali ini. Bukan 'segar' atau 'ringan' badan yang saya dapat, tapi sebaliknya badan saya terasa berat dan lemah.

Keadaan badan yang terasa berat dan lemah berlarutan. Bangun pagi lepas solat subuh, terus rasa nak baring je. Tilam nampak sebagai satu tempat paling nyaman di rumah. Sepanjang-panjang masa kalau boleh nak baring. Badan saya rasa tiada maya. Yang peliknya bila keluar rumah saya rasa ada tenaga, tapi bila balik rumah saja, rasa macam nak baring golek-golek di katil. Bila solat, saya rasa khayal. Ada ketika saya perasan bacaan saya juga entah apa-apa. Tau-tau solat selesai, atau pun saya was-was bilangan rakaatnya. Saya malas nak bercakap, malas nak jumpa orang, malas nak call-call client, malas baca Quran dan macam-macam rasa malas lagi.

Rasa macam ada yang tak kena. Beberapa kali bila bangun tidur, di kaki dan paha saya ada tanda lebam. Seingat saya, saya tiada terlanggar apa-apa yg boleh menyebabkan lebam. Saya bagi tahu ahli grup usroh saya. Saya pernah baca, kalau badan lebam tanpa sebab mungkin badan di hinggap pelesit!  

Saya jadi suspicious. Entah2 ada apa-apa yg hinggap kat badan saya masa 'massage' hari tu. Sebelum ni saya ingat rasa tiada tenaga ni, sebab tak makan vitamin. Jadi saya pergilah cari minyak habbatussauda, cuka kurma dan madu. Saya beli dan makan. Tak ada kesan. Bila dah terlintas ‘pelesit-pelesit’ ni, saya mula pasang CD surah Al-Baqarah di rumah saya. Kata Nabi s.a.w, jin2 takut dengan surah ini. Tapi masih tidak berhasil. Saya masih tidak bermaya dan masih tak ada mood. Sudah lah tidur lepas subuh, jam 1030mlm lagi sudah bersedia untuk "bismikallahumma ahya wa amuut".

Semalam saya keluar tapi rasa malas nak bercakap dengan orang, tak ada mood nak kerja. Dah hampir 2 minggu saya begini. Ini tak buleh jadi! Saya MESTI buat rawatan sendiri. Saya ke Pasar Raya Tmn Tun. Saya beli limau purut dan air mawar.


Balik rumah, semasa solat asar, saya baca selawat, baca doa “a’uzubikalimatillahi taaamati min sharrima kholak” dan “Allahumma inni a’uzubika min hamazaatissyayathin wa a’uzu bi ka Robbi an yahdhurun”, saya sapu seluruh badan saya dan buat macam ‘pelepas’.

Kemudian saya sediakan air mandi. Air separuh baldi di campur dengan air mawar separuh botol. Limau purut saya potong-potong dan ramas-ramas hingga aromanya keluar. Kemudian saya baca selawat, baca lagi doa kesihatan (yang saya ambik dari al-matsurat), doa di jauhkan dari sifat malas, serta ayat Quran memohon perlindungan Allah dari dimasuki syaitan. Saya juga baca doa melayu “ Ya Allah, buangkan lah segala penyakit yang terkandung dalam jasad, tubuh, rohani dan jasmani ku. Buang kan lah yang kotor tinggalkan lah yang bersih, buangkan yang tak elok, tinggalkan yang elok, Allahumma Ya syafi, Ya Mua’afi Allahumma ya Rabbal a'lamin”. Saya hembus ke dalam air. Air tersebut saya gunakan sebagai bilasan akhir bila mandi.

Pagi ini saya masih tak bangun solat sebelum subuh, tapi saya tersedar bila azan subuh. Sudah sekian lama saya tak dengar azan subuh. Saya tak tahu lah samada kebetulan ada orang azan pagi ini atau mungkin sebelum ni ada orang azan tapi saya tak dengar.

Yang penting, mood saya terasa cerah. Tidak lagi rasa kelabu seperti sebelum ini. (Aura kita ada warna kan??) Hati saya terasa lapang.  

