AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Saturday, December 31, 2016

Letih

Semalam letih benar rasanya. Macam sayur.
Tak tahu lah kenapa.
Adakah sebab jaulah kemarin (saya dpt tempat ke 3 acara serang belon, tau! berpeluh-peluh bergelut dengan orang muda :-P)? atau sebab urusan 2 acara yang berturutan di hujung minggu ini, atau sebab apa....saya pun tak tahu. Letih sangat rasanya.

Kalau dengar dek Prof Muhaya, mesti beliau dah kata saya mesti fokus perkara positif. Badan kita akan bertindak mengikut fikiran kita.... tapi dah x leh nak fokus positif prof, dah letih. Biar lah saya rehat..
Saya masih belum dapat samapai ketahap 'pejuang' yang berkata...dunia ini tempat berpenat lelah, akhirat adalah tempat berehat!


Saya sebenarnya amat kagum dengan mereka2 yang punyi keluarga, punya anak, punya suami tetapi masih ligat ke sana kemari buat kerja amal.
Saya kagum melihat mereka yang lebih berusia dari saya, dengan penuh semangat, turun padang sampaikan bantuan untuk orang-orang susah. paling tidak pun melihat Opah yang tidak pernah miss turun dari tkt 4 menyeberangi beberapa blok dan taman utk ke surau.

Ingin saya berkongsi catatan yang saya ambil dari slot Islam itu Indah, oleh Ustz Pahrol

Hati yang letih
Macamana boleh kita tahu hati kita letih?
Iaitu bila berbuat taat tidak terasa manis, bila buat dosa tidak terasa berdosa
Hati yang letih tidak mampu melakukn ketaatan wpun jasadnya sehat atau harta banyak

Di katakan, "Jarak antara masjid dan rumah bukan di tentukn kaki tapi di tentukn hati". Bila hati sudah letih, masjid di depan rumah pun tak dapat pergi, tapi bila hati kuat, sanggup bersusah payang start motor walaupun masjid jauh dari rumah.
(rumah saya betul-betul atas surau, tapi saya jarang turun surau sebab saya perempuan....alasan!)

Kenapa jadi letih? Bila hati jadi lemah.
Kenapa hati jadi lemah?
1. Bila kita jauh dari Allah yg Maha Kuat
2. Bila hati kotor - sbb dosa

Ubat hati yang letih
Bagaimana nak hati kembali segar? Apa ubatnya?
1. Kembali kpd Allah - taubat
2. Bersihkn hati - dgn istighfar
Hud:52

Berterusan istighfar supaya dosa dpt di bersihkan.
Taubat & istighfar ini kerja setiap masa setiap ketika. 
Tanda hati sudah segar
1. Mampu bakar jambatan yg mengundang kpd dosa - kawan yg jahat, aktiviti dosa, waktu kesepian
2. Sudah ada peningkatan dlm amalan soleh
3. Rindu utk solat
4. Tidak boleh berpisah dgn al-quran
5. Ringan utk bersedekah
6. Senang bersilatur-rahim
7. Semakin serius dgn ilmu - mampu melapangkn masa utk ilmu - ada jadual utk hadir majlis ilmu - catit 
8. Tidak memandang dosa sbgai kecil - kpd siapa kita berdosa
9. Sentiasa mengekalkn rasa berdosa - sentiasa menangis pikirkn dosa - takut - terus menerus bertaubat
 
Apa beza mohon istighfar dan taubat
Istighfar - mohon ampun - org lain pun boleh mohon ampun utk kita
Taubat - ada syarat2nya... menyesal - berazam tak mahu buat lagi - beramal soleh

Dekatkn hati dgn
1. Al-Quran
2. Mengingati mati
3.Qiamullail
 
Sbb apa hati terluka;
Kerana dunia
Kerana manusia
Mcmana nak ubat? Belajar mencintai Allah 

Selain perbaharui azam, baharu kan juga taubat kita.
 Azam 2017
1. Kenalpasti apa dosa2 kita -- tinggalkn!
2. Perbaiki hablun minallah eg solat awal waktu
3. Perbaiki hablun minannas  eg lebih compassionate
 
Semua perancangan kita tidak akan terlaksana kecuali dgn pertolongan Allah. 
 
Saya doa kan agar Ustaz Pahrol juga sehat dan dapat terus menyentuh hati-hati kami dengan kata2 beliau yang lunak dan metafora-metafora yang indah itu. 
 
Selamat Menyambut Tahun Baru.
Moga kita mampu menjadikan hidup kita lebih bermanfaat di tahun ini. Ameen
Antara azam tahun baru...istighfar sekurang-kurangnya 100 kali sehari. Sebelum ni dah letak azam ni, tapi masih kantoi :-P. Moga tahun ini dapat istiqamah



Saturday, November 26, 2016

Brown Rice Gratin



Sudah beberapa bulan saya makan nasi beras perang. Kononnya nak kurangkan pengambilan karbo. Entah lah berkesan ke tidak.

