BAHAN-BAHANNYA:
Madu
Susu Segar
Oats
Minyak Zaiton
Buah Tamar
Minyak Habbatus Sauda’
CARANYA:
Masukkan kesemua bahan, kisar sampai halus……. Sedia di untuk di minum! Sebelum minum, jangan lupa baca Bismillah, selawat dan sambil berdoa “Ya Allah, aku percaya khasiat makanan ini sebagaimana kata-kataMu dan RasulMu. Maka ku pohon agar dengan berkat makanan sunnah RasulMu ini Engkau buangkan segala penyakit yang terdapat dalam jazad, tubuh, rohani, jasmaniku. Buangkan yang tak elok, tinggalkan yang elok. Buangkan yang kotor, tinggalkan yang bersih. Agar daku sehat dan ringan untuk beribadat kepadaMu”
MAKLUMAT BAHAN:
1) MADU: Saya menggunakan madu asli keluaran HPA yang berharga hanya RM24 sebotol. Kenapa saya pilih madu HPA? Saya telah ‘test’ madu keluaran HPA dan saya dapati nilai ‘asli’ nya sangat tinggi. Cara mudah untuk kita tahu samada madu tersebut asli atau tidak ialah dengan melakukan ujian ringkas seperti berikut. Titikkan madu ke dalam piring putih. Masukkan beberapa titisan air yang ditapis ke dalam piring yang sama. Goyang-goyangkan secara perlahan piring sehingga madu bercampur dengan air. Sekiranya madu tersebut adalah madu asli, ia tidak akan bercampur dengan air sebaliknya ia akan membentuk rajah sarang lebah. Lagi asli madu tersebut, lagi jelas bentuk sarang lebah yang timbul. Sebaliknya sekiranya ‘madu’ tersebut bukan madu sebenar tetapi hanyalah campuran, ia akan terus bercampur dengan air atau membentuk sarang lebah yang tidak jelas. Cubalah Try Test!
2) SUSU SEGAR
3) OATS: Saya mula kenal oats semasa saya di university di tahun 1987 kerana ia merupakan sarapan teman sebilik saya. Katanya oats bagus kerana dia menyerap kolestrol macam sponge menyerap air. Wow! Saya cuba meniru beliau, masak oats dan masukkan susu serta gula tapi….tekak saya tak boleh terima! Dengan resepi ini, oats di kisar dan saya dapat minum oats dengan mudah. Yeay!
Resepi oats suami saya pula begini: Masakkan susu, setelah susu mendidih, masukkan oats dan masak sehingga oats lembut. Kemudian angkat, masukkan ke dalam mangkuk. Tuang madu serta minyak zaiton. Taburkan biji habbatus sauda’ . Whoalla! Sedia untuk di makan.
4) MINYAK ZAITON: Masakan Mediterranean banyak menggunakan minyak zaiton . Adakala mereka menggoreng (low fry) dengan minyak zaiton. Saya ingin memasak guna minyak zaiton sebab saya dengar minyak zaiton itu baik untuk kesihatan. Tapi mana mungkin saya goreng guna minyak zaiton? Minyak zaiton MAHAL! Baru-baru ini saya terjumpa article. Rupa-rupanya cara sebenar mendapat khasiat minyak zaiton ialah mengambilnya mentah tanpa ia terkena api. Ooo…sekarang baru saya faham kenapa masakan Arab, mereka hanya menuangkan minyak zaiton atas makanan apabila sedia untuk di hidang.
5) BUAH TAMAR: Mengandungi kadar serat yang tinggi. Khasiatnya juga banyak. Seeloknya masukkan buah tamar dengan bilangan ganjil. 1biji/3biji/dsb. Mengikut sunnah Nabi makan tamar dalam bilangan ganjil.
6) MINYAK HABBATUS SAUDA’ : Banyak hadis Nabi yang menceritakan manfaat habbatussauda’ dan hadis yang sangat popular menyatakan habbatus sauda’ ini penawar segala penyakit kecuali mati.
Anda boleh juga mempelbagaikan rasa minuman ini. Samada dengan memasukkan serbuk koko/milo atau boleh juga kisarkan bersama buah-buahan segar. Adakala saya masukkan saja pati jus buahan menggantikan madu dan tamar.
