AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan datang lagi

Entah kenapa tiba-tiba saja semasa saya menaip posting ini hati saya menjadi begitu sayu dan sentimental. Sayu dan sentimental mengingati KEMURAHAN ALLAH YANG MAHA MENGETAHUI keadaan hambaNya
Mengimbau kembali Ramadhan di tahun lepas....
Beberapa bulan sebelum itu, saya tidak banyak dapat close sales. Bayangkan untuk beberapa bulan saya hanya dapat closing untuk sewa sahaja yang jumlahnya hanya sekitar RM1,000 hingga RM2,000 sahaja. Dengan jumlah pendapatan yang sedikit itu saya terpaksa korek akaun simpanan saya untuk menjelaskan komitmen bulanan saya seperti bayaran ansuran kereta, ansuran rumah, bayaran tetap insuran, serta duit belanja bulanan. Baki akaun simpanan tinggal hanya RM20 shj. Tiada orang yang tahu kesempitan saya ketika itu.

Tetapi Ramadhan memberi saya rezeki yang tidak saya sangka. Dibulan yang penuh barakah itu saya close 2 sale dengan cukup mudah! hanya dengan 2 kali tunjuk, pelanggan saya confirm beli 2 apartment. Satu sale saya dapat close di awal Ramadan. Satu lagi sale lewat Ramadan. Saya masih ingat lagi saya beserta suami berjumpa pelanggan selepas solat Aidil Fitri untuk sain Letter Offer mengesahkan persetujuan untuk jual rumah sebagaimana ditawarkan pembeli. Selepas jumpa owner, kami terus memandu balik ke kampung untuk menyambut Hari Raya.

Komisen utk sale pertama saya dapat di awal Oktober. Komisen sekitar RM9,000 saya gunakan untuk menjelaskan segala hutang-hutang tertunggak. Sedikit baki saya bawa utk belanja di Madinah. Komisen sale kedua hanya saya dapat setelah saya berangkat ke Mekah. Suami saya membantu untuk bank in ke Al-Rajhi untuk membolehkan saya membuat pengeluaran semasa di sana.
Setelah saya berada di Madinah/Mekah saya menyedari Allah menyediakan duit belanja kepada saya. Allah memberikan saya kecukupan berbelanja; 2 sale yang cukup mudah dalam masa yang singkat dan dengan jumlah komisen yang agak lumayan! 2 sale tersebut membolehkan saya berbelanja di Tanah Suci. Terima Kasih Ya Allah atas kurnia Mu, atas rezeki Mu hamba dapat berbelanja dengan rasa tenang.

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
Demi waktu Dhuha
dan demi malam apabila telah sunyi
Tuhan kamu tidak meninggalkan kamu dan tidak pula benci kepada mu
Dan sesungguhnya akhir itu lebih baik bagimu dari permulaan
Dan kelak Tuhan mu pasti memberikan kurniaNya kepada mu lalu hati kamu menjadi puas
Bukankan Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu?
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk?
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberimu kecukupan
Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang-wenang
Dan terhadap orang yang meminta maka janganlah kamu menghardiknya
Dan terhadap ni'mat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur)

surah Al-Dhuha

No comments:

Post a Comment