AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Wednesday, October 27, 2010

Allah bersama ku, Allah menyaksiku, Allah menjaga ku....

Sudah lama tidak bertemu Opah. Opah jiran saya tinggal selang 3 blok dari blok Apartmen saya tinggal. Walaupun sakit akibat tergelincir tempohari masih belum pulih sepenuhnya, becok Opah masih tetap sama :D
Cerita Opah, ada pencuri kopak grill dan masuk rumah jirannya waktu siang hari. Waktu cerah ketika penghuninya keluar bekerja.
Cerita pencuri masuk disiang hari waktu orang ramai pergi bekerja, atau disiang hari waktu hujan lebat di kawasan Apartment saya tinggal ini ada beberapa kali saya dengar. Sebab cerita-cerita ini jugalah sedikit sebanyak mengundang rasa 'seram sejuk' apabila tukang grill dapur saya menyatakan bahawa beliau terpaksa mencabut grill dapur saya, membawanya ke kilang dan untuk beberapa hari membiarkan dapur saya tidak bergrill sehinggalah beliau membawa grill baru untuk dipasang.
Apartmen saya ditingkat 1, rumah bawah kosong setelah penyewanya pindah beberapa hari lalu. Tiada pintu memisahkan ruang dapur dan ruang tamu. Lojik akal, dapur tidak bergrill dan amat 'inviting' bagi sesiapa yang berniat jahat.
2 malam tidur saya tak lena. Sementelah pula suami saya ketika itu sudah pun berangkat ke Jedah atas urusan kerja dan saya tinggal sendirian. Malam pertama, saya pasang lampu diruang tamu dan pasang TV hingga ke pagi. Ketika saya sedang menunaikan solat malam di malam kedua, saya terdengar suara orang dekat kawasan dapur saya. Hati saya berdegup kencang. Bermacam-macam gambar cerita rekaan datang... Saya berhenti solat sunat saya itu dan pergi memasang bacaan Al-Quran, biar orang tahu penghuni rumah ini sudah jaga.
Alhamdulillah Allah menjaga saya dan hartabenda saya. Berkat zikir-zikir dan kunci PALING ampuh; bacaan BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM, tiada apa yang berlaku sehinggalah grill baru di pasang 3 hari kemudian. Fuhhh...Lega...Alhamdulillah...

Tuesday, October 19, 2010

Tanah ekar, relong, hektar, kaki, meter???

Beberapa hari kebelakangan sibuk sikit search tanah. Bukannya apa, makcik saya tengah beria-ia nak mula pelaburan dalam hartanah.

Tengok dalam geran ada macam-macam difinisi keluasan. relong, pol, ntah tak buleh imagine. Kalu sebut kaki persegi tu bulehla nak agak-agak keluasannya.

Hari ni masa search tanah for sale come across this conversion, langsung paste di blog....buleh jadikan rujukan..

HOW TO CALCULATE LAND MEASUREMENT

SI units (Metric )
1 hectare = 10,000 sq meters

Non SI units
1 acre = 43,560 square foot
1 hectare = 2.471 acres

1 relong = 30,976 square feet
1 relong = 484 jempa
1 jempa = 64 sq ft
1 hectare = 3.4748 relong
1 acre = 4 rood
1 rood = 40 pole
1 rood = 10,890 sq. feet
1 pole = 272.25 sq. feet
1 sq meter = 10.76381 sq feet

Example 1
Land Area 5a 2r 20p = 5 + 0.5 + 0.125 = 5.625 acres x 43,560 square feet
= 245,025 square feet
= 22,763.80 square metes
= 2.2763 hectares

Example 2
Agricultural land in Kedah
Land Area 15 relong 50 jempa = 15 x 30,976 square feet + 50 x 64 square feet
= 467,840 square feet
= 43464.16 square metres
= 4.3464 hectares

Khamis minggu lepas (14Oct) appear di Wanita Hari Ini, TV3 bercakap tentang pelaburan hartanah. Suatu pencapaian dalam kehidupan... melawan rasa nervous :-)

Tuesday, October 12, 2010

Dari Nya kita datang....

“Dialah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari (setitis) air benih, kemudian dari sebuku darah beku, kemudian dari seketul daging; kemudian Dia mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak; kemudian kamu (dipelihara) hingga sampai ke peringkat umur dewasa; kemudian kamu (dipanjangkan umur) hingga sampai menjadi tua dan dalam pada itu ada di antara kamu yang dimatikan sebelum itu. (Allah melakukan kejadian yang demikian) supaya kamu sampai ke masa yang ditentukan (untuk menerima balasan) dan supaya kamu memahami (hikmat-hikmat kejadian itu dan kekuasaan Tuhan).” (Surah Al-Mu’min : 67)

Semalam saya menziarahi 2 rakan lama saya. Rakan 1 ialah rakan yang sama-sama menjual rumah di Tmn Tun. Rakan ke2 ialah rakan sekampus yang telah terputus hubungan sejak 1993!

Saya tiba di rumah rakan 1 saya di sambut oleh kakak iparnya. Rupa-rupanya bapa mertuanya tinggal bersamanya. Bapa mertua rakan saya sudahpun menjangkau umur 100thn lebih. Masih boleh berjalan-jalan dgn bertongkat dan dipimpin. Ingatannya sesekali nyanyuk. Orang tua ini bertuah, punya anak-anak yang ramai yang dengan penuh taat dan dedikasi bergilir-gilir datang menjaganya. Setiap seorang akan datang selama 6 jam mengikut giliran utk menjaga dan memenuhi keperluan si ayah. Ketika saya datang itu, kakak ipar rakan saya akan berada dirumah itu sehingga jam 6ptg nanti. Jam 6 petang anak yang lain pula akan datang berjaga sehingga jam 12mlm. Kalau giliran jatuh masa tengahmalam, mereka akan bermalam dirumah rakan saya sehingga di ambil alih oleh anak giliran seterusnya keesokan harinya. Ayah tua ini bertuah..

Rakan ke2 saya ziarahi apabila mendapat berita kembalinya anak beliau ke Rahmatullah. Anaknya bernama Ahmad Yasin kembali ketika umurnya 4 tahun, satu peringkat umur yang penuh dengan keletah-keletah lucu, rajin dan menghiburkan sesiapa sahaja. Dugaan buat seorang ibu. Perginya Ahmad Yasin sedikit diubat dengan kehadiran adiknya Ahmad Yasir yang baru berumur 30hari. Kawan saya menyatakan "Allah memberi ujian kehilangan dengan cara 'very mild'". Walaupun redha atas kehilangan, beliau masih memerlukan kata sokongan dan kehadiran rakan-rakan amat dialukan.