Bila di flash back peristiwa masa saya pergi massage hari tu, sememang saya rasa suspicious sejak hari massage itu lagi. Kerana;
1) Budak yang begitu muda, tapi punya tenaga yang begitu kuat ketika berurut dan dia kata dia urut perlahan saja
2) Budak Indon ni katanya baru 1 tahun 4 bulan di Malaysia, tapi slang bercakapnya sebijik macam orang cina. Bibik rumah saya dok 4 tahun pun slang Indon nya masih lagi kedengaran
3) Sambil massage, budak Indon ini dgn slang Cina nya banyak bertanya tentang diri saya. Duduk dengan siapa, boleh ke nak ikut balik, jadi anak angkat dll. Dan saya, seperti biasa layaan~
Agaknya sebab tu la ada yang ikut saya balik ~.

Apapun, mandi air mawar serta guna buah limau purut ini tiada lah ia dalam sunnah. Limau purut sendiri mungkin tak ada di tanah arab. Tapi kalau baca perawatan tradisional, katanya para jin memang takut dengan limau purut ni. Kalau orang yang mengamalkan aura terapi, bau wangi-wangi ini boleh membersihkan aura dan menaikkan cas +ve dalam badan. Whatsoever, saya bersyukur sebab rasanya saya dah dapat balik diri saya. Harapnya selepas ini, saya tiada alasan lagi untuk tak bangun solat malam dan untuk lebihkan baca Quran kerana itu pelesit sudah lari! Gheee….



Tuesday, January 22, 2013

Planning is Pening

Benarkah planning itu memeningkan? Tak percaya? Cer Tanya mereka yang nak kawin, walaupun dah tempah wedding planner, saya pasti masih ada banyak perkara dalam kepala mereka nak rancang. Pasti masih memeningkan.
Cer Tanya yang nak buat event, pasti memeningkan sampai tak tidur malam gitu! Business planning bagaimana? Family planning? Financial planning? Pasti, pasti, planning is memeningkan!

Setiap orang muslim mu’min percaya hidup mereka di dunia adalah sebagai tempat transit sahaja. Masa hidup inilah kita sepatutnya plan betul-betul. Tapi kita lebih banyak menghabiskan masa kita untuk planning hidup transit kita, hingga terlupa planning utk akhirat. Saidina Ali berkata “sesungguhnya manusia itu sekarang sedang tidur, mereka hanya akan tersedar setelah mereka mati”.  

Walaubagaimana pun planning untuk perjalanan akhirat kita itu sebenarnya sangat mudah. Ianya tidaklah se’memeningkan’ kita menganjur event atau kenduri kawen. Planning ke alam akhirat kita itu sebenarnya tidaklah serumit perancangan kewangan, perancangan kehidupan. Kenapa? Kerana Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalannya untuk kita. Terpulanglah pada kita samada nak ikut atau tidak. Walaupun planning ini sangat mudah, kesannya sangat ‘significant’ untuk menentukan nasib kita di akhirat nanti. Silap pilih, akan menyesal tak sudah.

Ayuh saya kongsikan planning akhirat kita. FOC! Tak perlu bayar ‘consultation  fee’!

1) Kita hendaklah sentiasa membasahi bibir kita dengan zikrullah, ini dapat memudahkan ketika sakratul maut.

2)    Lazimkan membaca surah Al-Mulk. Surah ini akan menjadi pembela kita semasa di dalam kubur

3)    Untuk memudahkan perjalanan kita ke padang mahsyar, jangan berkira untuk mengadakan ‘korban’ di aidil adha. Biarlah keluar wang lebih sedikit asalkan haiwan korban kita itu terbaik, tersehat, tercantik kerana kita akan menunggang haiwan korban kita itu nanti menuju ke padang mahsyar.

4)    Di padang mahsyar, tempat berkumpulnya semua manusia. Ya! Semua manusia dari Nabi Adam hingga ke kiamat. Di waktu itu, di nyatakan jarak matahari akan berada di atas kepala tertakluk pada amalan kebajikan kita. Panas! Kita tiada tempat yang boleh kita lari untuk berlindung. Tidak ada atap, tidak ada bayang, tidak ada tempat hawa dingin. Yang ada, hanya arasy Allah melindungi 7 golongan berikut;
1)      Pemimpin yang adil
2)      Pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya
3)      Orang yang hatinya sentiasa ingatkan masjid
4)      Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, dan keduanya berkumpul dan      
       berpisah karena Allah
5)      Seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai  
       kedudukan dan rupa yang cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata  
       "Aku Takut Kepada Allah"
6)     Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahsiakannya seolah-olah tangan kiri  
      tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan
7)     Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga ia mengalirkan air mata 
      dari kedua matanya.

