AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, January 22, 2013

Planning is Pening

Benarkah planning itu memeningkan? Tak percaya? Cer Tanya mereka yang nak kawin, walaupun dah tempah wedding planner, saya pasti masih ada banyak perkara dalam kepala mereka nak rancang. Pasti masih memeningkan.
Cer Tanya yang nak buat event, pasti memeningkan sampai tak tidur malam gitu! Business planning bagaimana? Family planning? Financial planning? Pasti, pasti, planning is memeningkan!

Setiap orang muslim mu’min percaya hidup mereka di dunia adalah sebagai tempat transit sahaja. Masa hidup inilah kita sepatutnya plan betul-betul. Tapi kita lebih banyak menghabiskan masa kita untuk planning hidup transit kita, hingga terlupa planning utk akhirat. Saidina Ali berkata “sesungguhnya manusia itu sekarang sedang tidur, mereka hanya akan tersedar setelah mereka mati”.  

Walaubagaimana pun planning untuk perjalanan akhirat kita itu sebenarnya sangat mudah. Ianya tidaklah se’memeningkan’ kita menganjur event atau kenduri kawen. Planning ke alam akhirat kita itu sebenarnya tidaklah serumit perancangan kewangan, perancangan kehidupan. Kenapa? Kerana Allah dan RasulNya telah menunjukkan jalannya untuk kita. Terpulanglah pada kita samada nak ikut atau tidak. Walaupun planning ini sangat mudah, kesannya sangat ‘significant’ untuk menentukan nasib kita di akhirat nanti. Silap pilih, akan menyesal tak sudah.

Ayuh saya kongsikan planning akhirat kita. FOC! Tak perlu bayar ‘consultation  fee’!

1) Kita hendaklah sentiasa membasahi bibir kita dengan zikrullah, ini dapat memudahkan ketika sakratul maut.

2)    Lazimkan membaca surah Al-Mulk. Surah ini akan menjadi pembela kita semasa di dalam kubur

3)    Untuk memudahkan perjalanan kita ke padang mahsyar, jangan berkira untuk mengadakan ‘korban’ di aidil adha. Biarlah keluar wang lebih sedikit asalkan haiwan korban kita itu terbaik, tersehat, tercantik kerana kita akan menunggang haiwan korban kita itu nanti menuju ke padang mahsyar.

4)    Di padang mahsyar, tempat berkumpulnya semua manusia. Ya! Semua manusia dari Nabi Adam hingga ke kiamat. Di waktu itu, di nyatakan jarak matahari akan berada di atas kepala tertakluk pada amalan kebajikan kita. Panas! Kita tiada tempat yang boleh kita lari untuk berlindung. Tidak ada atap, tidak ada bayang, tidak ada tempat hawa dingin. Yang ada, hanya arasy Allah melindungi 7 golongan berikut;
1)      Pemimpin yang adil
2)      Pemuda yang senantiasa beribadah kepada Allah semasa hidupnya
3)      Orang yang hatinya sentiasa ingatkan masjid
4)      Dua orang yang saling mengasihi karena Allah, dan keduanya berkumpul dan      
       berpisah karena Allah
5)      Seorang laki-laki yang diundang oleh seorang perempuan yang mempunyai  
       kedudukan dan rupa yang cantik untuk melakukan kejahatan tetapi dia berkata  
       "Aku Takut Kepada Allah"
6)     Seseorang yang memberi sedekah tetapi merahsiakannya seolah-olah tangan kiri  
      tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanan
7)     Seseorang yang mengingat Allah di waktu sunyi sehingga ia mengalirkan air mata 
      dari kedua matanya.

5)    Di masa hisab, Baginda al-Rasul akan berada disekitar mizan untuk menokok tambah amalan kebajikan kita. Ketika inilah syafaat Nabi amat-amat kita harapkan (rujuk cerita saya di entri “Kisah cinta tak terbalas”)

6)    Selepas itu, kita akan di arahkan untuk menuju ketitian sirat. Banyakkan solat. Kerana dalam solat kita banyak berdoa “Indinassiroothol mustakim”. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.

