AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, June 27, 2012

Lagu 40an

“Badan naik senang. Nak turun susah”

“Cermin mata tertinggal. Tak boleh baca”

“Nak kena tukar multi focal”
“Sakit lutut naik tangga”

Antara dendangan biasa mereka yang sudah menjejak 40an. 

Kebanyakan dari kita terutamanya para ibu, mengambil ringan tentang kesihatan. Selagi tak terdampar sakit, atau selagi sakit tak berpanjangan dan kita boleh tahan, kita akan tahan. Sanggup tak pergi jumpa doktor. Apatah lagi kalau tak sakit, lagi-lagilah kita tak ambil peduli untuk buat pemeriksaan kesihatan. Anggap saja kita sihat.
Sebulan lepas saya ke Pusat Kesihatan  Wanita di Seksyen 7, Shah Alam. Hajatnya untuk membuat pemeriksaan pep smear. Saya  tiba waktu rehat tengahari jadi  kaunter pep smear tutup. Tempat menunggu pesakit lengang tapi saya di maklumkan ada doktor yang bertugas. Ambil peluang jumpa doktor dan mendapat sedikit nasihat kesihatan. Doktor yang peramah. Beliau mencadangkan saya membuat ultra sound dan me’refer’kan saya ke Vision  College  untuk tujuan tersebut.
Selepas konsultansi, dan kaunter pep smear di buka semula, saya di panggil. Sebelum menjalankan pep smear misi membuat pemeriksaan mamogram. Semua berjalan lancar. Doktor yang peramah, misi yang baik dan semuanya FOC!
Semalam, saya ke Vision College untuk menjalani ultrasound. Saya diperiksa oleh seorang pelatih. Proses mengambil  masa selama lebih kurang sejam dengan dimulakan ultrasound pervik, abdomen, lung, kidney dan tyroid. Saya merasa bertuah kerana diberi kesempatan masa untuk menjalani pemeriksaan dalaman yang menyeluruh sebegini, Alhamdulillah. Satu kemudahan yang tidak dapat di ni'mati oleh ramai wanita di dunia ini (antaranya ialah wanita-wanita di Palestin **iklan di bawah** )
Saya amat menyarankan puan-puan kaum wanita untuk pergi mendapat pemeriksaan kesihatan sekurang-kurangnya setahun sekali.  Sebelum ini saya tidak pernah tahu ada pemeriksaan menyeluruh yang percuma. Dan saya pasti ramai kaum wanita di luar sana yang sama tidak tahu seperti saya dan beranggapan kalau nak buat pemeriksaan menyeluruh kena bayar mahal di hospital/ klinik swasta. Kalau ke hospital kerajaan perkhidmatannya  lembat (lembab+lambat) . Rupa-rupanya ianya tidak benar. Perkhidmatan di hospital sudah banyak peningkatan dan  pemeriksaan kesihatan seperti ini boleh kita dapat secara PERCUMA.
Saya sendiri sebenarnya takut nak buat pemeriksaan. Pikir "baik tak payah buat pemeriksaan sebab kalau buat pemeriksaan, yang tak tahu sakit tiba-tiba dapat tahu ada penyakit, kan haru." Tapi kan lebih baik kalau kita buat pemeriksaan berkala, dan sekiranya di dapati ada ‘abnormal’ kita boleh berikhtiar merawat dari awal.   
Menu ini di beri oleh kawan saya Suhana yang mengikuti diet program di sebuah pusat pelangsingan terkemuka di ibu negara.  Owh Pn Suhana yang langsing menawan pun masih tekun mengikuti program ini. Saya tak lulus!                                                              Kak Leha dari Tmn Tun sering mem’forward’ email kepada saya dan email dari beliau yang saya terima beberapa hari lepas sangat menarik - berkenaan kebaikan meminum air halia untuk kesihatan dan kecantikan seperti berikut:
Ginger and Honey drink:
1. About 10 grams of ginger ground into paste.
2. Put the ginger paste in a glass.
3. Add boiling water.
4. Add a spoonful of honey, mix well.
5. The drink is suitable for both men and women.
(Cook crushed ginger slices with brown sugar will have the same effect.)
Drinking twice daily for two months, the following is a list of proven results according to some written testimony:  
(1) cold hands and feet syndrome has been improved.
(2) reduce body weight about 10 kg.
(3) the skin becomes smoother.
(4) remove excess fat, waist trimmed.
Whoahaha!! “reduce body weight about 10kg in 2 months!”. Menarik! Saya mesti beli halia sekarang dan mulakan CABARAN 10kg 2bulan hari ini!  Sapa nak join??!

