Alhamdulillah, Allah gerakkan hati saya untuk melibatkan diri sebagai sukarelawan acara besar “Twins of Faith Family Festival”. Sesungguhnya saya sangat bersyukur. Bersyukur kerana Allah memberikan kelapangan, kesihatan dan kemudahan kepada saya untuk hadir. Kerana saya tahu betapa ramai yang ingin hadir ke acara ini tetapi tidak dapat hadir di saat-saat akhir...maka atas ni'mat Tuhan kamu yang mana lagikah yang hendak engkau dustakan?
Tugasan saya sebagai sukarelawan di bahagian ‘Workshop’ mengikat saya dari mengikuti banyak acara di dewan konvensyen. (Jadi volunteer best, tapi bab tak dapat ikut acara sepenuhnya itu yg tak best...huhuhu) Apabila ada ruang, saya akan menyelinap ke ‘Moms Corner’ untuk melihat siaran langsung dari skrin besar di sana.
Itupun tidak boleh lama kerana kami dikehendaki untuk berada di meja pendaftaran menangani pertanyaan peserta yg ingin mengikuti sesi ‘workshop’ seterusnya.
Antara speaker yg paling saya minati ialah Sheikh Yahya Ibrahim. Sheikh Yahya menyampaikan mesej melalui penceritaan sirah Rasulullah dan para sahabah. Benarlah. Penyampaian dari hati akan masuk ke hati. Setiap bait kata Sheikh sangat memberi kesan pada hati saya.
3 pesanan dititipkan oleh Sheikh buat audiens;
1. Make a change
2. Inspire others
3. Be sincere – Whatever u do, do for Allah
Keikhlasan amat dititikberatkan oleh Sheikh. Dalam tempoh 3 hari program (2 hari TOF + 1 hari post mortem bersama volunteer) sheikh sering mengingatkan keadaan amalan anak Adam ketika dipersembahkan kepada Allah.
Mustahil kita dapat mengingati segala kebajikan yg kita lakukan. Tapi Allah tidak pernah lupa. Dan malaikat juga tidak pernah alpa mencatit. Kebajikan itu tidak terhad kepada kerja baik yg besar-besar sahaja. Mungkin Allah ambil kira 1 kerja kecil yg kita buat yg kita sendiri tak terfikir ia ‘signifikan’. Oleh itu jangan kita meremehkan perkara kecil kerana setiap perkara yang kita lakukan itu ada nilaiannya.
Di ceritakan suatu kesah di mana terdapat seorang lelaki yang terkesima (err…. Terkesima… itu apa?) apabila Allah menghadiahkan beliau 2 buah gunung dari buah tamar sebagai balasan untuk suatu sedekah yg pernah di lakukannya. Lelaki itu menafikan pernah mengeluarkan sedekah sebanyak itu. Lantas Allah menyatakan itu adalah balasan sedekah sebiji buah tamar yg dia keluarkan ikhlas kerana Allah.
Manakala satu hadis lain menceritakan tentang kesah syuhada’, ahli ilmu dan orang kaya yang dihadapkan pada pengadilan Allah;
Rasulullah SAW bersabda: Seorang Syuhada dihadapkan pada pengadilan Hari Akhir, lalu Allah SWT menjadikannya bercerita tentang kenikmatan hidup yang diperolehnya. Kemudian Allah SWT menanyainya, "Apa yang engkau lakukan untuk mensyukurinya?" Orang tersebut menjawab, "Saya berjuang demi Engkau hingga saya mati sebagai syuhada." Allah berfirman, "Engkau berbohong. Sesungguhnya engkau berjuang bukan demi Aku, tetapi agar orang-orang menyebutmu pahlawan, dan orang-orang memang telah menyebutmu demikian." Lalu orang tersebut diheret ke neraka.
Kemudian seorang ahli ilmu yang mengajar ilmunya kepada manusia serta indah bacaan al-Qurannya dihadapkan pada pengadilan Hari Akhir, lalu Allah SWT menjadikannya bercerita tentang kenikmatan hidup yang diperolehnya. Kemudian Allah SWT menanyainya, "Apa yang engkau lakukan untuk mensyukurinya? Ahli ilmu itu menjawab “Saya menuntut ilmu dan mengajarnya kepada orang banyak serta membaca Al-Quran demi Engkau.” Allah berfirman, "Engkau berbohong. Engkau menuntut ilmu supaya manusia menggelar engkau orang alim, dan engkau membaca al-Quran supaya orang memuji bacaan mu, dan orang-orang memang telah menyebutmu demikian." Lalu orang tersebut diheret ke neraka.
Kemudian seorang lelaki yg mana Allah telah mengurniakan kepadanya harta yang melempah ruah dan segala macam kekayaan dihadapkan ke pengadilan Hari Akhir, lalu Allah SWT menjadikannya bercerita tentang kenikmatan hidup yang diperolehnya. Kemudian Allah SWT menanyainya, "Apa yang engkau lakukan untuk mensyukurinya?. Orang kaya itu menjawab “Saya menggunakan hartaku sebagaimana yang Engkau kehendaki”. Allah berfirman, "Engkau berbohong. Engkau lakukan demikian supaya manusia menggelar engkau orang dermawan, dan orang-orang memang telah menyebutmu demikian." Lalu orang tersebut diheret ke neraka.
Sesungguhnya ikhlas itu sangat ‘fragile’. Kealpaan barang sejenak boleh mengundang ria’, ujub, takabbur serta penyakit hati yang lain yg boleh mengheret seseorang itu ke neraka. Nauzubillahi min zalik.
Tidak kurang juga Syeikh2 yang lain yang kerap mengingatkan perkara yg sama. Sh Tawfique Chowdhury semasa perjumpaan ‘post mortem (bukan port mortem ya ;-) sukarelawan sekali lagi mengingatkan agar kita sentiasa rendah hati. Perasaan bangga diri ibarat kanser, yang membunuh secara diam. Orang yang ikhlas itu kata beliau, adalah orang yang terus menerus melakukan kebaikan tanpa diketahui oleh orang lain.
Genggam erat ikhlas itu kerana orang yang ikhlas itu lebih kuat dari gunung, lebih kuat dari besi, lebih kuat dari api, lebih kuat dari air, lebih kuat dari angin. Kuatnya orang yang ikhlas kerana menahan diri dari membocorkan menceritakan amalannya dari diketahui manusia, kuatnya orang yang ikhlas kerana menahan diri dari dicerobohi oleh penyakit-penyakit hati yang merosakkan.
Saya tertarik dengan satu doa yang dibacakan oleh Syeikh “memohon agar Allah tetap memperhitungkan amalan kita sebagai kebajikan walaupun ianya tidak sempurna”.
Ya Allah jadikan lah kami di kalangan hamba-hambaMu yang ikhlas.

No comments:
Post a Comment