Wahai ibu-ibu! Jaga badan kita sebab kita PERLU sihat dan MESTI sihat! Jangan berterusan jadi macam ‘ikan DBKL’ yang kerjanya menghabiskan makanan anak-anak atau suami!
Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah daku ke dalam golongan orang-orang yg saleh, dan jadikanlah daku buah tutur yg baik bagi org-org yg datang kemudian, dan jadikanlah daku org yg mempusakai syurga yg penuh keni'matan.... asy-syu'araa:83-85
AL-KAABAH AL MUSHARRAF
Sunday, October 30, 2011
Resipi menu sehat mudah ringkas
Saya seorang yang perihatin dengan pemakanan. Makanan pagi adalah sangat penting kerana saya fikir makanan pagi merupakan asas kesihatan fizikal saya sepanjang hari tersebut. Sebelum ini saya ambil makanan kesihatan. Dari yang berharga RM20 hinggalah yang berharga RM500 lebih. Tapi sejak beberapa bulan yang lepas saya sudah berhenti membeli pemakanan tersebut kerana saya mendapat resepi baru dari Prof Dr Muhaya. Resepi Prof saya ubahsuaikan dengan menambah beberapa bahan yang lain untuk lebih khasiat lebih sedap :-) ;
Sunday, October 23, 2011
Ikhlas kita kelas berapa?
Penerbangan kelas pertama, Keretapi kelas dua, Mentality kelas tiga. Pandai kita letakkan angka. Ikhlas kita pula bagaimana? Kelas Pertama? Ke dua? Atau kelas ke Tiga?
Tulisan saya seterusnya adalah perkongsian dari Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Drs Kariman.
Mari kita kenal siapakah orang yang ikhlas.... Orang yang ikhlas itu ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya dari diketahui orang.
Terdapat 3 martabat orang yang ikhlas.
IKHLAS KELAS PERTAMA: Orang yang beramal semata-mata kerana Allah tanpa ada kepentingan duniawi mau pun ukhrawi. Dia beramal kerana dia tahu dia milik Allah. Dia beramal sebagai tanda ubudiah. Melakukan ibadah dengan penuh rasa raja', khusyu' dan patuh. Dia merasa penuh kepuasan apabila dia dapat melakukan sesuatu ibadah itu. Tiada perkataan ‘mengharap balasan Allah’ dalam amalan mereka. Amalan orang yang ikhlas kelas pertama ini umpama amalan para nabi dan di tunjukkan pada kisah Rasulullah s.a.w yang beribadah sehingga pecah-pecah tumit kaki Baginda. Apabila di tanya “kenapa Baginda masih terus tekun beribadah sedangkan Baginda telah dijamin Allah akan pengampunan”, Baginda menjawab “tidakkah aku mahu menjadi hamba yang bersyukur?”. Umpama seorang yang sangat baik dengan kita. Segala keperluan hidup kita, dia yang tanggung; makan, minum, tempat tinggal ,pelajaran , carikan jodoh, kenduri walimah, apa saja yang kita perlukan akan diberi. Jadi apabila dia suruh kita buat sesuatu, kita akan buat dengan ikhlas hati. Rasa seronok apabila dapat berbakti. Apa yang di suruh akan kita laksanakan sebaik-baiknya tanpa ada niat untuk dibalas apatah lagi mengharapkan balasan.Tulisan saya seterusnya adalah perkongsian dari Tazkirah Ramadhan yang di sampaikan oleh Ustaz Drs Kariman.
Mari kita kenal siapakah orang yang ikhlas.... Orang yang ikhlas itu ialah orang yang menyembunyikan kebaikannya sebagaimana dia menyembunyikan keburukannya dari diketahui orang.
Terdapat 3 martabat orang yang ikhlas.
IKHLAS KELAS KE DUA: Orang yang beramal semata-mata kerana Allah dengan tujuan agar Allah memberi ganjarannya di akhirat. Contoh; kenapa mendirikan qiamullailal? Supaya Allah memberi ganjaran syurga yang penuh keni’matan. atau banyak bersedekah supaya senang melalui titian sirat. atau membaca Al-Quran dengan harapan akan mendapat syafaat Al-Quran di akhirat kelak. Amalan di lakukan dengan harapan kemudahan akhirat.
