AL-KAABAH AL MUSHARRAF

AL-KAABAH AL MUSHARRAF

Monday, September 14, 2015

PERKAHWINAN 2 ILMU - BACALAH DENGAN SENYUM



ILMU 1
Saya mengikuti kelas mengaji yang di kendalikan oleh Ustazah Aminah. Jangan sombong bila bercakap tentang ilmu Al-Quran. Kalau pun rasa sudah pandai, bila masuk kelas, pasti ada lagi yang silap, pasti ada juga ilmu yang kita belum tahu.
Ilmu Allah itu seluas lautan. Tidak sesekali kita mampu menguasainya walaupun sekadar setitik air.

Baik.
Berbalik kepada kelas al-Quran bersama Ustazah Aminah….
Saya baru tahu apabila kita membaca al-Quran, 90% bacaannya mesti dalam keadaan mulut kita ‘tersenyum’.  Baca dalam keadaan senyum? Jenuh saya ’praktis’ baca dalam keadaan senyum. Hilang tumpuan. Hilang penghayatan sebab terlalu berhati-hati hendak memastikan mulut saya dalam keadaan senyum bila membaca ayat-ayat Allah itu.   
Saya cuba membaca al-fatihah dengan keadaan senyum. 
Belum mahir. 
Solat saya menjadi terawang-awang… 
Saya tidak boleh faham…kenapa perlu membaca al-Quran dengan tersenyum

ILMU 2
Satu hari ke pejabat. Seperti biasa, sambil memandu,  saya mendengar saluran radio yang paling saya minati – radio ikim. Slot Ustazah Norhafizah Musa. Dah lupa apa tajuknya. Yang saya ingat Ustazah bercerita tentang puji-pujian.  Bila memuji….bukan orang yang kena puji saja rasa ‘best’ tetapi orang yang memuji juga pasti merasa ‘best’. Ustazah kata….cuba kita puji seseorang…apa kita rasa ketikamana kita memberi pujian?Bagaimana mimik muka kita ketika memberi pujian?  Pastinya ketika memuji, kita memuji siap dengan mimik mukanya..penuh senyum…bersungguh-sungguh…dan hati  pula berbunga-bunga. Bukan dengan wajah ‘kelat’ dan hati ‘dingin-hambar’. Betul kan?
Begitu lah sepatutnya kita rasa apabila kita memanjatkan pujian –tasbih kepada Allah Yang Maha Besar, Yang Maha layak menerima pujian. Jiwa kita patut merasa lebih bahagia. Hati kita sepatutnya menjadi lebih berbunga-bunga. Pujian kepada Allah sepatutnya memberi kesan yang lebih hebat dari apa yang kita rasa apabila memuji sesama  makhluk.

PERKAHWINAN ILMU - BACA LAH DENGAN SENYUM
Dengan ilmu yang saya dapat dari  Ustazah Norhafizah, saya cuba kaitkan pula dengan ilmu yang saya dapat dari Ustazah Aminah. Yang selama ini saya tertanya-tanya, apa signifikannya membaca al-Quran dengan cara ‘senyum’.
Tidakkah al-Quran itu penuh dengan puji-pujian kepada Allah? Kembali kepada prinsip asas…memuji bukan sahaja boleh membahagiakan yang di puji, tetapi  sepatutnya memberi kebahagiaan kepada yang memuji. Bagaimanakah hati saya tatkala membaca al-Quran? Bahagia kah? Berbunga-bunga kah? Bagaimana pula mimik muka saya? Benar-benar bersungguh kah? Bersungguh-sungguh ikhlas memuji? 


Sekali lagi. Saya suba praktis. Di dalam solat saya. Membaca al-fatihah.  Membaca dengan tersenyum.  Sungguh-sungguh tersenyum sambil memuji.  Sungguh-sungguh memuji sehingga masuk ke hati.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah. Yang Maha Penyayang
Tuhan sekelian alam.
Allah Yang Maha Pemurah. 

Allah Yang Maha Penyayang.
Allah Pemilik semesta alam.
Hanya kepada Engkau aku sembah
Hanya kepada Engkau aku minta tolong
Dan kali ini…..saya mendapat jawapannya….kenapa kita perlu membaca al-Quran dengan tersenyum.



