AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Friday, January 18, 2013

Tambat anak

Saya menulis blog ini sambil2 mendengar Halaqah tajuk “Berlarilah anakku” oleh Dr Danial. Saya tahu adik2 saya tidak berkesempatan untuk menonton halaqah atau mendengar radio, sebab tu saya tulis blog ini. Mudah2an mereka baca blog saya dan dapat mengambil sedikit manfaat.


Beberapa kali dalam penyampaian beliau Dr menekankan kepentingan solat. Didik dan terapkan pada anak-anak untuk konsisten solat dari sejak dari kecil.  Apa yang kita ajar kepada mereka ketika masih kecil inilah yang akan mereka ingat dan bawa hingga ke dewasa. Ibubapa juga jangan hanya suruh anak belajar rajin2 supaya jadi pandai, tetapi hendaklah suruh anak2 jadi anak yang pandai dan soleh.

Pagi tadi saya berkesempatan mendengar sedikit penyampaian dari Ustazah Norhafizah Musa dalam radio ikim. Ustazah mencadangkan agar ibubapa membiasakan anak-anak untuk bersedekah setiap pagi. Sedekah di waktu pagi umpama ‘umpan’ rezeki sepanjang hari. Bak kata oghe Klate,‘buat goghi’. Apa yg ibubapa boleh buat ialah, sediakan tabung sedekah, dan suruh anak2 masukkan duit di waktu pagi. Kemudian pada hari Jumaat  buka tabung tersebut dan bawa anak-anak untuk serahkan duit tabungan sedekah tersebut ke Masjid atau Pertubuhan Kemanusiaan. 

Entah kenapa tiba-tiba malam ini saya merindui Kak Dah. Saya masih ingat ketika saya dalam lingkungan umur 8 tahun dan kakak saya berumur 11 tahun. Sebelum tidur,Kak Dah akan menceritakan kepada kami dua beradik kisah-kisah dalam kubur, kisah-kisah hisab, titian sirat, syurga dan neraka. Itulah ‘bed time stories’ kami. Saya ingat lagi bagaimana beliau akan berkata “bila mati, malaikat mungkar nakir datang, Tanya “Maa Robbuka!!!?” Kalau tak dapat jawab, malaikat akan seksa teruk-teruk! Ada ular besar, matanya merah, mulutnya berapi-api akan belit orang yang malas solat. Kubur pula akan himpit kuat-kuat. Di padang mahsyar, manusia semua akan berkumpul. Ada orang yang mataharinya sejengkal sahaja dari kepala, ada orang yang peluhnya sampai ke pinggang, ada yang peluhnya sampai ke hidung. Titian sirat pula sangat halus seperti rambut di belah tujuh, dan sangat tajam. Siapa yang jahat akan jatuh ke neraka, siapa yang baik akan dapat melepasinya samada cara merangkak, berjalan, secepat kilat, tengok kepada amal baiknya. Dalam syurga, apa sahaja yang kita hendak, kita dapat. Ingat saja, Ting! Muncul depan mulut kita. Besst sangat dalam syurga! 

Bed time stories yang diceritakan oleh Kak Dah, masih saya ingat hingga kini, malah cerita2 itu lebih saya ingati dari ceramah-ceramah yang saya ikuti tatkala dewasa. 3 bulan lepas, saya mendapat berita Kak Dah telah kembali ke rahmatullah. Hari  ini wajah beliau yang manis tiba-tiba muncul kembali diingatan saya menggamit memori lama. Saya tak pasti Mek dan Awe sempat jumpa atau tidak Kak Dah ini. Kak Dah walaupun tidak berpelajaran tinggi telah berjaya menanam Rukun Iman dalam diri saya. Semoga roh beliau di rahmati Allah, dilapangkan kuburnya dan tenang di sana. Allahumma Amin 

Kesimpulannya, tambat anak dengan solat, tambat anak dengan sedekah, tambat anak dengan keimanan sejak mereka kecil kerana apa yang kita tanam ketika ini mereka akan ingat dan bawa hingga dewasa, Insya Allah. 

No comments:

Post a Comment