5)    Di masa hisab, Baginda al-Rasul akan berada disekitar mizan untuk menokok tambah amalan kebajikan kita. Ketika inilah syafaat Nabi amat-amat kita harapkan (rujuk cerita saya di entri “Kisah cinta tak terbalas”)

6)    Selepas itu, kita akan di arahkan untuk menuju ketitian sirat. Banyakkan solat. Kerana dalam solat kita banyak berdoa “Indinassiroothol mustakim”. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7)    Detik memasuki syurga. Terdapat berbagai-bagai pintu syurga. Berdasarkan satu hadis riwayat al-Bukhari menyatakan pintu syurga itu ada 8 pintu.
     Pastikan kita ada kelayakan untuk masuk melalui salah satu pintu syurga di bawah ini;
1.       Bab al-Yamin : Pintu masuk sebelah kanan, tempat masuknya orang tanpa hisab – Green lane VVVIP
2.       Bab al-Jihad : Pintu tempat masuknya para syuhada’
3.       Bab al-Taubah : Pintu tempat masuknya orang yang bertaubat
4.       Bab al-Solat : Pintu masuknya orang yang solat
5.       Bab al-Hajj: Pintu masuknya orang yg mengerjakan haji
6.       Bab al-Rihan : Pintu masuk orang yang berpuasa
7.       Bab al-Sadaqah : Pintu masuk orang yang suka bersedekah
8.       Bab al-Ridha: Pintu masuk orang yang memaafkan hutang piutang.
Di samping 8 pintu di atas, satu hadis lain riwayat muslim menyatakan ada 3 lagi pintu syurga yg lain iaitu;
9.      Bab al-Zaminul Gairi : Pintu masuk orang yang dapat menahan marah
10.   Bab al-Makruf : Pintu orang-orang yg suka buat perkara2 kebaikan. Contohnya orang yang berkata benar, jujur pada pasangan, hormat ibu bapa, tidak menipu dalam bisnes, suka menolong orang, tidak ada dengki, sayangkan binatang, penyayang dan baaaanyak lagi benda-benda baik yang tak tertulis di sini. Yang penting, kita mesti pastikan ada benda baik yang kita suka buat.
11.   Bab al-Rahman : Pintu khusus untuk masuknya Nabi Muhammad s.a.w

Masih pening lagi untuk planning akhirat kita? Planning untuk kehidupan akhirat iaitu kehidupan paling kritikal, tapi paling tidak memeningkan! Ajaib bukan?  Saya pun baru perasan masa menulis entri ini.
So, Jangan pening-pening lagi, buat saja sementara masa masih ada. Bukannya susah mana pun, kannn?

Firman Allah dalam surah al-Isra'
[18] Barangsiapa menghendaki kesenangan hidup sekarang (dunia), Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

[19]Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalasi dengan baik.

[20]Kepada tiap-tiap golongan, baik dari golongan ini (dunia) maupun golongan itu (akhirat) Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah kemurahan Tuhanmu itu dapat disekat (oleh sesiapapun)




Friday, January 18, 2013

Tambat anak

Saya menulis blog ini sambil2 mendengar Halaqah tajuk “Berlarilah anakku” oleh Dr Danial. Saya tahu adik2 saya tidak berkesempatan untuk menonton halaqah atau mendengar radio, sebab tu saya tulis blog ini. Mudah2an mereka baca blog saya dan dapat mengambil sedikit manfaat.


Beberapa kali dalam penyampaian beliau Dr menekankan kepentingan solat. Didik dan terapkan pada anak-anak untuk konsisten solat dari sejak dari kecil.  Apa yang kita ajar kepada mereka ketika masih kecil inilah yang akan mereka ingat dan bawa hingga ke dewasa. Ibubapa juga jangan hanya suruh anak belajar rajin2 supaya jadi pandai, tetapi hendaklah suruh anak2 jadi anak yang pandai dan soleh.

Pagi tadi saya berkesempatan mendengar sedikit penyampaian dari Ustazah Norhafizah Musa dalam radio ikim. Ustazah mencadangkan agar ibubapa membiasakan anak-anak untuk bersedekah setiap pagi. Sedekah di waktu pagi umpama ‘umpan’ rezeki sepanjang hari. Bak kata oghe Klate,‘buat goghi’. Apa yg ibubapa boleh buat ialah, sediakan tabung sedekah, dan suruh anak2 masukkan duit di waktu pagi. Kemudian pada hari Jumaat  buka tabung tersebut dan bawa anak-anak untuk serahkan duit tabungan sedekah tersebut ke Masjid atau Pertubuhan Kemanusiaan. 