Cubalah….mulakan dengan al-fatihah.
Dalam solat anda.
Baca dengan senyum.
Puji Allah dengan sungguh-sungguh.
Lafazkan pujian itu.
Rasakan dalam hati.
Jadikan pujian anda se ikhlasnya.
Anda akan rasa sebagaimana yang saya rasa.  Hanya yang alaminya akan tahu..…

### saya hargai kiranya anda boleh memberi maklumbalas kepada saya setelah anda cuba latihan membaca sambil senyum di atas


Sunday, April 26, 2015

Kerana ciku, saya menagis

Dah tinggal sebijik, baru teringat nak
ambik gambar. Hihihi..

Ciku adalah buah kegemaran saya. Dalam bahasa Kelantan, ciku di panggil buah sawo nilo. Entah bagaimana napat nama 'sawo nilo' tu, tidak lah saya tahu.
Saya masih ingat, di belakang rumah arwah nenek saya ada 3 batang pokok ciku. Pokok nya rendang, buahnya lebat. Tak putus-putus berbuah. Dan saya, emak, sepupu-sepupu saya akan berlegar-legar di dalam kebun nenek memetik buah sawo yang masih putik. Buah sawo itu kami peram sehingga masak. Rasanya manis amat. Dan saya dapat menikmati buahnya sampai ‘muntah’ (untuk menggambarkan mewahnya kami dengan buah sawo dari 3 pokok itu) Subhanallah wal hamdulillah~

Dewasa, kami mula berjauhan. Saya sambung belajar, bekerja dan berumahtangga. Pokok sawo itu jadi makin terpinggir. Buahnya  makin kurang dan makin tinggi untuk di capai. Sehinggalah sekarang, saya langsung tidak menjenguk pokok sawo itu apabila balik kampung. Kata emak, pokoknya masih ada, tapi sudah tidak berbuah.

Semalam, dalam perjalanan ke Bangi, saya singgah di hentian rehat Serdang. Ada gerai buah-buahan di situ. Saya lihat buah kegemaran saya. Ciku tempatan. Saya suka! RM10 sekilo. Di kira-kira, ada 14 biji untuk 1 kilo. Wah! Sebiji ciku kini berharga 70sen!

Balik dari Bangi, jalan sesak. Ada kemalangan maut. Sebuah lori kecil terbalik, sebuah kereta dan sebuah motorsikal.  Di tengah-tengah lebuhraya, ada sekujur tubuh di tutupi dengan suratkabar. Saya jangka ia adalah penunggang motorsikal. Meninggal. Dan saya terbayang roh mayat tersebut memerhati dari langit jasadnya yang sudah terbujur kaku, tidak dapat berbuat apa-apa.

Malam itu, ketika mengupas buah sawo, pikiran saya terus melayang kenangan silam. Terbayang jelas di mata keceriaan kami di dalam kebun arwah nenek. Melompat-lompat memetik buah ciku. Ciku dikumpul penuh beraga-raga.
Kini saya kena keluarkan 70sen untuk sebiji ciku. Terfikir mungkin ada yang tidak mampu membelinya kerana ada keperluan  lain yang lebih utama. Terbayang juga penunggang motorsikal tadi yang telah menjadi arwah. Dan saya di sini masih di beri peluang oleh Allah menikmati lazatnya buah ciku berharga 70sen sebiji ini.

Perasaan bercampur-campur - Nostalgik, sedih dan syukur……… Kerana ciku, saya menangis.


Friday, April 17, 2015

Infused Water cara Nabi s.a.w

Biasanya saya akan rendam sebiji atau 3 biji tamar.
Ambil sunnah witir (bilangan ganjil)

Dalam post yang lepas, saya ada sebut nak tulis tentang ‘infused water’ cara Nabi saw. Selang beberapa lama, seorang kawan menghantar email berikut.
Kontentnya lebih kurang sama dengan apa yang ada dalam kepala saya (biasa la….great mind think alike…hehehe).

Memandangkan isi lebihkurang sama, maka saya copy-paste sahaja lah. (Jimat masa ku)

Semoga penulis air nabeez ini halalkan saya sebarkan tulisan beliau dalam blog saya.

**************************************************************************************************************


air nabeez. minuman sunnah nabi**

Apa tu air nabeez?
Air nabeez adalah air rendaman (infused water) kurma / kismis (raisins).  Kurma atau kismis di rendam dalam air masak semalaman (dalam bekas yang bertutup) dan diminum keesokkan paginyer.

Sumber mengatakan: air nabeez nie kegemaran rasullah s.a.w. Nabi akan rendam beberapa butir kurma atau kismis (salah satu) di dalam air untuk semalaman (dalam bekas bertutup) + minum air rendaman kurma tu diwaktu pagi. Air tu nabi minum & buah kurma yg dah lembik tu, nabi telan sekali. Oleh itu air nabeez nie dikatakan sebagai sunnah nabi.