Beras perang ni rasa nya ‘semacam’ sikit. Ala-ala gandum, barli gitew.
Kalau makan dengan lauk biasa, amat lah tidak menyelerakan. Kuah dia ‘ttok ppalit’ bahasa oghe klate. Tak boleh nak pikir bahasa oghe luar. Sememangnya bahasa Kelantan adalah bahasa yang sungguh kaya! Hari ni tak mahu cerita tentang bahasa, jadi kita ke tajuk resipi beras perang ni semula…

Memandangkan nasi beras perang ni tak berapa sedap untuk di makan dengan lauk pauk (bagi saya la…), saya lebih suka masak beras perang ni ala bubur.

Selain itu, saya suka juga masak cara ‘gratin’
** saya kenal gratin ni masa saya belajar di Jepun dulu.

Tak tahu lah cara gratin ni kena atau tidak dengan selera orang Malaysia, tapi bulan lepas saya bawa ke usrah, dan ahli usrah saya pakat minta resepi. So kira ‘boleh di terima’ lah yer.

Resepinya mudah saja…

Nasi beras perang (atau macaroni) – masak

Bahan untuk buat white sause
225g udang
1 biji bawang besar di potong kiub
4 sudu besar mentega
4 sudu besar gandum
2 1/2 cawan (600ml) susu
Garam secukup rasa
Lada hitam
mozzarella cheese

Cara:
Panas kan butter dengan bawang
Goreng bawang hingga lembut
Masukkan gandum – biarkan gandum masak buat seketika (kalau gandum tak masak, nanti rasa berhampas)
Masukkan susu. Kacau jangan sampai berketul
Masukkan udang – kacau sampai masak
Masukkan nasi / macaroni
Angkat dan tabur dengan cheese sebelum di bakar

Kalau nak tengok video,boleh klik link ini

Ada beza sedikit bahannya.
Saya lebih suka guna udang sebab nanti dapat rasa manis udang. Dan saya lebih suka guna black pepper.
Steps masakannya juga sedikit beza.
Saya masak bawang yang di hiris kiub, sekali dengan butter.
Apapun buat lah mana yang mudah.
Hasilnya sama saja.

Selamat mencuba!
sebelah kiri saya bubuh cheese dlm nasi. Kanan atas nasi

Thursday, October 20, 2016

Brownies basuh pinggan



Hari ni saya nak belanja resepi brownies yang sangat mudah dan sedap.

Kenapa saya panggil brownies basuh pinggan sebab cepatnya siap brownies secepat selesai basuh pinggan. Hehehe….

Saya ni bukannya suka sangat nak masak. Tapi bila kempunan nak makan brownies datang secara tetiba ni, saya boleh buat brownies ni dengan cepat.

Resepi ini telah saya ubahsuai dari resepi asal.

Saya dah buat beberapa kali guna resepi ini dah hasilnya konsisten dan memuaskan so, saya pikir, ok lah saya kongsi di sini.
Kot-kot ada pembaca yg spesis macam saya yg suka masak cepat-cepat tak mo remeh-remeh, boleh lah gunapakai resipi ini.

Sebelum mula basuh pinggan, sediakan bahan-bahan utk buat brownies ini

Bahan-bahannya:
Cara cairkan coklat
2 biji telur                                                   )             
½ cawan minyak sun-flower   ***               ) 
½ cawan gula perang                                   ) 
1 sudu besar esen vanilla                              )

2/3 cawan tepung gandum                      )
1 sudu kecil baking powder         )
4 sudu besar koko powder          )

5 oz coklat (saya guna brand Beryl’s) --- cairkan

Walnut – potong2 kecil

Cara:
1.       Telur, minyak, gula dan esen vanilla di campur sekali. Pukul hingga sebati. Kalu guna mixer, tak perlu pukul lama sangat.
Kalau malas nak keluar mixer dari gobok, atau kalau tak ada mixer, boleh je kacau cara manual - mudah kan?
2.       Bila bahan dah sebati, masukkan bahan kering yang telah di ayak (gandum, baking powder dan serbuk koko)
3.       Masukkan coklat cair
4.       Masukkan walnut
5.       Kacau rata
6.       Sedia utk bakar
7.       Masukkan dalam oven kepanasan 180’ selama lebihkurang 30min

Dah masuk bancuhan tu, maka boleh la mula basuh pinggan.

By the time pinggan siap basuh, , sempat relek sekejap, brownies pun siap. Biarkan sejuk dan bolehlah di hidangkan utk minum teh ala-ala orang putih.
credit hand painted pot by artist Sza


*** saya suka campurkan mentega yg telah di cairkan dgn minyak sun-flower ni. 
Kalau tak ada minyak sun-flower, boleh je guna minyak masak seri murni ke apa. Tapi kena campur dengan mentega cair lah.