Entah kenapa tiba-tiba malam ini saya merindui Kak Dah. Saya masih ingat ketika saya dalam lingkungan umur 8 tahun dan kakak saya berumur 11 tahun. Sebelum tidur,Kak Dah akan menceritakan kepada kami dua beradik kisah-kisah dalam kubur, kisah-kisah hisab, titian sirat, syurga dan neraka. Itulah ‘bed time stories’ kami. Saya ingat lagi bagaimana beliau akan berkata “bila mati, malaikat mungkar nakir datang, Tanya “Maa Robbuka!!!?” Kalau tak dapat jawab, malaikat akan seksa teruk-teruk! Ada ular besar, matanya merah, mulutnya berapi-api akan belit orang yang malas solat. Kubur pula akan himpit kuat-kuat. Di padang mahsyar, manusia semua akan berkumpul. Ada orang yang mataharinya sejengkal sahaja dari kepala, ada orang yang peluhnya sampai ke pinggang, ada yang peluhnya sampai ke hidung. Titian sirat pula sangat halus seperti rambut di belah tujuh, dan sangat tajam. Siapa yang jahat akan jatuh ke neraka, siapa yang baik akan dapat melepasinya samada cara merangkak, berjalan, secepat kilat, tengok kepada amal baiknya. Dalam syurga, apa sahaja yang kita hendak, kita dapat. Ingat saja, Ting! Muncul depan mulut kita. Besst sangat dalam syurga! 

Bed time stories yang diceritakan oleh Kak Dah, masih saya ingat hingga kini, malah cerita2 itu lebih saya ingati dari ceramah-ceramah yang saya ikuti tatkala dewasa. 3 bulan lepas, saya mendapat berita Kak Dah telah kembali ke rahmatullah. Hari  ini wajah beliau yang manis tiba-tiba muncul kembali diingatan saya menggamit memori lama. Saya tak pasti Mek dan Awe sempat jumpa atau tidak Kak Dah ini. Kak Dah walaupun tidak berpelajaran tinggi telah berjaya menanam Rukun Iman dalam diri saya. Semoga roh beliau di rahmati Allah, dilapangkan kuburnya dan tenang di sana. Allahumma Amin 

Kesimpulannya, tambat anak dengan solat, tambat anak dengan sedekah, tambat anak dengan keimanan sejak mereka kecil kerana apa yang kita tanam ketika ini mereka akan ingat dan bawa hingga dewasa, Insya Allah. 

Friday, January 11, 2013

Kisah Cinta Tak Terbalas


“Ya Unaaais, kamu buat apa tu??? Apakah kamu sudah lakukan apa yang aku suruh?” Sapaan lembut mengejutkan Anas yang sedang leka bermain. Anas sepatutnya ke pasar membeli barangan yang dipesan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Di pertengahan jalan, Anas terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Tergoda dengan ajakan rakan, Anas yang ketika itu berusia 10 tahun lantas berhenti dan ikut bermain langsung terlupa tujuan asal beliau untuk ke pasar. Menunggu Anas yang tidak kunjung pulang, Baginda Rasulullah s.a.w mulai risau dan menyusul mencari anak suruhannya itu. Bukan rasa marah tapi kelegaan apabila melihat Anas yang asyik bermain menyebabkan terpacul dari mulut beliau “Ya Unaaais” nama panggilan manja penuh kasih beliau buat Anas.

Aisyah Ummul Mukminin pernah meminta Rasulullah s.a.w mendoakan beliau. “Doakan daku ya Rasulullah,”pinta Aisyah manja. Baginda al-Rasul lantas mengangkat tangan lalu berdoa “ Ya Allah, ampunilah Aisyah. Ampunilah segala dosanya yang lepas. Ampuni dosanya yang akan datang. Ampunilah kekhilafan yang dia lakukan secara terang-terangan. Ampuni kekhilafan yang dia lakukan secara sembunyi. Ya Allah Ampunilah Aisyah Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Amat Mengetahui lagi Maha Pengampun dosa”. Menerima doa dari Rasulullah s.a.w, membuatkan Aisyah merasa amat istimewa. Aisyah lantas memeluk Baginda dengan rasa hati berbunga-bunga penuh gembira. Rasulullah s.a.w seterusnya berkata “Ya Aisyah, sesungguhnya itulah juga doa yang aku pinta buat setiap seorang umatku. Doa yang ku sebut-sebut untuk setiap orang dari umatku dan ku pinta setiap kali usai solatku.”