Talk about infused water. Org barat baru sekarang paham dan baru nak popularkan kaedah infuse water nie. Nabi kita dah buat lamaaaaa dah.

Khasiat air nabeez
Air nabeez nie adalah minuman berakali, yang mampu menolong membuang asid dari perut dan sistem pencernaan badan. Juga membantu badan untuk menyingkirkan bahan2 toksin dari badan. Dalam ertikata lain ~ sebagai detox.

Disebabkan air nabeez nie tinggi kadar fiber, ia mampu membantu proses pencernaan yang baik & meningkatkan / menajamkan fikiran. Agar kita tidak mudah lupa.

Sangat bagus untuk memulihkan lemah tenaga batin.

Juga bagus untuk pesakit Arthritis & pesakit Gout ~ kerana air nabeez membantu menuetralkan kadungan urik asid di kalangan pesakit Gout.


Cara membuat air nabeez
Rendam beberapa butir kurma (seelok2nyer bilangan ganjil) ke dalam air masak dalam jug air / gelas. Seelok2nyer dibuat waktu petang / malam, dan pastikan jug air / gelas tu bertutup. Keesokkan paginyer (dalam 8-12 jam selepas direndam), air tu bole diminum & buah kurma yang telah lembut tu dimakan begitu sahaja.

Kurma yang elok digunakan adalah kurma ajwa. Tapi kalo takde kurma ajwa ~ sebarang kurma lain pun boleh.

Air nabeez tu boleh diminum begitu sahaja / boleh dikisar sebelum diminum.

Kalau nak buat air nabeez menggunakan kismis, pun boleh jugak. Caranyer ambil segenggam kismis dan direndam dalam air jugak. Dibiarkan semalaman jugak. 

Kalau nak minum air nabeez pagi, siapkan petang / malam.  Kalau nak minum air nabeez di waktu malam, rendam kurma / kismis di waktu pagi.

Pantang larang dalam membuat air nabeez
Gambar ihsan Fieza.
Home made infused water 
Hanya gunakan salah satu daripada buah2an pada satu2 masa. Tak boleh campurkan kurma & kismis untuk membuat air nabeez. Maksudnyer ~ kena buat dalam 2 bekas yang berasingan kalau nak minum nabeez kurma dan nabeez kismis.

Air nabeez nie kalo disimpan di dalam peti ais ~ boleh tahan 1 ~ 2 hari.

Tapi dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma  / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum.

Oleh itu, adalah lebih baik air nabeez nie dibuat fresh daily.

Air nabeez nie nanti boleh diubahsuai & ditambah dengan susu / yogurt untuk dijadikan smoothie jugak.


Tapi kalo buat dengan air susu, kena letak dalam peti ais ~ takut susu rosak dibiarkan semalaman di luar. Atau rendam sikit kurma tu dalam air masak. Esok nk minum ~ baru tambah susu & goncang2 sikit bagi "mesra".


*************************************************************************

Link berikut di cadangkan oleh Fieza.
Untuk rujukan tentang infused water yang lain 
http://hasyanaurah.com/2015/02/air-detox-infused-water.html

Jazakillah Fieza......Love u......mmmmuahhs!

Tuesday, February 10, 2015

Menjelang Malam

-           
-    MAGHRIB
-          Apabila azan Maghrib di laungkan, Baginda akan berada seketika di rumah sebelum keluar meng imami solat Maghrib
-          Solat sunat sebelum Maghrib tidak lah di tuntut (sangat) memandangkan waktu antara Maghrib dan isya yang singkat
-          Bacaan solat maghrib adalah ringkas
-          Baginda tidak duduk berbual selepas maghrib
-          Baginda pulang ke rumah dan menunaikan solat sunat 2 rakaat
-          Makan malam selepas solat Maghrib kecuali kalau Baginda berpuasa
-          Baginda menggalakkan para sahabat menjemput sahabat yang miskin untuk makan malam bersama
-          Baginda sendiri, sekiranya ada makanan di rumah akan menjemput 10 orang sahabat makan malam di rumah tetapi mendapati yang ada hanyalah air dan tamar
-          Makanan baginda di hidingkan dalam dulang dan di letakkan di bawah. Baginda memulakan makan dengan menyebut “BISMILLAH”, makan apa yang dekat dan dgn menggunakan 3 jari
-          Baginda tidak cerewet. Makan apa yang ada.
-          Baginda berbual-bual ketika makan dan membuat teguran jika perlu
-          Selesai makan, Baginda menjilat jari dan memastikan dulang licin
-          Baginda berkumur selepas makan dan selepas minum susu
-          Baginda sentiasa minum ***infused water
-          Sekiranya Baginda makan bersama isteri Baginda, baginda akan berbual dan bermesra ketika makan.