 
**iklan**
Saya merayu kepada anda-anda yang membaca blog saya ini untuk menyumbang ke Makan Malam Amal Rose2Rose dengan membeli kerusi dgn harga RM250. Wang kutipan akan di salurkan untuk membina sebuah pusat komuniti wanita di Gaza. Pada malam itu juga Aqsa Sharif akan membawakan seorang wanita dari Gaza, Tahany Ramadhan Abu Jazar, Pengerusi Darul Quran untuk berkongsi harapan dengan kita. Juga seorang kanak-kanak dari Darul Quran yang berjaya menghafal al-Quran dalam tempoh 2 bulan. Terdapat juga lelongan barangan hasil kerjatangan wanita-wanita Palestin. Selain dari berkongsi ni'mat, semoga kita dapat mengambil semangat  wanita Palestin ini yang terus cekal kuat walaupun terpaksa hidup dalam tekanan dan serangan berterusan rejim Zionis.
Yang tak mahu beli kerusi bolehlah membeli lot wakaf dengan harga RM50 se lot. Cepat Cepat! Masih ada waktu!



Sunday, June 17, 2012

Mencari solat yang hilang

Sejak beberapa hari yg lepas, hati saya berasa kosong. Saya tidak tahu kenapa.

Walaupun Al-Quran setiap hari saya pastikan membacanya, solat Dhuha saya tak tinggal. Tabung infaq Palestin yg ada di sudut tamu rumah saya, dengan akurnya saya cuba isi setiap pagi dan tatkala melihat program “Fattabiuni” atau “lau kaa na bainana” airmata saya akan pasti mengalir laju, tapi solat saya terasa kosong. Puas sudah saya cuba fokuskan penumpuan saya semasa solat, tapi saya tidak mendapat kekhusyukan itu. Solat saya hambar. Saya terasa terawang-awangan semasa solat, sedar balik ‘kebumi’ hanya setelah saya memberi salam. Astaghfirullahal ‘azim.

Solat yang berkualiti akan memberi tenaga kepada saya; rohani dan jasmani saya. Semangat saya tinggi, hati saya ceria, badan saya bertenaga. Dan sebaliknya berlaku ketikamana solat saya tiada kualiti. Kerana itu saya mesti pastikan saya mendapat kembali kelazatan solat itu.

Alhamdulillah, syukur dgn kedatangan 27 Rejab. Sejak 2 hari yang lepas saya banyak mendapat suntikan tentang solat. Apa jua program agama di TV akan bercerita tentang Peristiwa Isra’ dan Mi’raj. Buka radio ikim, tetamu jemputan akan bercerita tentang Isra’ dan Mi’raj. Ke Masjid, Ustaz bercerita Isra’ dan Mi’raj. Banner yg tergantung me-war2kan ceramah iktibar peristiwa Isra’ dan Mi’raj di sana sini.

Isra’ Mi’raj adalah peristiwa paling hebat yang dilalui oleh Baginda al-Rasul s.a.w. Ketika mi’raj inilah Rasulullah mendapat watikah kefardhuan solat. Langsung dari Allah subhanahu wa ta’ala. Tanpa sebarang perantaraan. Peristiwa ajaib naik ke mi’raj yang di lalui oleh Rasulullah s.a.w mampu kita alami menerusi solat yang khusyu’. Itu yang di sebut oleh Baginda al-Rasul “Solat itu mi’raj bagi orang mu’min”. Masya Allah, tidak dapat digambarkan keadaan mi’raj orang mu’min bertemu dengan Allah ketika solatnya. Mengadap dan berbicara dengan Al-Khaliq, langsung tanpa perantara.

