AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Monday, January 16, 2012

Aplikasi dakwah non muslim masa kini






Pada bulan November yang lepas saya telah mengikuti satu seminar Kefahaman Islam anjuran MAIS. Seminar bertajuk Aplikasi Dakwah Non Muslim masakini.

Terdapat 4 kertaskerja yang dibentang kan oleh 4 org pembentang;
1. Dr Siti Zubaidah Ismail – Ketua Jbtn Syariah & Undang-Undang UM (beliau tidak dpt hadir)
2. Ustaz Ahmad Zaki Ali – Penolong Pengarah Jakim
3. Prof Madya Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah – Pensyarah UPNM
4. Tn Hj Mohd Fitri Abdullah – Tokoh PERKIM/ Pendakwah bebas

Penyampaian kali ini amat berbeza kerana setiap pembentang memberikan saranan mereka berkenaan pendekatan kontemporari yang patut dan boleh kita laksanakan. Saya panjangkan perkongsian mereka di blog saya. Moga boleh dimanfaatkan.

USTAZ AHMAD ZAKI ALI – Dakwah kepada masyarakat beragama Kristian

Ustaz membentangkan penyelewengan padri2 dalam agama Kristian. Nota berserta fakta yang disokong dengan ayat petikan Injil dalil penyelewengan yang telah di lakukan di buat dalam bentuk point ringkasan untuk memudahkan rujukan.

Ustaz boleh dihubungi dgn email ustazzaky@yahoo.com atau telifon 019-3603440

PROF MADYA DR MOHD RIDHUAN TEE ABDULLAH - Dakwah kepada masyarakat beragama Buddha
Ajaran Budha mempunyai pengaruh kuat dalam peradaban Cina. Ajaran Budha hanya mahukan pengikut-pengikutnya mengikut segala ajaran kebaikan yg di bawa. Ia melarang pengikutnya menyembah atau mendewa-dewakan Budha. Sesiapa yg menyembah Budha bermakna telah terkeluar dari ajaran Budha yg sebenar.

Jika dilihat, ajaran Budha lebih strict dari ajaran Islam. Antara larangan yg perlu dipatuhi pleh pengikutnya ialah;
1. Jangan mengguna sebarang wangi-wangian
2. Jangan menonton atau mendengar sebarang hiburan
3. Jangan tidur atas katil besar
4. Jangan memakai emas perak
5. Jangan makan selepas tengahari

8 Pegangan utama Budha;
1. Kepercayaan yg benar
2. Tujuan atau cita-cita yg betul
3. Pertuturan yg baik
4. Perbuatan yg betul
5. Hidup yg betul
6. Usaha yg benar
7. Fikiran yg betul
8. Renungan yg baik

Org Cina tidak menganut agama yg khusus. Org Cina tidak berpegang kepada hanya satu pegangan. Pegangan hidup mereka boleh jadi satu, dua, tiga atau mana-mana fahaman yg boleh meyakinkan mereka. Orang Cina agak terbuka untuk mempercayai Islam sekiranya betul cara dakwahnya. Malangnya tidak banyak tumpuan dakwah diberikan terhadap org Cina dgn methodology yg betul.

PENDEKATAN DAKWAH KPD ORG CINA
1) Bercakap dengan beradab dan berkata dengan tidak menyinggung perasaan
2) Org Islam mesti ‘outstanding’ dalam bidangnya
3) Mesti dengan contoh yang baik – contoh YG BAIK– CONTOH YG BAIK