7)    Detik memasuki syurga. Terdapat berbagai-bagai pintu syurga. Berdasarkan satu hadis riwayat al-Bukhari menyatakan pintu syurga itu ada 8 pintu.
     Pastikan kita ada kelayakan untuk masuk melalui salah satu pintu syurga di bawah ini;
1.       Bab al-Yamin : Pintu masuk sebelah kanan, tempat masuknya orang tanpa hisab – Green lane VVVIP
2.       Bab al-Jihad : Pintu tempat masuknya para syuhada’
3.       Bab al-Taubah : Pintu tempat masuknya orang yang bertaubat
4.       Bab al-Solat : Pintu masuknya orang yang solat
5.       Bab al-Hajj: Pintu masuknya orang yg mengerjakan haji
6.       Bab al-Rihan : Pintu masuk orang yang berpuasa
7.       Bab al-Sadaqah : Pintu masuk orang yang suka bersedekah
8.       Bab al-Ridha: Pintu masuk orang yang memaafkan hutang piutang.
Di samping 8 pintu di atas, satu hadis lain riwayat muslim menyatakan ada 3 lagi pintu syurga yg lain iaitu;
9.      Bab al-Zaminul Gairi : Pintu masuk orang yang dapat menahan marah
10.   Bab al-Makruf : Pintu orang-orang yg suka buat perkara2 kebaikan. Contohnya orang yang berkata benar, jujur pada pasangan, hormat ibu bapa, tidak menipu dalam bisnes, suka menolong orang, tidak ada dengki, sayangkan binatang, penyayang dan baaaanyak lagi benda-benda baik yang tak tertulis di sini. Yang penting, kita mesti pastikan ada benda baik yang kita suka buat.
11.   Bab al-Rahman : Pintu khusus untuk masuknya Nabi Muhammad s.a.w

Masih pening lagi untuk planning akhirat kita? Planning untuk kehidupan akhirat iaitu kehidupan paling kritikal, tapi paling tidak memeningkan! Ajaib bukan?  Saya pun baru perasan masa menulis entri ini.
So, Jangan pening-pening lagi, buat saja sementara masa masih ada. Bukannya susah mana pun, kannn?

Firman Allah dalam surah al-Isra'
[18] Barangsiapa menghendaki kesenangan hidup sekarang (dunia), Kami akan segerakan kepadanya dalam dunia apa yang Kami kehendaki, bagi sesiapa yang Kami kehendaki; kemudian Kami sediakan baginya neraka Jahannam (di akhirat kelak), untuk membakarnya dalam keadaan yang hina lagi tersingkir dari rahmat Allah.

[19]Dan barangsiapa yang menghendaki kehidupan akhirat dan berusaha ke arah itu dengan bersungguh-sungguh, sedang ia adalah mu’min, maka mereka itu adalah orang-orang yang usahanya akan dibalasi dengan baik.

[20]Kepada tiap-tiap golongan, baik dari golongan ini (dunia) maupun golongan itu (akhirat) Kami berikan bantuan dari kemurahan Tuhanmu (wahai Muhammad); dan tiadalah kemurahan Tuhanmu itu dapat disekat (oleh sesiapapun)




Friday, January 18, 2013

Tambat anak

Saya menulis blog ini sambil2 mendengar Halaqah tajuk “Berlarilah anakku” oleh Dr Danial. Saya tahu adik2 saya tidak berkesempatan untuk menonton halaqah atau mendengar radio, sebab tu saya tulis blog ini. Mudah2an mereka baca blog saya dan dapat mengambil sedikit manfaat.


Beberapa kali dalam penyampaian beliau Dr menekankan kepentingan solat. Didik dan terapkan pada anak-anak untuk konsisten solat dari sejak dari kecil.  Apa yang kita ajar kepada mereka ketika masih kecil inilah yang akan mereka ingat dan bawa hingga ke dewasa. Ibubapa juga jangan hanya suruh anak belajar rajin2 supaya jadi pandai, tetapi hendaklah suruh anak2 jadi anak yang pandai dan soleh.

Pagi tadi saya berkesempatan mendengar sedikit penyampaian dari Ustazah Norhafizah Musa dalam radio ikim. Ustazah mencadangkan agar ibubapa membiasakan anak-anak untuk bersedekah setiap pagi. Sedekah di waktu pagi umpama ‘umpan’ rezeki sepanjang hari. Bak kata oghe Klate,‘buat goghi’. Apa yg ibubapa boleh buat ialah, sediakan tabung sedekah, dan suruh anak2 masukkan duit di waktu pagi. Kemudian pada hari Jumaat  buka tabung tersebut dan bawa anak-anak untuk serahkan duit tabungan sedekah tersebut ke Masjid atau Pertubuhan Kemanusiaan. 