*** cerita infused water di blog akan datang, Insya Allah

      ISYA’
-          Rasulullah saw akan berada di rumah Baginda sehingga azan di laungkan. Baginda tidak tergesa-gesa untuk menunaikan solat melainkan setelah di dapati para sahabat telah bersedia.
-           Baginda lebih cenderung untuk melewatkan solat isya’
-          Baginda tidak menjadikan solat isya itu berat. Baginda memudahkan.
-          Baginda jarang berbual selepas isya mengambil kira para sahabat keletihan dan perlu balik untuk berehat dan tidur.
-          Selesai solat, baginda akan tunggu di masjid sehingga jamaah wanita pulang, barulah Baginda pulang dan di ikuti sahabat2 yang lain

AWAL MALAM
-          Baginda menyempurnakan solat sunat isya di rumah
-          Selesai solat, baginda akan duduk berbual dengan para isteri dengan santai
-          Ada ketika Baginda akan keluar berjalan-jalan atau  berehat bersama sahabat
-          Baginda akan singgah sebentar ke masjid sebelum pulang semula ke rumah-  Baginda masuk masjid dengan memberi salam dengan suara yang rendah yg tidak mengejutkan ahli suffah yang sedang tidur
-          Di rumah, apabila hendak tidur, Baginda akan menggunakan sehelai kain yang di letakkan di kepala katil sebagai sarong, menanggalkan pakaian  dan masuk kedalam satu selimut bersama isteri Baginda
-          Baginda akan meletakkan siwak di sebelah baginda yang akan di gunakan setelah terjaga dari tidur – Baginda amat perihatin akan kebersihan mulut Baginda
-          Baginda akan berbual dengan isteri buat seketika (pillow talk) dan bermesra
-          Mandi hadas  biasanya di ambil sebelum tidur.  Sekiranya tidak, Baginda akan mengambil wudu’ dan mandi hadas akan di buat kemudian selepas bangun tidur.
-          Baca doa sebelum tidur dan cara tidur
-          Sekiranya tersedar, baginda akan bersiwak dan meneruskan tidur semula

PERTENGAHAN MALAM
-          Bangun pada pertengahan malam
-          Duduk, sapu muka, bersiwak dan mengadah muka ke langit seraya membaca ayat 190-200 surah al-imran
-          Bersiap untuk solat malam di rumah, di dalam bilik tidur yang sempit
-          Solat malam dan membaca al-Quran
-          Solat malam tidak melebihi 13 rakaat. Dan solat yang panjang sekiranya di tunaikan sendirian

AKHIR MALAM & SEBELUM FAJAR
-          Di akhir malam, Baginda akan keluar mengejutkan Fatimah untuk bagun solat malam. Atau ke Baqi mendoakan ahli Baqi
-          Balik ke rumah, Rasulullah akan tidur sebentar sementara masuk azan subuh




Monday, February 9, 2015

Acara Siang Hari

ACARA SIANG HARI.....