IKHLAS KELAS KE TIGA: Orang yang beramal semata-mata kerana Allah dan meminta sesuatu kepada Allah tapi perkara/ganjaran yang diminta ialah berkaitan dengan perkara dunia. Contohnya; orang yang bersedekah dengan harapan di tambahkan rezekinya, atau orang yang solat hajat sambil berhajat agar Allah memberikan jodoh yang baik atau supaya dapat lulus pereksa dengan cemerlang. atau membaca al-Quran dengan harapan disembuhkan penyakit. Dia tidak salah dalam beramal kerana dia masih melakukan amalan kerana Allah cuma ganjaran yang di harapkan ialah yang berkaitan dengan hal ehwal dunia.
Begitulah kelas/martabat orang yang ikhlas. Agak-agak ikhlas kita di kelas berapa? Mungkinkah sudah di kelas pertama atau masih di kelas ke tiga? atau kedua? Walaubagaimana pun kita masih boleh berusaha agar ikhlas kita dapat di naikkan dan kekal di kelas pertama.
Saturday, October 22, 2011
Kita jangan kedekut
The more we give, the more we get.
Oleh itu kita jangan kedekut! Pemurah tak semestinya dengan wang ringgit. Kita boleh jadi pemurah dengan tenaga, dengan masa kita, dengan kata-kata baik, dengan senyuman. Dengan tenaga, jangan kedekut membantu, jangan kedekut meluangkan masa apabila kita di minta, hatta kita di anjurkan agar jangan kedekut untuk memberikan kata-kata yang baik, paling senang, jangan kedekut memberikan senyuman!
Salam adalah doa. Dan doa termasuk kata-kata yang baik. Kita jangan kedekut untuk memberi salam. (Teringat semasa aktif buat MLM dahulu, leader saya mengajar; cuba kita apabila masuk lif, kita senyum dan bagi salam. Mesti kita akan “feel good”).
Dengan sedikit ungkapan salam, kita akan dibalas dengan pahala oleh Allah swt – kita mendapat pahala sunat. Allah mengajar lagi. Mereka yang di doakan (diberi salam) jangan pula kedekut untuk mendoakan kembali orang yang telah mendoakan kita sebab itu menjawab salam menjadi waaajib!
Secara halus, Islam mengajar kita tidak kedekut dalam memberi doa sebabnya kita akan mendapat lagi banyak doa. Antara adab-adab memberi dan menjawab salam ialah orang yang menjawab salam di sunatkan menjawab dengan doa yang lebih panjang. Contohnya, sekiranya ada org memberikan salam dengan lafaz “ السلام عليكم” sejahteralah ke atas kamu, kita mendapat pahala extra sekiranya kita menjawab dengan ungkapan doa yang lebih panjang iaitu “ و عليكم السلام و رحمة الله” sejahtera dan rahmat Allah ke atas kamu. Apabila orang memberi salam “ السلام عليكم و رحمة الله” kita jangan kedekut menjawab “ و عليكم السلام و رحمة الله و بركاته” . apa yang akan kita berikan sekiranya orang memberi salam dengan lafaz yang penuh السلام عليكم و رحمة الله و بركاته ? Kita jawab " عليك- 'alaika/'alaiki" yang bermaksud "demikian juga atas kamu". Jangan kedekut mendoakan kembali orang yang telah mendoakan kita. Di sudut yang lain, yang memberi salam, akan mendapat salam/ doa yang lebih banyak. Lihat di sini ada undang-undang “The more you give, the more you get”.
Orang yang tiada berharta juga masih berpeluang mengutip pahala sekiranya dia tidak kedekut memberi senyuman. Bertuah anak saudara saya Amni Nadirah, mempunyai bibir yang sentiasa senyum. Dan saya masih lagi belajar untuk menjadi pemurah dengan senyuman. Saya juga suka dengan kata-kata.… SENYUM ITU BERJANGKIT… SENYUM!!!

Wednesday, October 12, 2011
Saya insaf...
Dalam perjalanan balik dari kerja sebentar tadi, saya menalipon kenalan saya Kak Mas. Memang sudah menjadi tabiat saya untuk membuat panggilan talipon ketika sedang memandu (pastikan menggunakan ‘hands free’ ya!). Kakak yang saya panggil Kak Mas ini amat saya kagumi semenjak saya mula mengenalinya ketika sama-sama pergi menunaikan haji 2 tahun lalu.