Entah kenapa tiba-tiba malam ini saya merindui Kak Dah. Saya masih ingat ketika saya dalam lingkungan umur 8 tahun dan kakak saya berumur 11 tahun. Sebelum tidur,Kak Dah akan menceritakan kepada kami dua beradik kisah-kisah dalam kubur, kisah-kisah hisab, titian sirat, syurga dan neraka. Itulah ‘bed time stories’ kami. Saya ingat lagi bagaimana beliau akan berkata “bila mati, malaikat mungkar nakir datang, Tanya “Maa Robbuka!!!?” Kalau tak dapat jawab, malaikat akan seksa teruk-teruk! Ada ular besar, matanya merah, mulutnya berapi-api akan belit orang yang malas solat. Kubur pula akan himpit kuat-kuat. Di padang mahsyar, manusia semua akan berkumpul. Ada orang yang mataharinya sejengkal sahaja dari kepala, ada orang yang peluhnya sampai ke pinggang, ada yang peluhnya sampai ke hidung. Titian sirat pula sangat halus seperti rambut di belah tujuh, dan sangat tajam. Siapa yang jahat akan jatuh ke neraka, siapa yang baik akan dapat melepasinya samada cara merangkak, berjalan, secepat kilat, tengok kepada amal baiknya. Dalam syurga, apa sahaja yang kita hendak, kita dapat. Ingat saja, Ting! Muncul depan mulut kita. Besst sangat dalam syurga! 

Bed time stories yang diceritakan oleh Kak Dah, masih saya ingat hingga kini, malah cerita2 itu lebih saya ingati dari ceramah-ceramah yang saya ikuti tatkala dewasa. 3 bulan lepas, saya mendapat berita Kak Dah telah kembali ke rahmatullah. Hari  ini wajah beliau yang manis tiba-tiba muncul kembali diingatan saya menggamit memori lama. Saya tak pasti Mek dan Awe sempat jumpa atau tidak Kak Dah ini. Kak Dah walaupun tidak berpelajaran tinggi telah berjaya menanam Rukun Iman dalam diri saya. Semoga roh beliau di rahmati Allah, dilapangkan kuburnya dan tenang di sana. Allahumma Amin 

Kesimpulannya, tambat anak dengan solat, tambat anak dengan sedekah, tambat anak dengan keimanan sejak mereka kecil kerana apa yang kita tanam ketika ini mereka akan ingat dan bawa hingga dewasa, Insya Allah. 

Friday, January 11, 2013

Kisah Cinta Tak Terbalas


“Ya Unaaais, kamu buat apa tu??? Apakah kamu sudah lakukan apa yang aku suruh?” Sapaan lembut mengejutkan Anas yang sedang leka bermain. Anas sepatutnya ke pasar membeli barangan yang dipesan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Di pertengahan jalan, Anas terserempak dengan sekumpulan kanak-kanak yang sedang bermain. Tergoda dengan ajakan rakan, Anas yang ketika itu berusia 10 tahun lantas berhenti dan ikut bermain langsung terlupa tujuan asal beliau untuk ke pasar. Menunggu Anas yang tidak kunjung pulang, Baginda Rasulullah s.a.w mulai risau dan menyusul mencari anak suruhannya itu. Bukan rasa marah tapi kelegaan apabila melihat Anas yang asyik bermain menyebabkan terpacul dari mulut beliau “Ya Unaaais” nama panggilan manja penuh kasih beliau buat Anas.

Aisyah Ummul Mukminin pernah meminta Rasulullah s.a.w mendoakan beliau. “Doakan daku ya Rasulullah,”pinta Aisyah manja. Baginda al-Rasul lantas mengangkat tangan lalu berdoa “ Ya Allah, ampunilah Aisyah. Ampunilah segala dosanya yang lepas. Ampuni dosanya yang akan datang. Ampunilah kekhilafan yang dia lakukan secara terang-terangan. Ampuni kekhilafan yang dia lakukan secara sembunyi. Ya Allah Ampunilah Aisyah Ya Allah. Sesungguhnya Engkau yang Amat Mengetahui lagi Maha Pengampun dosa”. Menerima doa dari Rasulullah s.a.w, membuatkan Aisyah merasa amat istimewa. Aisyah lantas memeluk Baginda dengan rasa hati berbunga-bunga penuh gembira. Rasulullah s.a.w seterusnya berkata “Ya Aisyah, sesungguhnya itulah juga doa yang aku pinta buat setiap seorang umatku. Doa yang ku sebut-sebut untuk setiap orang dari umatku dan ku pinta setiap kali usai solatku.”