ZOHOR
-          Bilal melaungkan azan Zohor
-          Rasulullah akan bangun dari qailulah (sekiranya baginda masih tidur) dan menjawab azan.
-          Baginda akan mengambil wudhu (sekira perlu) dan menunaikan 4 rakaat solat sunat zohor di rumah
-          Baginda akan berada di rumah sehingga lah semua sahabat sudah bersedia utk solat jamaah.
-          Di rumah, Baginda akan bermain-main dengan cucu2 Baginda
-          Rasulullah saw akan keluar ke masjid setelah di jemput oleh Bilal
-          Sebelum keluar, Baginda akan mencium salah seorang isteri Baginda
-          Bilal akan membaca iqamah setelah nampak Rasulullah saw masuk dan para sahabat akan bangkit bersedia untuk solat
-          Ada ketika Rasulullah saw tiba sambil mendokong cucu Baginda (Hassan atau Hussin atau Umamah) – Baginda akan meletakkan cucu baginda di sebelah sementara Baginda solat
-          Sahabat pernah menceritakan Rasulullah saw sujud sangat lama, dan apabila sahabat mengangkat kepala, mereka melihat cucu Baginda sedang memanjat belakang Rasulullah yang sedang sujud
-          Ada ketika juga Rasulullah mendokong cucu baginda ketika  solat (ini berlaku ketika mendokong Umamah, iaitu cucu perempuan Baginda), meletak  anak tersebut ketika ruku’ dan sujud dan mendokong semula apabila Baginda bangkit.
-          Rasulullah saw solat Zohor di awal waktu – membaca lebihkurang 30 ayat pada rakaat pertama dan kedua, dan bacaan yang lebih pendek pada rakaat ke tiga dan ke empat.
-          Solat zohor Rasulullah saw itu amat panjang. Di ceritakan sahabat masih sempat untuk buang air di Baqi’, kembali ke rumah untuk wudhu dan kembali ke masjid dan mendapati Baginda masih di dalam rakaat pertama solat zohor.
-          Setelah selesai mengerjakan solat, Baginda akan berpaling mengadap  para sahabat. Berbual dan menyampaikan sebarang pesanan penting atau wahyu
-          Ketika ini para sahabat dalam keadaan segar setelah qailulah
-          Rasulullah saw akan kembali ke rumah setelah menunaikan solat sunat 2 rakaat selepas zohor
-          Selepas itu Baginda akan keluar semula untuk bersama para sahabat meninjau masyarakat sehinggalah tiba waktu Asar


ASAR
-          Azan Asar di laungkan
-          Baginda amat menggalakkan solat sunat 4 rakaat sebelum Asar
-          Setelah semua sahabat sudah sedia, barulah Baginda keluar dari rumah untuk mengimami solat Asar
-          Bacaan dalam solat Asar baginda adalah lebih ringkas berbanding solat zohor
-          Selesai solat, Baginda akan berpaling mengadap sahabat untuk menyampaikan taklim ringkas kerana Baginda sedar para sahabat sudah letih bekerja dan perlu pulang ke rumah.
-          Selepas itu Baginda akan ke rumah semua isteri2 Baginda – Ini lah saat Baginda bermesra dengan para isteri tanpa hubungan intim. Ziarah Baginda berakhir di rumah isteri yang gilirannya malam itu.
-          Ada ketika para isteri2 baginda akan datang berkumpul di rumah isteri yang gilirannya malam itu. Hal ini biasanya berlaku di musim sejuk yang mana siang adalah lebih pendek yang tidak memungkinkan Baginda untuk ke rumah setiap orang isteri.
-          Sekembali ke rumah selepas solat asar, Rasulullah akan menunaikan solat sunat (ini bukan solat sunat asar, tetapi menggantikan solat sunat zohor yang tidak sempat beliau kerjakan selepas  zohor tadi)
-          Waktu ini adalah waktu santai Baginda bersama isteri2. Berbincang sambil menjawab permasalahan yang di timbulkan.
-          Kadang-kadang Baginda memenuhi jemputan kenduri/makan selepas waktu asar.


Bersambung....


Monday, February 2, 2015

Sehari dalam hidup Baginda Muhammad saw

Buku yang saya baru beli ini sangat BEST!



Tajuk "A day in the life of Muhammad; A study in the Prophet's daily programme".
Saya beli di Dakwah Corner Bookstore di Section 14 PJ. Kedai buku ni sederet dgn Bank Islam depan masjid Bulat. Di hujung sebelah sana. Harga buku RM25 sahaja. Kalau anda member, dapat diskaun 10%

Saya nak kongsi dengan anda, kehidupan seharian baginda nabi.

Catatan ini adalah catatan ringkas dari buku di atas. Saya galakkan anda membeli buku ini untuk lebih mendapat 'zouk' penceritaan.