Kak Mas adalah rakan shopping saya semasa di Madinah. Kami mula berkenalan di luar masjid Nabi, ketika kami ditinggalkan kerana tidak dapat memasuki kawasan masjid kerana ‘uzur bulanan.’ Mula kenal, saya terus jatuh hati kepada Kak Mas. Pertama, kerana peribadinya yang sentiasa ketawa apabila bertutur menyebabkan hati saya cukup senang dan ceria apabila bersamanya, dan kedua kerana Kak Mas boleh menjadi rakan shopping saya yang akrab ketika itu…hehehe.. (gambar Kak Mas di wall saya)
Setelah meninggalkan Madinah, dan kami masuk ke Mekah, barulah saya lebih tahu tentang diri Kak Mas. Ketika kami semua rancak meniti hari-hari penuh barokah di tanah kelahiran Nabi, rupa-rupanya Kak Mas melalui hari-hari beliau dengan penuh ketabahan dan kesabaran. Kenapa? Kerana sepanjang lebihkurang 40hari kami di Mekah, Kak Mas diuji Allah dengan darah penyakit yang tidak berhenti.
Perbualan kami hari ini menambah lagi kekaguman saya terhadap wanita istimewa ini. Perbualan kami lebihkurang berikut;
Saya: Assalamualaikum Kanda…
KMas: Waalaikumsalam Rahibah (ketawa) Rahibah sehat ke??
Saya : Saya sehat Alhamdulillah… KMas macam mana?
KMas : Akak macam tuu la…sepatutnya akak kena operate ni tapi akak minta tangguh. Hari tu, kata nak tunggu cucu besar, ni cucu dah besar, dah nak keluar cucu baru lagi (ketawa)
Saya: (Ketawa). Ha..macam tu la, nak tunggu cucu besar tup tup cucu baru nak muncul pulak.
KMas: (Ketawa) Rahibah dapat tak mesej akak hantar hari tu? Masa akak nampak gambar Rahibah dalam majalah Anis tu akak on the way ke Puchong (KMas tinggal di Perak, dan datang ke Puchong rumah anaknya apabila KMas ada check up utk penyakit yg dihidapinya).
Saya: Dapat... Sorila tak reply
KMas: Itulah…Akak tak dapat jawapan dari Rahibah, ingat ke dalam pantang ….(ketawa lagi)
Saya: Hihihi…tak de la… Room mate saya masa di Mekah dulu memang dapat baby. Kak Mas ingat tak Dila yang pegi haji dengan suami dan mak mertua dia tu?
KMas: Yang duduk Bangi tu ye?
Saya: A a…Dia 13tahun kawin tak dapat baby, aleh aleh 6 bulan balik Haji, terus pregnant. Rezeki Allah nak bagi senang je…. Sekarang dah setahun lebih dah baby dia. Baby girl. Comel. Kak Mas apa citer? Macamana sakit Kak Mas tu
KMas: Macam tu la Rahibah…. Doktor suruh operate, tapi suami Akak tak bagi
Saya: Habis, KMas tak operate tak apa ke? Darah masih keluar terus lagi ke?
KMas: Akak makan ubat la sekarang ni. Makan pil perancang. Kalau tak makan pil tu susah la Rahibah kita nak kira bila masa istihadah bila masa tak, sebab darah keluar tak menentu. Sekurang-kurangnya kalau makan pil perancang ni, darah keluar ikut cycle. Malu jugak Akak bila cakap kat orang Akak makan pil perancang (ketawa)
Saya: Ish….dah umur macam ni pun masih makan pil perancang…
Saya & KMas (sama-sama ketawa gelihati)
Saya: Doktor kata KMas sakit apa sebenarnya?
KMas: Doktor kata rahim bengkak
Saya: Habis kalau rahim bengkak kenapa darah selalu keluar?
KMas: Doktor kata darah tu bertakung diluar rahim, dia dah banyak sangat sebab tu keluar. Darah tu sepatutnya menjadi makanan bayi.
Saya: Sakit tak KMas?
KMas: Saakit Rahibah, masa mula dan sepanjang period tu. Kalau 10 hari, 10 harilah sakit. Macam nak bersalin. Doktor suruh KMas rehat. Jangan stress. Tu yang KMas ketawa je ni…(ketawa).
