“Cermin mata tertinggal. Tak boleh baca”
“Nak kena tukar multi focal”
“Sakit lutut naik tangga”Antara dendangan biasa mereka yang sudah menjejak 40an.
Kebanyakan dari kita terutamanya para ibu, mengambil ringan tentang kesihatan.
Selagi tak terdampar sakit, atau selagi sakit tak berpanjangan dan kita boleh
tahan, kita akan tahan. Sanggup tak pergi jumpa doktor. Apatah lagi kalau tak
sakit, lagi-lagilah kita tak ambil peduli untuk buat pemeriksaan kesihatan. Anggap saja kita sihat.
Sebulan lepas saya ke Pusat Kesihatan Wanita di Seksyen 7, Shah Alam. Hajatnya untuk
membuat pemeriksaan pep smear. Saya tiba
waktu rehat tengahari jadi kaunter pep
smear tutup. Tempat menunggu pesakit lengang tapi saya di maklumkan ada doktor
yang bertugas. Ambil peluang jumpa doktor dan mendapat sedikit nasihat kesihatan.
Doktor yang peramah. Beliau mencadangkan saya membuat ultra sound dan
me’refer’kan saya ke Vision College untuk tujuan tersebut.
Selepas konsultansi, dan kaunter pep smear di buka semula,
saya di panggil. Sebelum menjalankan pep smear misi membuat pemeriksaan
mamogram. Semua berjalan lancar. Doktor yang peramah, misi yang baik dan
semuanya FOC!
Semalam, saya ke Vision College untuk menjalani ultrasound. Saya
diperiksa oleh seorang pelatih. Proses
mengambil masa selama lebih kurang sejam
dengan dimulakan ultrasound pervik, abdomen, lung, kidney dan tyroid. Saya
merasa bertuah kerana diberi kesempatan masa untuk menjalani pemeriksaan
dalaman yang menyeluruh sebegini, Alhamdulillah. Satu kemudahan yang tidak dapat di ni'mati oleh ramai wanita di dunia ini (antaranya ialah wanita-wanita di Palestin **iklan di bawah** )
Saya amat menyarankan puan-puan kaum wanita untuk pergi
mendapat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali. Sebelum ini saya tidak pernah tahu ada
pemeriksaan menyeluruh yang percuma. Dan saya pasti ramai kaum wanita di luar
sana yang sama tidak tahu seperti saya dan beranggapan kalau nak buat pemeriksaan
menyeluruh kena bayar mahal di hospital/ klinik swasta. Kalau ke hospital
kerajaan perkhidmatannya lembat
(lembab+lambat) . Rupa-rupanya ianya tidak benar. Perkhidmatan di hospital
sudah banyak peningkatan dan pemeriksaan kesihatan seperti ini boleh kita dapat
secara PERCUMA.
Saya sendiri sebenarnya takut nak buat pemeriksaan. Pikir "baik tak payah buat pemeriksaan sebab
kalau buat pemeriksaan, yang tak tahu sakit tiba-tiba dapat tahu ada penyakit,
kan haru." Tapi kan lebih baik kalau kita buat pemeriksaan berkala, dan sekiranya di dapati
ada ‘abnormal’ kita boleh berikhtiar merawat dari awal.
Menu ini di beri oleh kawan saya Suhana yang mengikuti diet
program di sebuah pusat pelangsingan terkemuka di ibu negara. Owh Pn Suhana yang langsing menawan pun masih tekun mengikuti program ini. Saya tak lulus! Kak Leha dari Tmn Tun sering mem’forward’ email kepada saya
dan email dari beliau yang saya terima beberapa hari lepas sangat menarik -
berkenaan kebaikan meminum air halia untuk kesihatan dan kecantikan seperti berikut:
Ginger and
Honey drink:
1. About 10
grams of ginger ground into paste.
2. Put the
ginger paste in a glass.
3. Add
boiling water.
4. Add a
spoonful of honey, mix well.
5. The drink
is suitable for both men and women.
(Cook
crushed ginger slices with brown sugar will have the same effect.)
Drinking
twice daily for two months, the following is a list of proven results according
to some written testimony:
(1) cold
hands and feet syndrome has been improved.
(2) reduce
body weight about 10 kg.
(3) the skin
becomes smoother.
(4) remove
excess fat, waist trimmed.
Whoahaha!!
“reduce body weight about 10kg in 2 months!”. Menarik! Saya mesti beli halia sekarang dan mulakan
CABARAN 10kg 2bulan hari ini! Sapa nak join??!
**iklan**
Saya merayu kepada anda-anda yang membaca blog saya ini untuk menyumbang ke Makan Malam Amal Rose2Rose dengan membeli kerusi dgn harga RM250. Wang kutipan akan di salurkan untuk membina sebuah pusat komuniti wanita di Gaza. Pada malam itu juga Aqsa Sharif akan membawakan seorang wanita dari Gaza, Tahany Ramadhan Abu Jazar, Pengerusi Darul Quran untuk berkongsi harapan dengan kita. Juga seorang kanak-kanak dari Darul Quran yang berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh 2 bulan. Terdapat juga lelongan barangan hasil kerjatangan wanita-wanita Palestin. Selain dari berkongsi ni'mat, semoga kita dapat mengambil semangat wanita Palestin ini yang terus cekal kuat walaupun terpaksa hidup dalam tekanan dan serangan berterusan rejim Zionis.
Yang tak mahu beli kerusi bolehlah membeli lot wakaf dengan harga RM50 se lot. Cepat Cepat! Masih ada waktu!

No comments:
Post a Comment