WAKTU SUBUH
-Rasulullah saw sedar dari tidur, pertama yg di buat Baginda ialah mengambil miswak dan memberus gigi
- membaca doa bangun tidur
-menjawab azan subuh yang di laungkan Bilal
- membaca doa selepas azan
- bangun dari tidur, kalau perlu Baginda akan mandi. Kalau tidak, Baginda akan ambil wudhu (jika perlu)
-solat sunat subuh (sangat ringkas) di rumah - Biasanya pada rakaat 1 Baginda baca surah al-kaafirun dan pada rakaat ke 2, Baginda saw baca surah al-ikhlas
-sekiranya isteri Baginda sudah bangun, Baginda akan berbual santai sebentar sementara menunggu utk solat subuh. Sekiranya isteri Baginda belum bangun, Baginda akan duduk seketika sementara di panggil utk solat subuh.
- Setelah para sahabat berkumpul di masjid utk berjamaah, Bilal akan mengetuk bilik Rasulullah saw memanggil Baginda utk berjamaah
- Rasulullah akan keluar, mendongak ke langit sambil membaca doa keluar rumah
- Bilal baca iqamah dan Rasulullah meng imami solat subuh
- sebelum solat, Baginda mengingatkan sahabat utk merapat dan meluruskan saf
- Solat Subuh: baca surah lebih panjang d rakaat pertama brbanding rakaat ke dua. Ada waktu ketikamana para muslimin menghadapi tribulasi,  Rasulullah saw membaca Qunut Nazilah di rakaat ke dua.
- selesai solat: masih dlm keadaan mengadap kiblat,  Rasulullah akan beristighfar 3 kali dan baca doa ‘Allahumma antassalam……hingga akhir
- bertasbih dan bertahmid
- baca doa2 matsur pagi
- pada ketika ini ada para hamba sekitar Madinah akan membawa air utk mendapat berkat dari Rasulullah  dgn baginda mencelupkan cari ke dalam bejana mereka.

WAKTU PAGI
-          Selesai solat, Baginda akan menyampaikan tazkirah
-          Ketika ini Baginda akan memerhatikan sahabat yang hadir dan kalau ada yang Baginda perasan ada yang tak hadir, Baginda akan  bertanya khabar, kalau2 mereka sakit atau ada masaalah – menunjukkan keperihatinan Baginda
-         Sesi pagi biasanya Baginda akan bertanyakan dan mentafsir mimpi (kiranya ada)
-         Sesi pagi juga adalah sesi mendengar cerita para sahabat. Baginda sedikit bicara dan banyak tersenyum
-        Baginda akan duduk di masjid sehingga matahari naik kemudian beredar ke bilik isteri Baginda.
-        Baginda baca doa keluar masjid.
-       Tiba di rumah, Baginda akan bersiwak dan menziarahi ke semua isteri2 Baginda
-       Ada ketika Baginda akan bersarapan dengan sarapan ringan seperti tamar, hays atau hanya minum susu atau 'infused water'

BALIK KE MASJID
-      Setelah Baginda menziarahi kesemua isteri2 Baginda, baginda akan kembali semula ke masjid
-      Masuk masjid dan solat sunat tahiyyatul masjid
-      Baginda akan duduk di rawdah. Di sini para sahabat akan datang bertemu Rasulullah untuk bertanya soalan atau untuk mendengar perbicaraan al-rasul
-      Rasulullah bercakap dgn patah perkataan tersusun. Pendek dan ringkas.
-      Apabila memulakan bicara, Baginda selalu memulakan dengan cara pertanyaan. Ini adalah teknik utk mengambil perhatian pendengar
-      Ada kala baginda bertanya soalan agar para sahabat berfikir.
-      Baginda biasanya mengulangi apa yg baginda sampaikan sebanyak 3 kali utk memastikan para sahabat faham dan di ulang lebih utk menunjukkan kepentingan.
-      Ada ketika baginda akan menyampaikan mesej dengan cara melukis ilustrasi di atas tanah
-        Sesi pagi adalah sesi pembelajaran dan biasanya di buat dengan cara dialog 2 hala
-       Yang nyata, sesi pagi penuh dengan bacaan istighfar
-       Ada ketika penduduk Madinah membawa anak kecil utk di doakan
-        Ketika ini juga ada penduduk Madinah yang membawa buah-buahan (dari pokok yg baru berbuah) untuk di nikmati oleh Baginda al-rasul
-       Ada ketika jenaka di ceritakan
-        Ada ketika deligasi2 dari jauh datang berjumpa Nabi ketika ini
-        Sesi pagi terpulang. Ada kala panjang, ada kala pendek.
-        Setelah selesai perjumpaan, Baginda akan menutupnya dengan membaca tasbih kaffarah
-        Seterusnya, Baginda samada pulang ke rumah utk qailulah, atau berjalan-jalan di Madinah, menziarahi sahabat atau pergi memenuhi jemputan