Saya: KMas tak ada pergi rawatan alternatif ke? Kan sekarang ni macam-macam ada. Yang guna ayat Quran macam yg Ashraf Muslim tu ke..
KMas: Ada…Akak pergi Darul Syifa’. Homopati pun Akak ambik. Kat Asyraf Muslim tu pun Akak pegi. Ustaz Lokman tu kata banyak jin la pulak.. Heran Akak macamana jin tu buleh duduk kat situ, Akak selalu baca Kuran. Tak pernah miss baca Kuran pun masih banyak jin.
Saya: Hahaha…..bukan setakat baca Kuran, minum air zam-zam sambil baca Kuran lagi!
Saya & KMas: (Ketawa)
KMas: Suami akak tak bagi akak operate. Dia takut. ..Kita ni Rahibah, apa jua keadaan pun kita sebagai isteri kena redha pada suami. Kalau sesuatu terjadi pada Akak sebelum operate, Akak redha kerana ikut kata suami. Kalau kita sehat pun, suami tak redha pun tak guna juga. Sebanyak mana amalan Akak pun, kalau suami tak redha di mana tempat Akak di sisiNya. Itulah yang menjadi kekuatan Akak.
Terkedu….saya insaf

Monday, October 10, 2011
Raudhah bukan hanya di Madinah
Musim haji menjelang lagi. Kala ini dimaklumkan kumpulan KT1 telah masuk ke Mekah mulai semalam, manakala kumpulan-kumpulan jamaah dari KT-KT seterusnya makin ramai yang tiba ke Madinah. Yang telah melewati Madinah, pastinya mereka ke Mekah dengan memori indah Madinah. Yang masih di Madinah, mereka sedang asyik mengutip pahala ibadat serta mengambil barokah berdoa di tempat-tempat mustajab, manakala yang belum tiba tertunggu-tunggu dengan penuh teruja.
Antara tempat mustajab doa di Madinah ialah di Raudhah. Berdasarkan hadis Nabi s.a.w bahawa “Diantara rumahku dan mimbarku adalah sebahagian Taman Syurga”- (Muttafaq ‘Allaih). Para jamaah pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk hadir dan bersolat di Taman Syurga yang Allah sediakan di dunia ini.
Kawasan Raudhah amat kecil, hanya seluas 22x15m shj. Kawasan Raudhah ini di bezakan dengan warna karpet hijau. Bagi jamaah wanita ada jadual waktu untuk masuk bersolat di sana. Kekangan waktu dan keluasan yang terbatas ini menjadikan kawasan Raudhah sebagai tempat ujian kesabaran para jamaah. Tidak hairanlah cerita-cerita perebutan, penindihan dan langkah-melangkah ketika sedang sujud sering kedengaran. Manusia berebut-rebut, bertolakan untuk masuk ke Taman Syurga ini.
Sebenarnya SEMUA dari kita boleh hadir ke Raudhah tanpa perlu ke Madinah. Mana mungkin Allah Yang Maha Adil menjadikan Raudhah itu milik segolongan orang sahaja? Bagaimana pula dengan mereka yang belum berpeluang menjejakkan kaki ke Madinah?
Bukankah Nabi kita ada bersabda:
Dari Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, "Apabila kamu melintasi taman-taman syurga hendaklah kamu berhenti singgah" Para sahabat bertanya:"Apakah itu taman-taman syurga?"Jawab baginda:"Majlis Zikir." (Riwayat at-Tirmidzi)
Ayuh kita penuhi Raudhah Allah. Raudhah yang ini ada di mana-mana. Majlis ilmu dan majlis zikir ada di mana-mana. Berdoa semasa di majlis ilmu juga merupakan detik berdoa yang mustajab kerana semasa kita berada di majlis ilmu, turut bersama dengan kita adalah para malaikat. Para malaikat ini akan mengaminkan doa kita dan membawa doa kita untuk dipersembahkan kepada Allah.
Menghairankan kiranya kita hanya berlalu pergi melewati majlis ilmu tetapi berebut-rebut ketika berada di Masjid Nabi dengan alasan mengambil tempat bersolat serta memohon doa di Raudhah. Kita tidak perlu menunggu ke Madinah untuk berdoa di Raudhah kerana Raudhah itu sebenarnya berada dekat dengan kita.
Subscribe to:
Posts (Atom)