Imam al-Ghazali menceritakan perihal solat yang khusyu’ ini bagaikan kain putih yang di lipat kemas, di angkat ke langit untuk dipersembahkan kepada Allah dan di terima dengan penuh hormat oleh para malaikat. Manakala solat dengan hati yang lalai umpama kain kotor bergumpal, di sambut oleh malaikat di langit pertama dan dilemparkan kembali ke muka orang yang hatinya lalai tatkala mengerjakan solat itu tadi. Amat hina sekali lagaknya.

Solat yang dipandang enteng oleh ramai manusia. Sedangkan solat itu adalah sepenting-penting bukti pengabdian kita kepada Yang Maha Pencipta.

Solat adalah perkara pertama yang di hisab oleh Allah. Solat adalah anak kunci syurga. Buatlah benda baik banyak mana pun, sekiranya tidak solat, kita tidak dapat membuka pintu syurga kerana kita mempunyai kunci yg salah. Kunci yang ada ditangan kita bukanlah kunci pintu syurga. “Awal-awal perkara yang dihisab atas hamba pada hari Kiamat ialah solat. Maka sekiranya solat itu elok nescaya eloklah lain-lain amalannya (diterima Allah), dan sekiranya solat itu rosak nescaya rosaklah lain-lain amalannya (ditolak oleh Allah).”

Mana ada ibadat selain solat yang Allah suruh kita buat walaupun dalam keadaan sakit selain solat? Puasa, kalau kita sakit, kita ada kelonggaran untuk tidak melakukannya. Tapi ianya tidak begitu dengan solat. Walau sakit bagaimana sekalipun, kita tidak ada alasan untuk tidak melakukannya. Tidak boleh berdiri, kerjakan solat dengan cara duduk, tidak boleh duduk, kerjakan sambil baring, tidak boleh bergerak, kiranya mata sahaja yg boleh digerakkan, masih MESTI menunaikan solat dengan isyarat mata.
Sebenarnya ketika sakit inilah, kita mesti lebih berusaha untuk solat, bukan beri alasan. Yang menjaga orang sakit jangan silap letak rasa simpati ~ jangan simpati lihat orang sakit untuk solat, tapi mesti simpati lihat orang sakit yang tidak solat. Ingatkan dan bantulah orang sakit untuk solat!

Orang kaya mesti solat, yang miskin juga tiada sebab untuk tidak solat. Panas, sejuk, solat mesti buat. Bersyukur kita berada di Malaysia, tiada halangan cuaca.

Kalau takut, atau susah, kita masih boleh menangguhkan urusan haji kita ke Mekah. Tapi tidak dengan solat. Walau dalam keadaan takut sekalipun di medan perang, Allah ajar kita cara menunaikan solat di medan perang. Susah berwudhu’ Allah ajar kita bertayammum, jauh berjalan, Allah beri kelonggaran kita solat jama’ qasar. Hilang pedoman waktu, Allah masih menyuruh kita tunaikan solat hormat waktu.

Aduh! Besarnya hak solat itu. Solat yang dilihat kecil oleh ramai manusia. Solat yang wewenangan di abaikan. Solat adalah masa kita berbicara dengan Tuhan. Solat yang sepatutnya menjadi masa intim kita dengan Pencipta.

Berkat 27 Rejab ini, semoga saya bertemu kembali dengan solat saya yg hilang itu. Mendakap semula ruh solat saya. Menikmati kembali manisnya solat itu. Mesti usahakan juga kerana solat adalah bekalan saya untuk kehidupan yang lebih panjang.