Sudah lama tidak bertemu Opah. Opah jiran saya tinggal selang 3 blok dari blok Apartmen saya tinggal. Walaupun sakit akibat tergelincir tempohari masih belum pulih sepenuhnya, becok Opah masih tetap sama :D
Cerita Opah, ada pencuri kopak grill dan masuk rumah jirannya waktu siang hari. Waktu cerah ketika penghuninya keluar bekerja.
Cerita pencuri masuk disiang hari waktu orang ramai pergi bekerja, atau disiang hari waktu hujan lebat di kawasan Apartment saya tinggal ini ada beberapa kali saya dengar. Sebab cerita-cerita ini jugalah sedikit sebanyak mengundang rasa 'seram sejuk' apabila tukang grill dapur saya menyatakan bahawa beliau terpaksa mencabut grill dapur saya, membawanya ke kilang dan untuk beberapa hari membiarkan dapur saya tidak bergrill sehinggalah beliau membawa grill baru untuk dipasang.
Apartmen saya ditingkat 1, rumah bawah kosong setelah penyewanya pindah beberapa hari lalu. Tiada pintu memisahkan ruang dapur dan ruang tamu. Lojik akal, dapur tidak bergrill dan amat 'inviting' bagi sesiapa yang berniat jahat.
2 malam tidur saya tak lena. Sementelah pula suami saya ketika itu sudah pun berangkat ke Jedah atas urusan kerja dan saya tinggal sendirian. Malam pertama, saya pasang lampu diruang tamu dan pasang TV hingga ke pagi. Ketika saya sedang menunaikan solat malam di malam kedua, saya terdengar suara orang dekat kawasan dapur saya. Hati saya berdegup kencang. Bermacam-macam gambar cerita rekaan datang... Saya berhenti solat sunat saya itu dan pergi memasang bacaan Al-Quran, biar orang tahu penghuni rumah ini sudah jaga.
Alhamdulillah Allah menjaga saya dan hartabenda saya. Berkat zikir-zikir dan kunci PALING ampuh; bacaan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, tiada apa yang berlaku sehinggalah grill baru di pasang 3 hari kemudian. Fuhhh...Lega...Alhamdulillah...
No comments:
Post a Comment