AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, January 22, 2013

Planning is Pening

Benarkah planning itu memeningkan? Tak percaya? Cer Tanya mereka yang nak kawin, walaupun dah tempah wedding planner, saya pasti masih ada banyak perkara dalam kepala mereka nak rancang. Pasti masih memeningkan.
Cer Tanya yang nak buat event, pasti memeningkan sampai tak tidur malam gitu! Business planning bagaimana? Family planning? Financial planning? Pasti, pasti, planning is memeningkan!

Setiap orang muslim mu’min percaya hidup mereka di dunia adalah sebagai tempat transit sahaja. Masa hidup inilah kita sepatutnya plan betul-betul. Tapi kita lebih banyak menghabiskan masa kita untuk planning hidup transit kita, hingga terlupa planning utk akhirat. Saidina Ali berkata “sesungguhnya manusia itu sekarang sedang tidur, mereka hanya akan tersedar setelah mereka mati”.  

Walaubagaimana pun planning untuk perjalanan akhirat kita itu sebenarnya sangat mudah. Ianya tidaklah se’memeningkan’ kita menganjur event atau kenduri kawen. Planning ke alam akhirat kita itu sebenarnya tidaklah serumit perancangan kewangan, perancangan kehidupan. Kenapa? Kerana Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalannya untuk kita. Terpulanglah pada kita samada nak ikut atau tidak. Walaupun planning ini sangat mudah, kesannya sangat ‘significant’ untuk menentukan nasib kita di akhirat nanti. Silap pilih, akan menyesal tak sudah.

Ayuh saya kongsikan planning akhirat kita. FOC! Tak perlu bayar ‘consultation  fee’!

1) Kita hendaklah sentiasa membasahi bibir kita dengan zikrullah, ini dapat memudahkan ketika sakratul maut.

2)    Lazimkan membaca surah Al-Mulk. Surah ini akan menjadi pembela kita semasa di dalam kubur

3)    Untuk memudahkan perjalanan kita ke padang mahsyar, jangan berkira untuk mengadakan ‘korban’ di aidil adha. Biarlah keluar wang lebih sedikit asalkan haiwan korban kita itu terbaik, tersehat, tercantik kerana kita akan menunggang haiwan korban kita itu nanti menuju ke padang mahsyar.

4)    Di padang mahsyar, tempat berkumpulnya semua manusia. Ya! Semua manusia dari Nabi Adam hingga ke kiamat. Di waktu itu, di nyatakan jarak matahari akan berada di atas kepala tertakluk pada amalan kebajikan kita. Panas! Kita tiada tempat yang boleh kita lari untuk berlindung. Tidak ada atap, tidak ada bayang, tidak ada tempat hawa dingin. Yang ada, hanya arasy Allah melindungi 7 golongan berikut;
1)      Pemimpin yang adil
2)      Pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya
3)      Orang yang hatinya sentiasa ingatkan masjid
4)      Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, dan keduanya berkumpul dan      
       berpisah karena Allah
5)      Seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai  
       kedudukan dan rupa yang cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata  
       "Aku Takut Kepada Allah"
6)     Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahsiakannya seolah-olah tangan kiri  
      tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan
7)     Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga ia mengalirkan air mata 
      dari kedua matanya.

5)    Di masa hisab, Baginda al-Rasul akan berada disekitar mizan untuk menokok tambah amalan kebajikan kita. Ketika inilah syafaat Nabi amat-amat kita harapkan (rujuk cerita saya di entri “Kisah cinta tak terbalas”)

6)    Selepas itu, kita akan di arahkan untuk menuju ketitian sirat. Banyakkan solat. Kerana dalam solat kita banyak berdoa “Indinassiroothol mustakim”. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7)    Detik memasuki syurga. Terdapat berbagai-bagai pintu syurga. Berdasarkan satu hadis riwayat al-Bukhari menyatakan pintu syurga itu ada 8 pintu.
     Pastikan kita ada kelayakan untuk masuk melalui salah satu pintu syurga di bawah ini;
1.       Bab al-Yamin : Pintu masuk sebelah kanan, tempat masuknya orang tanpa hisab – Green lane VVVIP
2.       Bab al-Jihad : Pintu tempat masuknya para syuhada’
3.       Bab al-Taubah : Pintu tempat masuknya orang yang bertaubat
4.       Bab al-Solat : Pintu masuknya orang yang solat
5.       Bab al-Hajj: Pintu masuknya orang yg mengerjakan haji
6.       Bab al-Rihan : Pintu masuk orang yang berpuasa
7.       Bab al-Sadaqah : Pintu masuk orang yang suka bersedekah
8.       Bab al-Ridha: Pintu masuk orang yang memaafkan hutang piutang.
Di samping 8 pintu di atas, satu hadis lain riwayat muslim menyatakan ada 3 lagi pintu syurga yg lain iaitu;
9.      Bab al-Zaminul Gairi : Pintu masuk orang yang dapat menahan marah
10.   Bab al-Makruf : Pintu orang-orang yg suka buat perkara2 kebaikan. Contohnya orang yang berkata benar, jujur pada pasangan, hormat ibu bapa, tidak menipu dalam bisnes, suka menolong orang, tidak ada dengki, sayangkan binatang, penyayang dan baaaanyak lagi benda-benda baik yang tak tertulis di sini. Yang penting, kita mesti pastikan ada benda baik yang kita suka buat.
11.   Bab al-Rahman : Pintu khusus untuk masuknya Nabi Muhammad s.a.w

Masih pening lagi untuk planning akhirat kita? Planning untuk kehidupan akhirat iaitu kehidupan paling kritikal, tapi paling tidak memeningkan! Ajaib bukan?  Saya pun baru perasan masa menulis entri ini.
So, Jangan pening-pening lagi, buat saja sementara masa masih ada. Bukannya susah mana pun, kannn?

Firman Allah dalam surah al-Isra'
[18] Barangsiapa menghendaki kesenangan hidup sekarang (dunia), Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

[19]Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalasi dengan baik.

[20]Kepada tiap-tiap golongan, baik dari golongan ini (dunia) maupun golongan itu (akhirat) Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah kemurahan Tuhanmu itu dapat disekat (oleh sesiapapun)




No comments:

Post a Comment