Hari
ni saya nak belanja resepi brownies yang sangat mudah dan sedap.
Kenapa
saya panggil brownies basuh pinggan sebab cepatnya siap brownies secepat
selesai basuh pinggan. Hehehe….
Saya
ni bukannya suka sangat nak masak. Tapi bila kempunan nak makan brownies datang
secara tetiba ni, saya boleh buat brownies ni dengan cepat.
Resepi
ini telah saya ubahsuai dari resepi asal.
Saya
dah buat beberapa kali guna resepi ini dah hasilnya konsisten dan memuaskan so,
saya pikir, ok lah saya kongsi di sini.
Kot-kot
ada pembaca yg spesis macam saya yg suka masak cepat-cepat tak mo remeh-remeh,
boleh lah gunapakai resipi ini.
Sebelum
mula basuh pinggan, sediakan bahan-bahan utk buat brownies ini
Bahan-bahannya:
Cara cairkan coklat |
2 biji
telur )
½
cawan minyak sun-flower *** )
½ cawan
gula perang )
1 sudu
besar esen vanilla )
2/3
cawan tepung gandum )
1 sudu
kecil baking powder )
4 sudu
besar koko powder )
5 oz
coklat (saya guna brand Beryl’s) --- cairkan
Walnut
– potong2 kecil
Cara:
1. Telur, minyak, gula
dan esen vanilla di campur sekali. Pukul hingga sebati. Kalu guna mixer, tak
perlu pukul lama sangat.
Kalau malas nak keluar mixer dari gobok, atau
kalau tak ada mixer, boleh je kacau cara manual - mudah kan?
2.
Bila bahan dah sebati, masukkan bahan kering yang telah di ayak (gandum,
baking powder dan serbuk koko)
3.
Masukkan coklat cair
4.
Masukkan walnut
5.
Kacau rata
6.
Sedia utk bakar
7.
Masukkan dalam oven kepanasan 180’ selama lebihkurang 30min
Dah
masuk bancuhan tu, maka boleh la mula basuh pinggan.
By the
time pinggan siap basuh, , sempat relek sekejap, brownies pun siap. Biarkan
sejuk dan bolehlah di hidangkan utk minum teh ala-ala orang putih.
credit hand painted pot by artist Sza |
*** saya suka campurkan mentega yg telah di cairkan dgn minyak sun-flower ni.
Kalau tak ada minyak sun-flower, boleh je guna minyak masak seri murni ke apa. Tapi kena campur dengan mentega cair lah.
No comments:
Post a Comment