AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, January 1, 2012

Muslim Belal & Cik Hamidah Ng Mei Kee

Sebelum ini saya hanya kenal Cat Steven. Bila ke Twins of Faith, saya mula kenal Boonaa Mohammed, Abdullah Rolle, Shinji Moriwaki dan Muslim Belal. Ohh…saya sudah ‘ketinggalan keretapi' rupanya. Sumer dah naik bullet train! Ramai penghibur dan artis yg bagus diluar sana, generasi Y yg tinggi semangat Islamnya yang saya tidak tahu.

Dalam ramai pengibur malam itu, paling saya suka ialah Bilel Muslim. Seorang anak muda dari Selatan London. Dibesarkan di lorong gelap dan kelilingi oleh budaya ‘gangster’ . Asal sebagai rapper jalanan. Mendapat hidayah Islam di kala usia 19thn – di tengah usia ghairah mencari keseronokan dan hiburan. Bayangkan! Jihad yang sangat besar buat anak muda di kota kosmopolitan! Setelah mendapat hidayah, hidup beliau terus berubah. Beliau menceritakan pada masa awal Islam, seminggu beliau bersolat di bilik air kerana tidak dapat bayangkan riaksi ibunya sekira melihatnya bersolat. Beliau menyebarkan da'wah Islam dengan cara yang unik. Pengucapan berbentuk puisi dan sajak yang penuh berinspirasi.

Bagi anda yang sekapal dengan saya, yang tak kenal siapa itu Muslim Belal, di persembahkan antara penyampaian beliau .(Isnt he cute!?!!)
http://www.radicalmiddleway.org/speakers/activist/muslim-belal


Puisi yg disampaikan masa Twins of Faith juga menarik. “We need to impress our Creator. You have to be muslim whether you like it or not because He created you” antara kata-kata Muslim Belal malam itu. Untuk anak-anak dara, mak-mak dara boleh terperasan sebentar dengan puisi sepontan beliau yg ditujukan khusus untuk ‘sister' . http://youtu.be/dCt7jamgFNA

Pertama kali saya mendengar suara Cik Hamidah Ng Mei Kee di radio ikim. Seorang lagi revert generasi Y yang cukup petah. Dengan slang Cinanya beliau menyampaikan mesej Islam dan Aqidah secara bersahaja, santai, ‘cute’. Asalnya seorang yang cukup anti Islam, tetapi setelah beliau kenal Islam, Islam itu dipegang sungguh-sungguh. Saya banyak belajar dari perkongsian beliau. “Kita tidak punya apa-apa. Semuanya milik Allah sebab semuanya datang dari Allah. Cuma satu milik kita yang bukan datang dari Allah….dosa kita”. Malunya saya….
Bersama Cik Hamidah dan yg macam Rozita Che Wan tu ialah Cik Heidi yag baru saya kenali di Masjid

Saya sempat bertemu Cik Hamidah semasa di Program Mahabbah ikimfm di Masjid Wilayah 1Jan 2012 baru2 ini. Saya dapat rasakan kasih beliau yang teramat dalam kepada bapa beliau. Bagi mereka yang membaca article ini, saya mohon anda angkat tangan sekarang. Bacakan selawat. Doakan Allah memberi hidayah kepada ibu bapa dan adik beradik Cik Hamidah ini untuk memeluk Islam.


Dari 2 anak muda ini membuatkan saya terfikir apa kah yang telah saya lakukan untuk menyebarkan Islam kepada rakan-rakan kenalan yang masih belum Islam. Saya dan anda mesti lakukan sesuatu supaya kita ada jawapan untuk di beri sekiranya di tanya oleh Allah kelak. Bak kata Sheikh Yahya Ibrahim, sepatutnya kita yang asal Islam ini boleh buat lebih banyak dakwah, lebih banyak sedekah, lebih banyak sujud berbanding dengan mereka yang baru memeluk Islam.

No comments:

Post a Comment