Pernah diceritakan pada suatu ketika Baginda membaca suatu ayat dalam AL-Quran yang menceritakan tentang kemurkaan Allah kepada umat nabi terdahulu. Baginda al-Rasul telah menangis teramat sangat sehingga Allah memanggil Jibril untuk turun bertanya apakah yang menyebabkan Baginda menangis. Setelah itu Jibrail naik bertemu Allah membawa jawapan Rasulullah s.a.w "Ya Allah, sesungguhnya kekasihMu Muhammad merasa amat risau akan nasib umatnya. Apakah mereka nanti akan mengalami nasib yang sama sebagaimana yang ditimpakan Allah terhadap umat nabi yang terdahulu. Kerisauan itu membuatkan Baginda menangis tidak tertahan-tahan". Lalu Allah berkata “Wahai Jibrail, turun dan usaplah air mata kekasihKu dan khabarkan kepadanya bahawa Aku akan membuatnya gembira dengan umatnya. Tidak akan Aku izinkan umat yang lain menjejaki syurgaKu sehinggalah habis seluruh umatnya masuk ke syurgaKu”

Di Hari Pembalasan nanti, semua manusia akan mencari-cari dan mengutip-ngutip amalan soleh hatta yang kecil-kecil dan tersembunyi. Kenapa? Kerana untuk memastikan timbangan kanan lebih berat. Kalau boleh dituntut amalan dari orang lain, maka dituntutnya. Manusia masing-masing menjadi ‘selfish’. Bayangkan, kalau sekiranya di dunia, seorang ibu sanggup berkorban asal anaknya selamat tetapi di akhirat nanti seorang ibu sanggup mengorbankan anaknya untuk memastikan  dia yang selamat. Dalam keadaan begitu, ada seorang lelaki yang begitu sibuk dan perihatin terhadap manusia-manusia yang sedang dihisab ini. Di tempat penimbangan amal, lelaki tersebut akan mengambil amalan solehnya lalu meletak amalan solehnya ke atas timbangan amal baik manusia. Mana-mana manusia yang amalan baiknya sudah berat, maka menjadi bertambah berat dan terangkatlah darjatnya dalam syurga. Mana-mana manusia yang timbangan baiknya  ringan, akan menjadi berat amalan baiknya dan terselamatlah dia dari neraka. Maka hairanlah manusia yang mendapat habuan ‘amal soleh’ itu tadi lantas bertanya lelaki tersebut kenapa dia sanggup memberi amalan solehnya kepada orang lain? Apa jawab lelaki itu? “Tidakkah engkau pernah berselawat kepadaku di dalam solatmu?” Tabaarakallah, sesungguhnya amat benarlah, Allah sengaja memberi sebab untuk kita masuk kesyurgaNya dengan mewajibkan bacaan selawat di dalam solat. Selawat itu telah menjadi sebab untuk kita mendapat syafaat Baginda Rasulullah s.a.w maka berselawatlah sentiasa. Bukan kah orang yang bercinta akan sering menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya?

Rasulullah s.a.w amat mencintai umatnya. Umatnya yang tidak pernah ditemui, itulah yang dirinduinya. Kerinduan Baginda yang mendalam terhadap umat Baginda, umat yang datang selepas kewafatan Baginda, umat yang sering disebut-sebut sehingga mengundang rasa cemburu para sahabat. Moga kita, anda dan saya termasuk di dalam mereka yang dirindui Nabi, dicemburui oleh para sahabat itu…  

------------------------------------
12 Rabiul Awal bakal menjelang tiba. Di setengah negeri 24hb Jan adalah hari cuti umum. Apa kata kita sebarkan bahagia, rasa gembira kita? Tempah 100 cup cakes yang comel-comel. Pergi ke pasaraya atau tempat awam yang ramai orang. Agih-agihkan kek tersebut. Kalau bekerja, agihkan kepada rakan sepejabat baik dari kalangan orang Islam mau pun yang bukan Islam. Kiranya di tanya kenapa bagi-bagi kek ni? Sambil memberikan senyuman paling manis, jawab aje “ Hari ini hari lahir Nabi Muhammad s.a.w. Saya ingin berkongsi rasa gembira saya sempena kelahiran beliau”. Titik