Bismillah…. Kita mula kan post tahun ini dengan petua menaikkan
seri wajah.
Maklumlah, tahun ni dah nak masuk 5 series, jadi kena
amalkan banyak petua, terutamanya petua untuk dapatkan wajah berseri-seri.
Di sini saya ingin berikan 2 petua….
Petua pertama ni, dah lama dah saya semat kan dalam hati utk
amalkan, tapi bila datang masanya lidah jadi kelu. Dan hasrat berlalu begitu
saja….Saya harap dengan tahun baru ini (walaupun skrg dah nak masuk bulan
pilihanraya dan bulan ramadhan) saya harap hati saya lebih kental untuk amalkan petua ini.
PETUA PERTAMA (1)
Ada banyak hadith yang menggalakkan kita untuk memberi salam. Antara hadith yang terkenal menggalakkan kita
memberi salam ialah hadith berikut.
“Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu
tidak beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu maujika
aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara itu maka kamu akan
saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu!” (HR. Muslim)
So….apa kaitannya memberi salam dengan menaikkan seri wajah.
Baik….. cuba anda sebut “Assalamualaikum”
Bagaimana wajah anda ketika anda sebut Assalamualaikum?
Adakah anda menyebut Assalamualaikum dengan berwajah ketat? Atau berwajah
manis?
Kalau anda menyebut Assalamualaikum dengan keadaan berwajah
ketat, saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan anda. Anda telah menyanggahi
‘roh’ salam itu sendiri.
Salam adalah mendoakan kesejahteraan, jadi seharusnya
kesejahteraan diiringi dengan rasa lapang dada dan hati yang besar.
Saya sangat pasti orang yang menyebut Assalamualaikum, tak
kira bagaimana perasaan dia ketika itu, perkataan Assalamualaikum akan menolak
hati dia menjadi tenang, seterusnya membawa perasaan ini naik ke wajahnya,
menggerakkan segala otot wajah untuk tersenyum dan merangsangkan mood positif
ke otak.
Sebar kan salam, baik kepada orang yang kamu kenal, atau
yang kamu tidak kenal.
Hurmmm…..macamana ya???
Saya rasa…sebagai resolusi mudah, dan praktikal, saya akan
mulakan dengan memberi salam ketika mahu masuk lift.
Anda sudah biasa buat? Tahniah!!!
Saya belum biasa, jadi sempena tahun baru ini saya akan
biasakan beri salam ketika mahu masuk lift (ofkos lah masa lift tu ada org
islam! Takkan masa lift kosong pulak!)
PETUA KE DUA (2)
Petua ke dua untuk menaikkan seri wajah ialah…. Dengan menyebut
ALHAMDULILLAH.
Seperti praktikal petua di atas…. Cuba anda sebut,
Alhamdulillah.
Tapi untuk Alhamdulillah ini, anda tak boleh sebut laju2 macam
nak kejar bilangan 33 lepas solat tu. NO! Alhamdulillah ini anda kena sebut perlahan-lahan dan
kemudian melepaskan lafaz tersebut dengan senyuman.
Kesannya…anda akan merasa tenang, syukur dan ini dapat
merangsangkan sel-sel bahagia dalam tubuh anda. ‘Good feeling cells’ ini akan
dapat menjadikan wajah anda berseri-seri
SEKIAN, PETUA SERI WAJAH PADA HARI INI…… Petua mudah yang
telah di ajar oleh Rasul kesayangan kita seribu empat ratus tahun lalu.... SELAMAT BERAMAL....
Masha Allah. Assamu'alakim Sister Rahibah. Great start with the tips. Alhamdulillah. Keep smiling Gurl.... its contagious. :))))))) Keep it coming
ReplyDelete