Kirim salam Bandung? Bandung kirim salam? huhuhu....saya sepatutnya masa ini sedang liburan di Rumah Ebo http://rumahebo.wordpress.com/ tapi Allah mentakdirkan saya disini liburan di rumah sendiri...
Semalam dan 2 hari lepas saya begitu sibuk surf internet, mencari tempat penginapan yang sesuai di Bandung. Sebelum ini saya serahkan tugas tersebut kepada kawan saya tapi beliau terpaksa membatalkan perjalanan disaat akhir kerana company ada big event dan beliau tak dapat cuti. Memandangkan nanti saya akan pergi sendirian, saya kena buat aturcara sendiri. Setelah menghabiskan berjam-jam dihadapan komputer, saya keluar dengan rangka perjalanan seperti berikut;
Day1: 4pm tiba di Bandung---> cek in di Rumah Ebo --> berjalan-jalan di sekitar FO
Day2: pagi-pagi akan ke Pasar Baru--> jamu mata serta berbelanja. Berjumpa Oke selepas Zohor untuk ke kedai beliau.
Day3: sambung libur, seterusnya cek out Hotel untuk ke Pesantren. Cek in di Pesantren dan terus mengikuti aktiviti Pesantren menghayati Ramadhan
Day4: di Pesantren
Day5: bersiap untuk balik ke Malaysia
Buku nota sudah dimasukkan ke beg. Buku tersebut penting kerana nanti saya akan mengutip ilmu-ilmu Pesantren dan merakamkan ke buku tersebut. Sedikit kuih raya juga dibawa bersama, untuk dikongsi dengan ahli Rumah Ebo atau warga pesantren. Al-Matsurat dan sebuah buku agama untuk dibaca sementara menunggu pesawat sudah dimasukkan ke beg sandang. Nombor talipon Ibu Lilis serta bisnes kad Ibu Irma sudah siap saya masukkan dalam dompet. Saya akan hubungi mereka apabila tiba di Bandung nanti. Mengingati mereka berdua saja sudah cukup membuat hati saya berdebar kerinduan manisnya berukhuwah lillah.
Aduh....semuanya 'nampak' sempurna. sehinggalah sejam setengah sebelum berlepas, semasa ingin mengambil barisan untuk cek-in di kaunter MAS baru saya sedari dokumen paling penting tidak bersama saya. Passport!!! Macamana saya boleh alpa dokumen penting itu! Suami saya baru meninggalkan KLIA dan akan mengambil masa 45min untuk tiba di rumah.45min lagi untuk beliau berpatah balik ke KLIA. Tak ada harapan....suami saya tiba semula di airport beserta passport tepat jam 130!!!
Sepanjang perjalanan balik, kami berkira-kira hikmah yang Allah sembunyikan. Saya bermuhasabah.
Suami pula menceritakan sebuah kisah; seorang warga Mesir sepatutnya menaiki pesawat untuk ke satu destinasi. malam sebelum itu sang isteri bermimpi pesawat yang akan dinaiki suaminya itu jatuh terhempas. terkejut dengan mimpi tersebut sang isteri bingkas bangun dari tidur dan menyembunyikan passport sang suami. Keesokannya sang suami bersiap untuk berangkat, passportnya tidak ditemui. Puas mencari dimerata tempat sehinggalah beliau ketinggalan pesawat. Kehampaan kerana tidak dapat ketempat yang ingin dituju, sang suami masuk tidur. Sementara itu si isteri membuka TV. Berita mengejutkan! Pesawat yang sepatutnya suaminya naiki itu benar-benar terhempas!!! Si isteri masuk kebilik untuk menyampaikan berita tersebut kepada suaminya. Kali ini beliau terkejut lagi. Suaminya meninggal dalam tidur, dikamar mereka pada waktu yang sama pesawat terhempas!
Kita merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik Perancang. Kepercayaan kuat... Ada rahsia Allah menanti, dan insya Allah suatu yang lebih baik...Look forward to see what Allah prepared for me for the next 4 days.
Assalamu'alaikum wr wb
ReplyDeleteSubhanallah...bu rahibah bagus sekali blog nya
saya faham, pasti ada hikmah besar dibalik ini semua.
walau sebetulnya ingin sekali bertemu, saya sudah ijin suami untuk menemani anti selama di bandung/ jakarta utk bertemu akhwat disini. tidak apa insya Allah kita akan bertemu.
bila sudah ada kesempatan dan memerlukan bantuan apapun silahkan menghubungi saya.
uhibbuki fillah, salam buat akhwat disana. wassalam
Hadis riwayat Al-Bukhari: 3 perkara sekiranya ada sesorang padanya ia akan mendapat kemanisan iman. Pertama TIADA YANG LEBIH DICINTAI MELEBIHI ALLAH DAN RASULULLAH. Kedua, MENGASIHI SAHABAT KERANA ALLAH. Ketiga, MEMBENCI KEKUFURAN SEPERTI DIA MEMBENCI SEKSAAN NERAKA.
ReplyDeleteuhibbukillazi ahbabtini lahu.
Nanti saya ke sana, saya akan maklumkan pada Bu Irma ya..Insya Allah kita akan bertemu lagi. Tunggu ya!