Sudah
beberapa bulan saya makan nasi beras perang. Kononnya nak kurangkan pengambilan
karbo. Entah lah berkesan ke tidak.
Beras
perang ni rasa nya ‘semacam’ sikit. Ala-ala gandum, barli gitew.
Kalau
makan dengan lauk biasa, amat lah tidak menyelerakan. Kuah dia ‘ttok ppalit’ bahasa
oghe klate. Tak boleh nak pikir bahasa oghe luar. Sememangnya bahasa Kelantan
adalah bahasa yang sungguh kaya! Hari ni tak mahu cerita tentang bahasa, jadi
kita ke tajuk resipi beras perang ni semula…
Memandangkan
nasi beras perang ni tak berapa sedap untuk di makan dengan lauk pauk (bagi
saya la…), saya lebih suka masak beras perang ni ala bubur.
Selain
itu, saya suka juga masak cara ‘gratin’
**
saya kenal gratin ni masa saya belajar di Jepun dulu.
Tak
tahu lah cara gratin ni kena atau tidak dengan selera orang Malaysia, tapi
bulan lepas saya bawa ke usrah, dan ahli usrah saya pakat minta resepi. So kira
‘boleh di terima’ lah yer.
Resepinya
mudah saja…
Nasi
beras perang (atau macaroni) – masak
Bahan
untuk buat white sause
225g
udang
1 biji
bawang besar di potong kiub
4 sudu
besar mentega
4 sudu
besar gandum
2 1/2
cawan (600ml) susu
Garam secukup
rasa
Lada hitam
mozzarella
cheese
Cara:
Panas
kan butter dengan bawang
Goreng
bawang hingga lembut
Masukkan
gandum – biarkan gandum masak buat seketika (kalau gandum tak masak, nanti rasa
berhampas)
Masukkan
susu. Kacau jangan sampai berketul
Masukkan
udang – kacau sampai masak
Masukkan
nasi / macaroni
Angkat
dan tabur dengan cheese sebelum di bakar
Kalau
nak tengok video,boleh klik link ini
Ada
beza sedikit bahannya.
Saya
lebih suka guna udang sebab nanti dapat rasa manis udang. Dan saya lebih suka
guna black pepper.
Steps
masakannya juga sedikit beza.
Saya
masak bawang yang di hiris kiub, sekali dengan butter.
Apapun
buat lah mana yang mudah.
Hasilnya
sama saja.
Selamat
mencuba!
My name is Mrs.Aisha Mohamed, am a Citizen Of Qatar.Have you been looking for a loan?Do you need an urgent personal loan or business loan?contact Dr James Eric Finance Home he help me with a loan of $42,000 some days ago after been scammed of $2,800 from a woman claiming to been a loan lender but i thank God today that i got my loan worth $42,000.Feel free to contact the company for a genuine financial service. Email:(financialserviceoffer876@gmail.com) call/whats-App Contact Number +918929509036
ReplyDelete