Tuesday, September 27, 2016

Bahagia ada dalam Syukur


Bahagia ada dalam syukur
Rahasia untuk bahagia ada dalam syukur. Ada syukur ada bahagia. Maka, bersyukur lah sentiasa walau dalam apa jua keadaan mu.

Pada mulanya saya kurang ambil perhatian kepada penyampaian Aa Deda ni…. Sebabnya saya kurang suka dengan cara penyampaian beliau yang banyak ketawa.
Trademark  Aa Deda ialah….Halo?
Sedang2 berceramah,  Aa akan pause sambil sebut ‘Halo’ dan peserta akan jawab “Yaa”
Kata Aa, siapa yang tidak punya stress? Semua orang punya stress. Belum punya jodoh….stress.
Sudah punya jodoh? Lantas di jawab peserta….stress!
Suami yg bersyukur umpama akeologist. Beliau  melihat isterinya makin hari makin…? Antik…! jwb peserta. Bukan antik!!! Makin hari makin berharga! Jawab Aa.
Loh! Siapa yang tak akan ketawa bila di soal jawab begini? hahaha
Kadang-kadang entah apa-apa aje ketawa. 
Cerita tentang kentut. Orang yang hidu kentut stress atau syukur? Stresssss!!! Jawab peserta
Jawab Aa, "Harus stress juga harus ada syukur!" 
Stress,sudah pasti lah. Tapi syukur? Iya….syukur sebab hidung masih boleh bau!
Kemudian siap cerita jenis-jenis kentut lagi!!! Adoiiii…Sabor je lah….

Tapi bila lama-lama dengar….dalam ketawa beliau banyak hikmah-hikmah yang boleh kita ambil sampai tak cukup kertas utk saya catat isinya.
Saya terpaksa akur bahawa itu memang gaya beliau…..seorang yang ceria. Berceramah sambil ketawa….tapi ber- ilmu. Yang penting, ada mesej yg boleh kita ambil dan hayati.
 
Point2 dalam tulisan ini saya ambil dari penyampaian Aa Dedar.

1.       Bahagia bukan dengan materi-  Belum tentu orang yang punya rumah besar itu bahagia.
Belum tentu orang yang kaya itu bahagia. Bahagia itu persepsi. Ada orang miskin yang hidupnya lebih bahagia dari orang kaya.

2.       Mengapa orang kurang bersyukur?
i.         Kerana merasa dirinya hebat
ii.        Kerana punya cita-cita terlampau tinggi - selalu merasa tidak cukup. Mahu lagi dan lagi.
iii.      Kerana melihat kepada orang lain – diri sendiri yang sengsara bila salah banding

3.       Bagaimana untuk menjadi ahli syukur? Ada 3 M
i.         M1:  Mengakui semua ne’mat itu kurnia Allah
Antara ne’mat yang wajib kita syukuri ialah;
i.   Allah menjadikan kita manusia
ii.  Iman
iii. Sehat
iv. Kesempatan
ii.        M2: Menampakkan ne’mat yg Allah beri.
Cth: memakai pakaian cantik bila ke masjid
-          Rumah kemas dan bersih krn rumah itu titipan Allah
-          Memuliakan tetamu
-          Banyak berterima kasih
iii.      M3: Mendekatkan kepada Allah
Semua ne’mat yang Allah kurniakan bisa membawa kita dekat kepada Allah
-          Antara ciri orang yg bersyukur ialah; banyak solatnya, banyak zikirnya
-          Orang yang solat akan tenang sebab di tuntun Allah
-          Bila Allah sudah redha, semuanya Allah jamin jadi tidak ada keluh kesah

4.       Tingkat orang beriman ada 3
Sabar à Redha à Syukur
Tingkat paling tinggi adalah syukur. Hatta mendapat musibah juga, dia boleh bersyukur

5.       Bagaimana untuk jadi ahli sabar?
i.         Yakin setiap kejadian adalah izin Allah – hadis ke19 dlm Hadis 40
ii.        Yakin setiap takdir Allah itu baik
iii.      Lihat pahala tanpa batas – pahala buat orang yg bersabar
iv.      Percaya setiap kejadian pasti ada hikmahnya
Semakin bersih hati seorang itu, semakin cepat dia dapat membaca hikmah kejadian
v.       Bersandar kepada Yang Maha Kuat – mustahil Allah menzalimi makhluk ciptaanNya

6.       Bagaimana mahu tahu orang itu success?
i.         Makin hari makin taat kepada Allah
ii.        Makin hari makin banyak memberi manfaat kepada manusia

Ceramah di sudahi dengan doa oleh Aa Deda.
Dan saya lihat, tatkala Aa berdoa, beliau berdoa penuh perasaan, penuh kesungguhan sehingga boleh menitiskan air mata sesiapa sahaja yang mendengar doa beliau. Amat berbeza sekali dengan karakter beliau ketika menyampaikan ceramah.

Semoga Aa di kurniakan kesehatan untuk terus menyebarkan ilmu dan kita dikurniakan upaya untuk menjadi makin taat dan manfaat. Amin