Pernah diceritakan pada suatu ketika Baginda membaca suatu ayat dalam AL-Quran yang menceritakan tentang kemurkaan Allah kepada umat nabi terdahulu. Baginda al-Rasul telah menangis teramat sangat sehingga Allah memanggil Jibril untuk turun bertanya apakah yang menyebabkan Baginda menangis. Setelah itu Jibrail naik bertemu Allah membawa jawapan Rasulullah s.a.w "Ya Allah, sesungguhnya kekasihMu Muhammad merasa amat risau akan nasib umatnya. Apakah mereka nanti akan mengalami nasib yang sama sebagaimana yang ditimpakan Allah terhadap umat nabi yang terdahulu. Kerisauan itu membuatkan Baginda menangis tidak tertahan-tahan". Lalu Allah berkata “Wahai Jibrail, turun dan usaplah air mata kekasihKu dan khabarkan kepadanya bahawa Aku akan membuatnya gembira dengan umatnya. Tidak akan Aku izinkan umat yang lain menjejaki syurgaKu sehinggalah habis seluruh umatnya masuk ke syurgaKu”

Di Hari Pembalasan nanti, semua manusia akan mencari-cari dan mengutip-ngutip amalan soleh hatta yang kecil-kecil dan tersembunyi. Kenapa? Kerana untuk memastikan timbangan kanan lebih berat. Kalau boleh dituntut amalan dari orang lain, maka dituntutnya. Manusia masing-masing menjadi ‘selfish’. Bayangkan, kalau sekiranya di dunia, seorang ibu sanggup berkorban asal anaknya selamat tetapi di akhirat nanti seorang ibu sanggup mengorbankan anaknya untuk memastikan  dia yang selamat. Dalam keadaan begitu, ada seorang lelaki yang begitu sibuk dan perihatin terhadap manusia-manusia yang sedang dihisab ini. Di tempat penimbangan amal, lelaki tersebut akan mengambil amalan solehnya lalu meletak amalan solehnya ke atas timbangan amal baik manusia. Mana-mana manusia yang amalan baiknya sudah berat, maka menjadi bertambah berat dan terangkatlah darjatnya dalam syurga. Mana-mana manusia yang timbangan baiknya  ringan, akan menjadi berat amalan baiknya dan terselamatlah dia dari neraka. Maka hairanlah manusia yang mendapat habuan ‘amal soleh’ itu tadi lantas bertanya lelaki tersebut kenapa dia sanggup memberi amalan solehnya kepada orang lain? Apa jawab lelaki itu? “Tidakkah engkau pernah berselawat kepadaku di dalam solatmu?” Tabaarakallah, sesungguhnya amat benarlah, Allah sengaja memberi sebab untuk kita masuk kesyurgaNya dengan mewajibkan bacaan selawat di dalam solat. Selawat itu telah menjadi sebab untuk kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah s.a.w maka berselawatlah sentiasa. Bukan kah orang yang bercinta akan sering menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya?

Rasulullah s.a.w amat mencintai umatnya. Umatnya yang tidak pernah ditemui, itulah yang dirinduinya. Kerinduan Baginda yang mendalam terhadap umat Baginda, umat yang datang selepas kewafatan Baginda, umat yang sering disebut-sebut sehingga mengundang rasa cemburu para sahabat. Moga kita, anda dan saya termasuk di dalam mereka yang dirindui Nabi, dicemburui oleh para sahabat itu…  

------------------------------------
12 Rabiul Awal bakal menjelang tiba. Di setengah negeri 24hb Jan adalah hari cuti umum. Apa kata kita sebarkan bahagia, rasa gembira kita? Tempah 100 cup cakes yang comel-comel. Pergi ke pasaraya atau tempat awam yang ramai orang. Agih-agihkan kek tersebut. Kalau bekerja, agihkan kepada rakan sepejabat baik dari kalangan orang Islam mau pun yang bukan Islam. Kiranya di tanya kenapa bagi-bagi kek ni? Sambil memberikan senyuman paling manis, jawab aje “ Hari ini hari lahir Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berkongsi rasa gembira saya sempena kelahiran beliau”. Titik