AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Tuesday, October 12, 2010

Dari Nya kita datang....

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).” (Surah Al-Mu’min : 67)

Semalam saya menziarahi 2 rakan lama saya. Rakan 1 ialah rakan yang sama-sama menjual rumah di Tmn Tun. Rakan ke2 ialah rakan sekampus yang telah terputus hubungan sejak 1993!

Saya tiba di rumah rakan 1 saya di sambut oleh kakak iparnya. Rupa-rupanya bapa mertuanya tinggal bersamanya. Bapa mertua rakan saya sudahpun menjangkau umur 100thn lebih. Masih boleh berjalan-jalan dgn bertongkat dan dipimpin. Ingatannya sesekali nyanyuk. Orang tua ini bertuah, punya anak-anak yang ramai yang dengan penuh taat dan dedikasi bergilir-gilir datang menjaganya. Setiap seorang akan datang selama 6 jam mengikut giliran utk menjaga dan memenuhi keperluan si ayah. Ketika saya datang itu, kakak ipar rakan saya akan berada dirumah itu sehingga jam 6ptg nanti. Jam 6 petang anak yang lain pula akan datang berjaga sehingga jam 12mlm. Kalau giliran jatuh masa tengahmalam, mereka akan bermalam dirumah rakan saya sehingga di ambil alih oleh anak giliran seterusnya keesokan harinya. Ayah tua ini bertuah..

Rakan ke2 saya ziarahi apabila mendapat berita kembalinya anak beliau ke Rahmatullah. Anaknya bernama Ahmad Yasin kembali ketika umurnya 4 tahun, satu peringkat umur yang penuh dengan keletah-keletah lucu, rajin dan menghiburkan sesiapa sahaja. Dugaan buat seorang ibu. Perginya Ahmad Yasin sedikit diubat dengan kehadiran adiknya Ahmad Yasir yang baru berumur 30hari. Kawan saya menyatakan "Allah memberi ujian kehilangan dengan cara 'very mild'". Walaupun redha atas kehilangan, beliau masih memerlukan kata sokongan dan kehadiran rakan-rakan amat dialukan.

No comments:

Post a Comment