TUAN HJ MUHAMMAD FITRI ABDULLAH – Dakwah kepada masyarakat beragama Hindu
Penganut Hindu hari ini percaya kepada byk dewa dewi yg jumlahnya sehingga 330juta. Selain itu terdapat Trimurthi atau rangkaian 3 tuhan iaitu Brahma. Vishnu dan Siva. Setiap tuhan mempunyai tugas masing-masing.
Walaubagaimanapun terdapat beberapa ayat di dalam kitab hindu yang menunjukkan fahaman Hindu hari ini sudah jauh tersasar. Kepercayaan kepada kepelbagaian tuhan adalah tidak tepat dan disebut di dalam kitab Hindu, Chandogya Upanishad (Chap 6 sec 2 Verse1) “Ekam evad vitiyam’ bermaksud “Dia hanya satu dan bukan dua”. Penafian tuhan boleh menjelma sebagai manusia atau haiwan disebut dlm kitab Panniru Thirumurai/Thevaram (byk diguna oleh masyarakat Hindu di Malaysia) menyebut “ karpanai kadatha jothi karunai yeh uruvam aagi – Tuhan dlm bentuk Nur yg tidak dpt dibayang rupaNya, sifatNya berupa Maha Pengasih Maha Penyayang.
Begitu juga dengan pengambilan lembu sebagai binatang suci juga tidak benar kerana terdapat bukti di dalam kitab Rig Veda yg lembu pernah dikorban dan dipanggang dlm upacara keagamaan
Masyarakat India amat menghormati ibubapa hingga ada yg menganggap ibubapa mereka sama seperti tuhan

PENDEKATAN DAKWAH KPD ORG INDIA
1) Mengadakan dialog dan program kerjasama
2) Penerangan berterusan;
i. Hanya Islam memilika kitab suci yg terpelihara
ii. Hanya org Islam yg menyembah Tuhan Yg Esa
iii. Hanya Tuhan Yg Esa shj yg memiliki kuasa yg mutlak
3) Menganjurkan kempen menghormati ibu bapa
4) Ziarah, dekati dan bantu mereka – e.g bagi bantuan utk ke sekolah (beg, kasut, pakaian)
5) Menganjur fiesta makanan dan fesyen pakaian India
6) Menganjurkan seminar mengenai sumbangan masyarakat India terhadap Islam di Malaysia
7) Menerbitkan bahan dakwah dalam bahasa tamil

PELAN TINDAKAN
Berikut adalah beberapa cadangan;
1. Tubuhkan Pusat Dakwah – utk tujuan penyelidikan, merangka strategi dan mengkoordinasi serta menyokong usaha dakwah kpd masyarakat Hindu
2. Membangunkan pengkalan data organisasi Islam yg terlibat aktif berdakwah kpd masyarakat Hindu
3. Melatih pendakwah2 (terutamanya di kalangan saudara baru India)
4. Menyusun syarahan umum bertajuk “Persamaan antara agama Islam dan agama hindu”
5. Seminar tentang dakwah bil-hal – lagi contoh yg baik
6. Menubuhkan dana khusus utk penggerak dakwah ke masyarakat hindu

Ustaz boleh dihubungi di fitriabdullah@gmai.com atau 012-3159262

IMAM SUHAIB WEBB - Persiapan
Dalam membicarakan tentang berdakwah kepada bukan Islam, Imam Suhaib Webb telah menggariskan beberapa kriteria penting yg patut ada pada kita yg Islam ini;
1) Ilmu – i. ilmu tentang agama
ii. ilmu tentang perhubungan manusia
2) Bekerja secara berjamaah
Tugas dakwah kepada non muslim ini perlu dilakukan secara berjamaah agar setiap individu dapat bertindak sebagai pelengkap antara satu sama lain. Selain itu, kerja secara berjamaah ini dapat memastikan usaha yang dijalankan itu dibuat secara berterusan dan ada follow up
3) Rabbaniyy
Pendakwah (kita) perlulah mempunyai hubungan iman yang kuat dengan Allah
4) Noble character – berakhlak
5) Kebijaksanaan iaitu bijaksana menangani sesuatu situasi, berkata dan bertindak dengan hikmah. Ada stail dan berkarisma

1 comment:

  1. salam.. saya pelajar master di UM yang sedang mengkaji dakwah non muslim di Malaysia. Cik Rabihah ada softcopy tak untuk kertas kerja seminar diatas? atau boleh bagitahu kat mana saya boleh dapat kertas kerja seminar tu?

    ReplyDelete