BERJALAN-JALAN DI MADINAH
-        Cara berjalan Rasulullah – laju seolah menuruni bukit dan bumi berlipat.
-        Sahabat yang mengiringi akan berjalan di hadapan atau di sisi baginda. Tiada yang berjalan belakang
-       Apabila berpaling, Baginda memalingkan seluruh badan
-       Baginda berjalan sambil memegang kayu atau ranting tamar
-        Senyum kepada siapa sahaja yang di jumpai
-       Jika bertemu kanak-kanak yg sedang bermain-main, Baginda akan mengusap pipi kanak-kanak tersebut . Usapan baginda meninggalkan bau harum bekas tangan baginda
-       Baginda akan menziarahi kaum Ansar
-        Bila ziarah, Baginda tidak mengadap terus pintu rumah. Menjaga pandangan. Beri salam. Balik kalau 3 kali salam tak berjawab
-        Berjabat tangan sesiapa yang di jumpai
-        Menunaikan permintaan orang yang meminta, membantu orang yg perlu pertolongan, beri tunjuk ajar kalau ada yang buat silap
-        Segala tindakan adalah spontan yang melahirkan rasa bahagia orang, bukan di buat-buat

MENZIARAHI SAHABAT DAN KELUARGA, MENZIARAHI ORANG SAKIT & MEMENUHI JEMPUTAN
-         Rasulullah mengambil peluang menziarahi sahabat dan anak-anak cucu Baginda
-         Menziarahi orang2 sakit - mengalir air mata melihat sahabat yang sakit/tidak sedar diri. Duduk di sisi orang sakit
-         Memenuhi jemputan – apabila memenuhi jemputan, Rasulullah akan hadir, makan (kalau di jamu) dan mendoa kan tuan rumah
-         Melayan kanak-kanak – Tanya tentang binatang peliharaan mereka. Mengusik mereka dgn cara percik muka mereka dengan air (budak2 kan suka bila kita buat macam tuuu)
-          Ada ketika apabila Rasulullah saw di Tanya, baginda akan ‘pause’ lama sebelum menjawab. Ia adalah teknik utk membangkitkan rasa ingin tahu orang yang bertanya dan yang mendengar akan ternanti-nanti untuk mendengar jawapan.
-         Baginda melarang sahabat bercerita tentang keburukan orang lain

KE KEBUN KAUM ANSAR 
-        Ada ketikanya Rasulullah saw bersama sahabat akan pergi ke kebun kepunyaan orang ansar
-        Sampai di kebun, baginda akan berada seketika bersama sahabat kemudian menghilangkan diri – apabila sahabat cari, di dapati baginda sedang menenagkan fikiran di bawah bayangan pokok
-        Berehat di kebun memberi peluang untuk ‘refresh’- Tuan punya kebun juga akan rasa gembira dan rasa besar hati atas kehadiran rasulullah saw dan sahabat ke kebunnya.

LEWAT PAGI
-          Menjelang lewat pagi, Baginda akan ke bilih salah seorang isterinya
-          Perkara pertama yang di lakukan apabila masuk ke rumah ialah bersiwak
-          Kemudian mendirikan 4 rakaat solat duha. Adakalanya di buat 6 atau 8 rakaat
-          Sekiranya Baginda belum sarapan, baginda akan bersarapan ketika ini. Sekiranya tiada makanan, Baginda akan berpuasa
-          Waktu ini adalah waktu Baginda bersama keluarga di rumah. Dan ketika ini juga para wanita ansar akan datang bertanyakan kemusykilan yang mereka hadapi. Pertanyaan mereka ketika ini biasanya bersifat ‘private’ dan isteri Nabi seperti Aisyah akan membantu mendetailkan jawapan yang di beri oleh Baginda rasul
-          Waktu ini adalah waktu Baginda bermesra dan bersenda bersama isteri2 baginda
-          Baginda menjahit sendiri pakaian, memerah susu
-          Baginda tidur sebentar sebelum solat zohor


KE QUBA’
-          Setiap sabtu pagi (mid morning) Baginda akan ke Quba’ samada dgn berjalan kaki atau berkenderaan
-          Di Quba’ Baginda akan ber qailulah di rumah Umm Haram, adik kepada Umm Sulaym

-          Baginda akan bersolat di Quba’




bersambung untuk cerita tengahari....Insya Allah



Wednesday, January 7, 2015

Belajar dari gadis berseluar ketat

Catatan hari ke 6 di Dubai, 3hb Jan 2015

Sudah puas tawaf kedai, hari ini saya ambil keputusan utk beriktikaf di masjid sementara menunggu waktu zohor.
Sebenar2nya masjid itu rumah Allah yg dpt memberi ketenangan kpd siapa jua tetamunya.
Saya juga, ketika hati tidak tenang, ketika fikiran kosong, saya akan ke masjid. Beriktikaf shj pun sudah memadai, Sekadar memerhati sekeliling, saya sudah akan merasa damai.

