AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Saturday, January 14, 2012

Tidak kah anda ingin berkongsi ni’mat ini?

Hari-hari kita bertemu mereka. Adakala kita menalipon mereka. Adakala bantuan mereka kita perlu. Kita senyum, mereka senyum. Keluar makan bersama. Bergurau boleh, bercerita juga boleh. Tapi, tidakkah kita kasihankan mereka? Andai tempat tuju kita berbeza? Tidakkah kita ingin berkongsi ni’mat ini? Sama-sama kita bertamu di syurga?


Setiap ‘non-muslim’ berpotensi untuk menjadi ’muslim’. Pokoknya sudahkah kita menyampaikan tentang Islam? Berkongsi dengan mereka apa itu Islam? Cerita tentang Dia Yang Maha Pencipta Dia yang mencipta segalanya. Cerita tentang Dia Yang Esa.

Kenapa lidah kelu. Amat payah memula bicara. Bicara tentang agama. Khawatir kiranya kata menyinggung mereka. Risau terasa hati. Kita belum cuba mana kita tahu. Si setan sengaja nak menakut-nakutkan!!! Kalau bicara dibuat dengan berhikmah, kalaupun mereka mungkin tersinggung awalnya, mungkin ia menjadi pencetus untuk mereka berfikir kemudiannya. Yang pasti kita sudah menyampaikan kepada mereka. Mereka sudah tidak boleh dakwa kita ketika saat bertemu Allah nanti. Kita sudah ada jawapannya “Ya Robb, aku sudah menyampaikan”. Kita mesti cuba. Cari apa jua ruang yang ada. Walaupun ada ketika mati akal macamana nak mulakan cerita. Ada ketika diri sendiri juga tidak pasti samada apa yang dicerita itu boleh diterima betul atau tidak.

Ah Chong, you agama apa?
senyum
Buddha?
Senyum lagi
Tak de agama ya? Kita hidup mesti ada agama. Sebab nanti kita mati, Tuhan tanya kita buat apa. Semua yang kita buat sekarang ni Tuhan balas. Kita buat baik Tuhan balas baik, kita buat jahat, Tuhan balas jahat. Kita bukan macam kucing. Bangun – makan – keje – kawin –tido - mati
(Sambil ketawa) macam kucing?

Iba, you please get buyer for me ok?
OK. Insya Allah
Insya Alah…(pelat cina)
Do you know what Insya Allah means? It means if Allah wills -I will try but its God who matches the buyer

What is this?
This is Quran. The Quran tells us how we should conduct our life. What we should do and should not do. Allah creates us so He sends the Quran as human being manual. We must follow what Quran says else we will destroy ourselves. You buy a microwave, there is manual enclosed to tell you how to operate the microwave. Even your handphone has its manual.

Ada kala saya hadiahkan buku. Mereka baca atau tidak, saya tak tahu. Walaupun saya amat berharap satu hari atau satu ketika buku itu memberi manfaat pada mereka. (Anda boleh dapatkan buku-buku agama dalam berbagai bahasa, high quality, percuma dgn menghantar email kpd mohamedshrok2005@yahoo.com atau mohamedshrok@hotmail.com – Salah satu buku saya cadangkan bertajuk “Have you discovered its real beauty” buku kecil tetapi ditulis dengan cara yang mudah difaham, lengkap dengan gambar-gambar yang berwarna – amat menarik sekali. Minta dia email senarai buku yg ada, pilih tajuk buku, berikan alamat dimana buku itu hendak dihantar. Anda boleh memintanya menghantar kepada anda atau terus ke alamat rakan anda dan ini semuanya PERCUMA! Moga Allah merahmati, melimpahkan kepadanya rezeki, iman dan perlindungan dunia dan akhirat buat siapa jua Mohamedshrok ini)

Kerja kita banyak kerana ramai rakan-rakan, jiran-jiran sekeliling kita yang masih asing apa itu Islam walaupun mereka berada di tengah-tengah masyarakat Islam. Sampaikan saja. Ceritakan saja. Yang memberi hidayahnya adalah Allah. Yang penting, kita sudah sampaikan…

No comments:

Post a Comment