AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Friday, June 25, 2010

Mana nak letak duit?

Ansuran kereta dah selesai. Lega rasanya. Kalau tak, tiap bulan nak kena peruntukan sekurang2 RM1200 utk bayar ansuran kereta. dah habis bayar ansuran ni, sepatutnya duit RM1200 ni jadi duit extra. Kemana nak disalurkan duit extra ni?

Beberapa pilihan....
Menabung. Kat mana? FD? TH?Unit Trust?....no no...return not attractive enough!
teringat pasaran saham.....RM1200 sudah boleh diguna buat melabur di Bursa. pilih saham 'blue chips', simpan untuk jangkamasa panjang. kecairan mudah, tapi masih risky. Hmm... :-(
Tercari-cari pelaburan yang boleh memberi pulangan semaksima mungkin, tanpa risiko, tanpa kerugian. Ada ke?
Ada! Antaranya...
1. Bantu kenalan/saudara yang tidak berkemampuan untuk umrah/haji. Kita dah mengembirakan saudara kita, mereka dapat buat umrah/haji. mereka dapat pahala, kita juga boleh dapat pahala. Tak rugi!
2. Menyalurkan sumbangan bulanan untuk Tabung Anak Yatim Palestin. Ansuran setiap bulan hanyalah USD50. AQSA SYARIF BERHAD membantu menyalurkan sumbangan. menjadi sedeqah kepada anak yatim. Malah orang yang sayang pada anak yatim akan berada dekat dengan Nabi. Tak rugi!
3. Bantu kenalan miskin membiayai bayaran pembelajaran anak mereka. Dapat meringankan beban mereka, anak-anak dapat belajar menimba ilmu. Ilmu yang bermanfaat yang diprolehi dan diamalkan berkat bantuan kita boleh membantu kita apabila kita mati. Tak rugi!
4. Sponsor bil letrik/air di masjid atau surau. Mudah2an menjadi penerang dan penyaman semasa di kubur. Tak rugi!
Ada lagi cadangan lain???

No comments:

Post a Comment