Ok. Berbalik kpd tajuk "Belajar dari gadis berseluar ketat".

Saya duduk d hujung bhg belakang ruang solat wanita. Sementara menunggu masuk waktu zohor, saya mentadabbur ayat Allah. Ayat berikut menarik perhatian saya. "Dan di antara manusia ada yang berkata "kami beriman kepada Allah dan hari akhirat,"padahal sesungguhnya mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman. Mereka menipu Allah dan orang-orang yag beriman, padahal mereka hanyalah menipu diri sendiri tanpa mereka sadari. Al-Baqarah ayat 8 & 9". 
Ya! Berapa ramai manusia yg menyangka mereka berbuat kebaikan padahal ia bukan kebaikan. Mereka menyangka mereka berjaya, beruntung, padahal apa yg mereka lakukn itu sia2 shj. Ya Allah! Kurniakn lah kami kemampuan utk menilai yg benar itu benar dan yang salah itu salah.

Selang 30min masuklah waktu zohor. Usai solat sunat zohor, saya menganjak semula ke bhg belakang. Solat jamaah bermula selepas 20min kemudian. Huhh...jenuh juga menunggu utk berjamaah. Takde kerja nak buat bolehla tunggu...

Seorg wanita berbadan gempal masuk. Solat sunat. Kemudian belunjur menyandar badan.

Selang beberapa ketika kemudian, masuk lah pula gadis berseluar ketat. Terus berdiri beberapa jarak dari saya dan melakukn solat. Saya jangkakan dia akan solat zohor, dan kemudian keluar. rupa2nya tidak. dia solat 2 rakaat dan duduk. Menanti solat jamaah.

Saya memerhatikan gadis ini. Berseluar ketat, dgn gaya selindang arabnya sesekali terbuka aurat lehernya. Dah apabila sujud, sangat lah nampak tidak comeynya (bayangkn baju singkat, seluar ketat dan sujud di depan mata saya....) namun saya masih mengkagumi gadis ini. Kenapa?

1. Dia masih ingat utk solat. 
Berapa ramai gadis dan wanita d luar sana, yg bertudung lawa tapi tidak solat. Tiada alasan munasabah. Atau boleh buat alasan, baju x bersih la, tak selesa nak ambik wudhu tpt awam la dan bermacam2 lagi.
Gadis berseluar ketat (sempat ambik gambar dari
jauh ketika beliau hendak menyarungkan
telekung labuh one-piece)
2. Dia mesti keluar dlm keadaan berwidhu dan mengekalkn wudhu nya.
Kenapa saya buat andaian demikian? Sbb saya tidak melihat beliau mengambil wudhu. Saya kagum org yg sentiasa berwudhu krn saya juga sering gagal utk pastikn saya sentiasa dalam keadaan berwudhu.
3. Dia boleh buat solat sunat dan boleh duduk utk tunggu solat jamaah.
Saya sendiri pun sering juga tergesa-gesa. Tak istiqamah dgn solat sunat, dan tergesa2 menunggu solat jamaah. Sigh~

Sementara duduk menanti solat jamaah, saya melihat wanita gemuk yg duduk brsandar itu berkata sesuatu kpd gadis berseluar ketat. Gaya selamba. Saya Kurang jelas dan kurang faham. Mungkin dlm bahasa arab sbb saya agak wanita gemuk itu dari mesir. Ada macam bersoal jawab antara mereka berdua. Santai. Selang seketika, gadis berseluar ketat bangun dan mengambil telekung wakaf yg ada dlm masjid. Pakai telekung shj, seluar masih ketat membalut paha. Wanita gemuk berkata sesuatu. Gadis berseluar ketat ke belakang dan mengambil telekung one-piece yg panjang, menutup dari kepala labuh ke kaki. 
Saya tiba2 insaf. Gadis ini yg tidak sesempurna mana pemakaiannya tapi mempunyai hati yg lembut menerima teguran. Mempunyai hati yg besar utk belajar. Saya bayangkn kalau saya di tempat beliau, saya mungkin tidak dpt berlapang dada menerima teguran dari org yg tidak di kenali.

Sesungguhnya agama itu nasihat. Allah boleh memberi nasihat kpd kita di mana sahaja, melalui siapa jua. Hanya kita yg perlu buka mata, buka hati. Dengan izin Allah jua.