Bahagia ada dalam
syukur
Rahasia untuk
bahagia ada dalam syukur. Ada syukur ada bahagia. Maka, bersyukur lah sentiasa walau dalam apa jua keadaan mu.
Pada mulanya saya
kurang ambil perhatian kepada penyampaian Aa Deda ni…. Sebabnya saya kurang suka
dengan cara penyampaian beliau yang banyak ketawa.
Trademark Aa Deda ialah….Halo?
Sedang2
berceramah, Aa akan pause sambil sebut ‘Halo’
dan peserta akan jawab “Yaa”
Kata Aa, siapa yang
tidak punya stress? Semua orang punya stress. Belum punya jodoh….stress.
Sudah punya jodoh? Lantas
di jawab peserta….stress!
Suami yg bersyukur umpama
akeologist. Beliau melihat isterinya
makin hari makin…? Antik…! jwb peserta. Bukan antik!!! Makin hari makin berharga!
Jawab Aa.
Loh! Siapa yang tak
akan ketawa bila di soal jawab begini? hahaha
Kadang-kadang entah
apa-apa aje ketawa.
Cerita tentang kentut. Orang yang hidu kentut stress atau
syukur? Stresssss!!! Jawab peserta
Jawab Aa, "Harus stress juga harus ada syukur!"
Stress,sudah pasti lah. Tapi syukur? Iya….syukur sebab hidung masih boleh bau!
Jawab Aa, "Harus stress juga harus ada syukur!"
Stress,sudah pasti lah. Tapi syukur? Iya….syukur sebab hidung masih boleh bau!
Kemudian siap
cerita jenis-jenis kentut lagi!!! Adoiiii…Sabor je lah….
Tapi bila lama-lama
dengar….dalam ketawa beliau banyak hikmah-hikmah yang boleh kita ambil sampai tak
cukup kertas utk saya catat isinya.
Saya terpaksa akur bahawa itu memang gaya beliau…..seorang yang ceria.
Berceramah sambil ketawa….tapi ber- ilmu. Yang penting, ada mesej yg
boleh kita ambil dan hayati.
Point2 dalam
tulisan ini saya ambil dari penyampaian Aa Dedar.
1. Bahagia bukan dengan materi- Belum tentu orang yang punya rumah besar itu
bahagia.
Belum tentu orang yang kaya itu bahagia.
Bahagia itu persepsi. Ada orang miskin yang hidupnya lebih bahagia dari orang
kaya.
2.
Mengapa orang kurang bersyukur?
i.
Kerana merasa dirinya hebat
ii. Kerana punya cita-cita terlampau tinggi - selalu merasa tidak cukup. Mahu lagi dan lagi.
iii. Kerana melihat kepada orang lain – diri sendiri
yang sengsara bila salah banding
i.
M1: Mengakui semua ne’mat itu kurnia
Allah
Antara ne’mat
yang wajib kita syukuri ialah;
i. Allah menjadikan kita manusia
ii. Iman
iii. Sehat
iv. Kesempatan
ii.
M2: Menampakkan ne’mat yg Allah beri.
Cth:
memakai pakaian cantik bila ke masjid
-
Rumah kemas dan bersih krn rumah itu titipan Allah
-
Memuliakan tetamu
-
Banyak berterima kasih
iii. M3: Mendekatkan kepada Allah
Semua ne’mat
yang Allah kurniakan bisa membawa kita dekat kepada Allah
-
Antara ciri orang yg bersyukur ialah; banyak solatnya, banyak zikirnya
-
Orang yang solat akan tenang sebab di tuntun Allah
-
Bila Allah sudah redha, semuanya Allah jamin jadi tidak ada keluh kesah
4.
Tingkat orang beriman ada 3
Sabar à Redha à Syukur
Tingkat paling tinggi adalah syukur. Hatta
mendapat musibah juga, dia boleh bersyukur
5.
Bagaimana untuk jadi ahli sabar?
i.
Yakin setiap kejadian adalah izin Allah – hadis ke19 dlm Hadis 40
ii.
Yakin setiap takdir Allah itu baik
iii. Lihat pahala tanpa batas – pahala buat
orang yg bersabar
iv. Percaya setiap kejadian pasti ada
hikmahnya
Semakin bersih
hati seorang itu, semakin cepat dia dapat membaca hikmah kejadian
v. Bersandar kepada Yang Maha Kuat –
mustahil Allah menzalimi makhluk ciptaanNya
6.
Bagaimana mahu tahu orang itu success?
i.
Makin hari makin taat kepada Allah
ii.
Makin hari makin banyak memberi manfaat kepada manusia
Ceramah di sudahi dengan doa oleh Aa Deda.
Dan saya lihat,
tatkala Aa berdoa, beliau berdoa penuh perasaan, penuh kesungguhan
sehingga boleh menitiskan air mata sesiapa sahaja yang mendengar doa beliau. Amat
berbeza sekali dengan karakter beliau ketika menyampaikan ceramah.
Semoga Aa di kurniakan kesehatan untuk terus menyebarkan ilmu dan kita dikurniakan upaya untuk menjadi makin taat dan manfaat. Amin